Nureen keluar dari keretanya.
Dia terlihat kereta Mikael masih tiada berada di porch itu.
Mungkin lelaki itu masih belum pulang. Ah lantak. Dia malas untuk ambil tahu. Suka hati Mikael la. Lelaki itu sudah besar dan boleh menguruskan dirinya sendiri.
Beg tangannya diletakkan di atas meja.
Telefon pintarnya dihidupkan. Terdapat beberapa nombor daripada pemanggil yang tidak dikenali.
Tetapi dia yakin itu semua daripada wartawan yang ingin bertanyakan tentang keadaan Puan Sri Wardah.
Akibat kepenatan dia terlelap di atas sofa ruang tamu itu.
10:35 P.M
Nureen terjaga sebaik sahaja cuping telinganya menangkap bunyi bising.
Telefonnya diambil.
Jeff is calling...
Tanpa membuang masa, Nureen terus menjawab panggilan tersebut.
"Why?"
"Mama already awake"
"Really? I'm on my way"
"Reen dah lewat sangat ni esok je la. Apa kata Mika nanti"
"If you say so. Send my regard to mama"
"Okay sleep well"
Panggilan dimatikan.
Nureen memerhati sekeliling.
Seperti hari-hari biasa keadaan rumah masih sunyi sepi.
Langsir diselak sedikit.
Kereta Mikael masih tiada di garaj.
Jam tangannya dikerling.
'Nureen lantak la dia nak balik ke apa ke. Hal dia masalah dia'
Dia terus mencapai beg tangannya lalu naik ke bilik.
Meanwhile
Mikael melihat ke arah pantai. Walaupun sudah malam, pantai itu masih dikunjungi oleh pelancong atau orang tempatan.
Petang tadi sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat, Hairi terus menyerang biliknya mengatakan dia harus ke Sabah selama dua minggu untuk mengikuti forum yang disertai kebanyakan CEO dari syarikat-syarikat besar.
Pada mulanya dia mahu Syahmie sahaja yang terbang ke sini tetapi setelah dimaklumkan rakan baiknya itu perlu turut serta memantau syarikat mereka di sini, terpaksa juga dia pergi.
Mungkin ada baiknya kerana dia dapat mencari ketenangan dan berfikir mengenai hubungannya dengan Nureen. Serta memberikan ruang dan masa buat kedua-duanya.
Dia terbang ke sini juga tanpa pengetahuan Nureen serta ahli keluarganya.
Dia terus pulang ke hotel setelah jam menunjukkan hampir lewat malam.
8:00 A.M
Awal pagi lagi Nureen telah keluar dari rumah dan memandu ke hospital.
"Mama"
Wanita itu dipeluknya.
"Are you okay ma?"
Puan Sri Wardah mengangguk sambil tersenyum untuk mengurangkan kerisauan anaknya itu.
Nureen memandang sekeliling.
"Mama suruh Jeff balik berehat. Dah semalaman dia jaga mama. Mama okay la sikit je ni" balas wanita itu seperti dapat membaca fikiran anaknya.
"Reen everything okay?" soal Puan Sri Wardah apabila anaknya itu tiba-tiba senyum.
"I'm okay ma. Cuma busy untuk FWS" balas Nureen.
Puan Sri Wardah tersenyum.
"Dapat juga mama tengok Reen dekat pentas FWS. That was your first debut stage as a model" tutur wanita itu.
Ingat lagi dia mengenai pentas pertama Nureen mencipta namanya sebagai seorang model. Dari situ bermula la titik-titik kejayaan anak gadisnya sehingga menjadi seorang supermodel.
"But I'm so sorry ma. I have to go for a meeting"
"Yes you can go. I don't mind dear. Don't need to worry about me"
Nureen terasa berat hati untuk meninggalkan wanita itu tetapi hal kerja memaksanya membuat begitu.
Sabah
"Weyh serious la Reen tu anak angkat Puan Sri Wardah? And Tan Sri Yusry tu ayah kandung dia?" soal Syahmie terkejut.
Mikael menceritakan semua yang terjadi kepada kawan baiknya itu.
Mikael mengangguk.
"Tapi kau tak boleh hukum dia macam ni Mika. Bukan salah dia" kata Syahmie.
Dia tahu Mikael seorang anak yang telah diberikan didikan yang sempurna mengenai manner dan agar sentiasa menghormati orang tua.
"Aku tak tahu. Aku still terkejut lagi. Aku tak predict yang dia tu—"
"Teruk? Penipu?" teka Syahmie.
Mikael hanya senyap.
"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Maybe kau patut tenangkan fikiran kau sekarang ni. Sementara kau dekat sini janganlah serabutkan otak kau sangat. Lagipun Mya inform aku yang diaorang pun busy untuk comeback stage FWS Nureen" nasihat Syahmie.
Mungkin ada betul juga tutur kata kawannya itu.
Biar masa sahaja yang menentukan segalanya.
Sama ada masih boleh diperbetulkan atau berpisah dengan cara yang baik.
TBC
YOU ARE READING
CHANGED✔
RandomChanged Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start:12th June 2017 End:31st July 2018 ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30...