C 28

20K 799 15
                                    

Mya dan Nureen duduk di dalam bilik menunggu VVIP yang disediakan di situ.

Mereka di situ hanya untuk transit sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Syahmie pula menemani Mikael ke tandas.

"Aku rasa dia jetlag la" luah Mya kerana apabila mereka turun dari kapal terbang tadi muka Mikael seolah-olah tidak bermaya.

Nureem hanya mendiamkan dirinya.

Seolah-olah tidak tahu menahu mengenai keadaan suaminya sendiri kerana selama ni masing-masing hanya sibuk dengan kehidupan sendiri.

Mikael dan Syahmie masuk ke dalam ruangan menunggu itu.

"Jetlag?" soal Mya.

Mikael mengangguk lemah lalu duduk di sebelah Nureen.

"Kita dah kena board ni" ujar Syahmie selepas pengawal peribadinya memaklumkan hal itu kepadanya tadi.

"Mika are you okay?" soal Mya bimbang akan sepupunya itu.

Mika berdiri sambil memicit dahinya.

Disebabkan hilang keseimbangan dia hampir jatuh. Nasib baik Nureen dan Taufiq sempat memegangnya.

"Tak apa biar I yang pimpin dia" tutur Nureen.

Taufiq mengangguk.

Nureen memeluk lengan sasa jejaka itu tanpa melontarkan apa-apa ayat dari mulutnya.

Mya dan Syahmie sudah berada di hadapan.

"Can you walk?" soal Nureen takut-takut lelaki itu tidak larat.

Dia juga pernah merasai jetlag ini kerana kadang-kadang terdapat dua penerbangan dalam sehari.

Tambahan dengan faktor perubahan cuaca dan masa yang tidak menentu.

Nureen membiarkan Mikael duduk di bahagian dalam.

Beg tangannya dipunggah selepas membaringkan lelaki itu.

"Found it" gumamnya.

Minyak angin itu dituangkan sedikit di atas tapak tangannya.

Tetapi keadaan kerusi itu menyukarkan pergerakannya untuk membantu Mikael.

'Lantak lah Reen redah je'

Tirai ditarik menutup tempat duduk mereka.

"Mika boleh tak you tepi sikit. I nak sapu minyak angin dekat dahi you" tutur Nureen yang cuba untuk menebalkan mukanya.

'Oh Reen perkara ini akan menjadi kenangan pahit dalam hidup kau'

Tiba-tiba Mikael menarik lengannya dan membuatkannya terbaring di atas lelaki itu.

"Can you please stay like this for minutes? Your scent can heal me"

Terangkat sebelah kening Nureen.

Terus dia cuba menghidu minyak wangi yang dipakainya.

'Aku rasa aku pakai minyak wangi murah je kot tadi. Ah lantak'

Dada bidang itu menjadi tempat kepala Nureen mendarat.

Selesa.

'Good night world'

Mya POV

Aku terjaga kerana terasa tubuhkan seperti digoncang.

Aku membuka mataku.

"Erm Cik Mya"

Aku memandang ke arah salah seorang bodyguard Mikael.

"Iya kenapa?" soalku.

"Kita dah landing. Tapi—" dia terus menunjukkan ke arah tempat duduk Mikael dan Nureen yang tertutup.

"Saya tak berani nak buka" tuturnya perlahan.

"Oh tak apa. Awak tolong kejut Syahmie dan kemas barang biar saya yang kejut Mika" ujarku.

'Buat apa sampai nak tutup tirai bagai. Musykil aku'

Mikael POV

Aku membuka mata apabila terasa ada sesuatu yang menghempapnya tetapi tidak begitu berat.

Wangiannya mencucuk hidungku.

'Reen'

Benar sangkaan aku, dia sedang tertidur elok di sebelahku dengan beralaskan dadaku.

Aku dapat rasakan dia sedang nyenyak tidur.

"EHEM EHEM"

Tiba-tiba ada suara yang berdehem.

Aku mengangkat sedikit kepalaku.

"Kalau ye pun nanti lah tunggu sampai dekat hotel" tutur orang itu lalu menutup kembali tirai itu.

'Tak guna Mya'

Manakala Mya yang melihat mereka berdua itu tersenyum nakal.

'Assa nampaknya rancangan aku akan berjaya. Aku akan dapat anak buah tak lama lagi'

Brussles Airport, Belgium

Mya,Syahmie,Mikael dan Nureen keluar dari balai ketibaan.

Keadaan di lapangan terbang itu tidak terlalu sesak.

Manakala Nureen dan Mikael masing-masing mengunci mulut mereka. Tetapi Mya tersengih-sengih seorang diri.

Syahmie yang berjalan di sebelahnya melihat model itu pelik.

Dia menolak tubuh model itu dengan perlahan menggunkan lengannya.

"Kau kenapa? Senyum sorang-sorang macam orang tak betul. Seram aku" tegur Syahmie.

"Ish kau ni. Tengok la both of them" kata Mya.

Syahmie melihat pasangan suami isteri yang berjalan di hadapan mereka.

"Why? Nothing wrong" soal Syahmie tidak mengerti.

Mikael yang mendengar suara-suara lalat itu terus menoleh dan memandang tajam ke arah Mya yang menahan tawanya.

Mereka berempat masuk ke dalam kereta.

Nureen membuang pandangan ke luar tingkap.

Mukanya sudah ditebalkan setebal-tebal yang boleh.

"Sorry. It's my fault" bisik Mikael perlahan.

"Huh" Nureen memandang Mikael dan hanya mengangguk.

Tiga buah kereta mewah itu bergerak menuju ke hotel yang sudah disediakan kepada mereka oleh pihak penganjur.

TBC

CHANGED✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang