C 38

21.3K 775 3
                                    

Sehingga hari ini pihak Nureen dan Mikael masih belum memberikan apa-apa berita mengenai keadaan model itu.

Sudah dua hari Nureen ditahan kerana kekurangan air dalam badan dan dua hari itu juga Mikael yang menjaganya.

Puan Sri Wardah terpaksa ke Canada menguruskan syarikat di sana serta berjumpa bersama rakan kongsi yang lain.

Manakala kerana keadaan Nureen yang tidak mengizinkan ini, berlaku perubahan pada jadual model itu. Jadi kawan baiknya,Mya terpaksa terbang ke New York untuk menggantikannya serta mengambil alih separuh aktiviti dari jadual yang telah ditetapkan. Yang lain hanya ditangguhkan ke tarikh baru yang mungkin perlu disusun semula.

"Pastikan kawalan ketat" arah Mikael sementara menunggu isterinya bersiap.

Harini Nureen dibenarkan pulang. Jadi berita itu sudah sampai ke telinga-telinga pihak media.

Dimaklumkan oleh Taufiq bahawa perkarangan hospital sahaja sudah padat dengan jurugambar serta wartawan yang ingin membuat liputan.

Nureen keluar dari bilik air.

"We're ready" tutur Taufiq.

Mikael menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Nureen mengambil beg tangannya lalu mendahului Mikael.

Mereka masuk ke dalam lif.

Keadaan di lobi mula menjadi tidak terkawal apabila pihak media menunggu di hadapan lif.

Ting

Sebaik sahaja pintu lif VVIP terbuka, lensa kamera tidak putus-putus mengambil gambar mereka.

4 orang pengawal peribadi cuba untuk menghalang mereka.

Nureen yang berasa sedikit risau itu terus memeluk lengan Mikael.

"It's okay" pujuk Mikael.

Lengan yang dipegang Nureen itu terus beralih diletakkan di pinggang ramping wanita itu agar sentiasa berada rapat dengannya.

Rasa lebih selamat jika dibuat begitu kerana jika jalan bersebelahan kemungkinan besar salah seorang daripada mereka akan ditolak-tolak.

Mereka berjaya keluar dari lif dan cuba berjalan ke arah pintu keluar.

"Tengku can you give us a feedback?"

"Reen what happened to you actually"?

"Are you okay now?"

Tiba sahaja di kereta, Mikael menyuruh Nureen untuk masuk dahulu.

"We're going to hold a press conference so please wait until that. And Alhamduillah my wife is fine. Thank you" tutur Mikael lalu masuk ke dalam kereta.

Pintu kereta ditutup dan kereta itu meninggalkan kawasan hospital.

Keadaan yang sesak itu benar-benar melemaskan Nureen. Macam-macam bau yang menusuk ke dalam hidupnya.

Dia menyandarkan badannya. Matanya dipejam.

5 minit selepas itu dia menutup mulutnya menggunakan tangan.

"Can you please stop the car" arah Nureen.

Terus kereta itu diberhentikan di bahu jalan. Nureen keluar dari kereta.

Mikael yang melihatnya terus mencapai sebotol air masak.

Sebaik sahaja keluar dari kereta Nureen memuntahkan semua yang terkumpul di saluran tekaknya.

Mikael menepuk-nepuk belakang Nureen dengan perlahan.

Penutup botol air dibuka lalu dihulurkan kepada isterinya.

Nureen menyambut huluran itu lalu meneguknya sedikit sambil membersihkan mulutnya.

Mikael mengambil sapu tangan dari dalam kereta lalu mengelap sedikit kotoran pada mulut isterinya.

Jarak mereka sangat hampir.

Entah apa yang merasuk diri Nureen dia segera meletakkan kepalanya pada bahagian dada bidang lelaki itu.

Mikael agak tersentak. Namun dia berfikir buat seketika, mungkin wangiannya yang dipakainya memberikan keselesaan kepada wanita itu.

"You pakai perfume apa? Wangi" luah Nureen tanpa disedarinya.

"Let's get inside and go gome" kata Mikael.

Mansion

Mikael dan Nureen masuk ke dalam rumah.

Nureen berjalan masuk ke dapur manakala Mikael meletakkan kunci kereta di atas meja.

"Ahh"

Sebaik sahaja mendengar jeritan itu Mikael berlari ke arah dapur.

Nureen sudah memegang dadanya akibat terkejut.

"Kenapa?" soal Mikael risau.

Mikael mengalih pandangannya.

"Bonda?" tuturnya melihat muka ibunya yang dipenuhi dengan bedak sejuk.

"What are you doing here? No I mean bila Bonda sampai?" soal Mikael.

Tiba-tiba sahaja dalam keadaan mengejut bondanya berada di rumahnya.

"Bonda akan duduk dekat sini buat a few days maybe" katanya lalu menyusun barang dapur yang baru dibelinya sebentar tadi.

"Habis tu Mukhlis?" soal Mikael.

Nureen hanya memerhati dan mendengar perbualan antara si ibu dan si anak.

"I'm here"

Kedengaran suara itu muncul di pintu masuk dapur.

Mukhlis menyandarkan badannya pada dinding dengan muka masamnya.

"Reen naik dulu" pamit Nureen tidak mahu masuk campur dalam urusan keluarga Tengku itu.

Lirikan mata Mikael menghantar pemergian Nureen.

"Oh ya sebelah bilik along tu bilik siapa? Macam semua barang kak Reen je" soal Mukhlis lalu duduk di atas chair stool.

Otak Mikael ligat memikirkan jawapan untuk soalan adiknya.

Bondanya pula sudah memandangnya  sehingga membuatnya rasa tidak senang.

Tentu wanita itu sudah fikir yang bukan-bukan.

"Hah tahu je la kan your sister-in-law tu kan model so her things terlalu banyak nak letak dalam master bedroom so bilik tu jadi dressing room dia la"

Mukhlis hanya mengangguk.

"Bonda ingatkan kamu berdua tidur asing tadi" tutur Tengku Hamisah.

Mikael menelan payah air liurnya kerana itu realitynya.

Kemudian dia juga meminta izin untuk naik ke atas dan membersihkan diri.

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now