C 04

24.9K 1K 9
                                    

Malam

Nureen duduk di atas katil sambil menghadap MacBook-nya, melihat gambar-gambar photoshoot yang diambil pada petang tadi.

Tok tok tok

"Masuk" arahnya.

Pintu biliknya dikuak.

"Eh mama" tuturnya.

"Reen busy ke?" Soal Puan Sri Wardah lalu menapak ke arah gadis itu dan duduk di birai katil.

"Eh tak ada la. Just tengok gambar petang tadi" balas Nureen lalu menutup laptop itu.

"Esok malam Reen free tak?" Soal Puan Sri Wardah dengan lemah lembut.

"Malam? Kalau malam Reen tak ada apa-apa perancangan"balas gadis itu.

"Malam esok ikut mama ye. Persatuan ada buat dinner"

"La dinner. Reen ingat apa la. Okay je. Tapi esok Reen siap terus dekat studio kot. Mama maybe kena pergi dengan driver" tutur Nureen.

"Ouh ye ke. Hah tak apa la. Mama okay je. Dinner tu pukul 8 so jangan lambat tau" kata Puan Sri Wardah.

"Ok madam" kata Nureen lalu membuat tabik hormat.

Puan Sri Wardah hanya tersenyum melihat kerenah anaknya itu. Mungkin di hadapannya ini hanya anak angkatnya tetapi dia sangat menyayangi anak itu seperti anak kandungnya.

8:00 A.M

Mikael dan adiknya keluar dari lif dan terus duduk di meja makan.

Manakala bonda mereka sedang menuangkan air ke dalam cawan.

"Tonight, both of you have to come with me" tutur Bonda.

Mikael yang ingin menyedok bihun terhenti manakala Mukhlis yang ingin mengambil airnya juga terhenti.

"Hah. Pergi mana bonda?" Soal si adik.

"Teman bonda ada dinner persatuan" balas bondanya.

"Aik bonda tak pernah pun ajak kami ni" ujar Mikael pelik.

"La salah ke bonda nak bawa dua putera Bonda ni. Ayahanda kamu pula tak ada. Takkan bonda nak pergi sorang" kata Bonda.

Suaminya pula ke Brazil kerana melihat tapak projeknya di sana.

Muklis menyiku lengan abangnya.

"Along tak rasa ke bonda ada agenda lain?" Bisik si adik.

"Mana la along tahu" balas si abang.

"Ehem ehem bising apa tu?" Celah bonda mereka.

Kedua-dua mereka tersengih.

"Tak ada apa la bonda. Bonda kami pergi dulu ye. Bye" kata Mikael.

Kedua-dua mereka terus menyalami orang tua itu dan masuk ke dalam kereta.

Meanwhile

Nureen POV

Aku yang sedang memandu, tiba-tiba terdengar telefon berbunyi.
Aku terus mencapai handsfree.

Mya is calling...

"Hah kau kenapa?"

"Weyh ambil aku dekat DCT boleh tak. Aku ada kerja sikit dekat sini. Tapi tadi driver yang hantar. Lepas tu masa aku call dia, dia kata kereta rosak"

CHANGED✔Where stories live. Discover now