C 25

19.2K 747 57
                                    

Bon Vogue Paris, Cafe

Naufal duduk termenung sambil menunggu seseorang.

Fikirannya melayang membayangkan peristiwa 9 tahun lalu.

9 years ago

"Eh apa malang nasib aku dapat adik b*doh macam kau ni"

Jarinya menunjal ke arah dahi si adik yang sudah melutut di hadapannya.

"Entah along apa dosa mama pun tak tahu dapat anak macam dia. Eh kenapa bukan kau je yang sakit kenapa mesti kakak kau. Kau tu memang anak tak tahu diuntung" kutuk wanita itu pula.

"Kau ambil barang-barang kau ni dan keluar dari rumah ni. Disebabkan kau tu pembawa s*al dalam keluarga ni kau tengok syarikat aku dah jatuh muflis" lelaki itu mencampakkan barang-barangnya pula ke laman rumah.

"Mama papa tolong la Nureen tak ada tempat nak pergi. Mama dengan papa je keluarga Nureen" rintih gadis itu.

"Keluar. Mulai saat ini aku tak ada anak bernama Nureen Qairina. Aku haramkan kau berbintikan aku"

Naufal terbayang bagaimanakah semua itu boleh terjadi sedangkan Nurain dijaga dengan limpahan kasih sayang.

Neneknya juga seperti kurang senang dengan kehadiran Nureen. Tidak tahu dia apa yang membeza pasangan kembar itu.

Sedang asyik dia termenung, meja yang didudukinya diketuk.

Seorang jejaka berkemeja hitam dan memakai rayban duduk di hadapannya.

"Sorry who?" soal Naufal kerana lelaki itu tiba-tiba sahaja duduk di mejanya.

Lelaki itu membuka rayban-nya lalu diletakkan di atas meja.

"Jeff Steward, Beauty House Financial Director" ucapnya memperkenalkan diri.

Naufal kelihatan bingung.

"Oh for short Reen's brother aka Puan Sri Wardah's son" katanya dengan lebih detail setelah melihat raut wajah lelaki di hadapannya seperti clueless.

"Abang Reen? What?"

Dia pernah membaca satu majalah mengenai rahsia kejayaan Puan Sri Wardah dan disitu juga ada dinyatakan dia mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Tetapi gambar mengenai anak lelakinya tidak dipaparkan dalam majalah itu.

Jadi inilah anak lelaki Puan Sri Wardah yang tidak pernah diketahui umum. Dia juga sering terlihat lelaki itu bersama Nureen jika adik kandungnya membuat fashion show di luar negara.

"Seorang abang yang diikhtiraf oleh Nureen Qairina bukannya seorang abang yang gagal untuk melindungi adiknya" sindir Jeff.

Naufal berdecit.

Nampaknya lelaki ini ingin menguji kesabarannya.

"Mana Reen? Aku nak jumpa dia bukannya kau" balas Naufal.

"Reen? Oh my lovely little sister terlalu sibuk dan tak ada masa nak jumpa orang yang bukannya siapa-siapa dalam hidup dia"

Kali ini ayat Jeff menusuk ke dalam hatinya.

Bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Nampak benar adiknya telah membuang segala memori mengenai mereka.

"Korang dah buang dia and now nak kutip dia? Korang ingat dia recycle paper?" kata Jeff.

Ikutkan hatinya mahu sahaja dia melayangkan penumbuknya di muka Naufal. Manusia jenis apakah keluarga kandung Nureen ini?

Manusia bercampur binatang?

"Aku pun malas nak cakap banyak dengan kau bro"

Sekeping cek diletakkan di atas meja.

"Kalau tak cukup bagitahu" katanya lalu mengambil cermin matanya.

Sempat dia menepuk bahu Naufal dan membisikkan sesuatu sebelum pergi.

"Kau kacau rumah tangga adik aku. Aku kacau 'anak' kesayangan Puan Sri Sara dan Tan Sri Yusry. What's her name? Dr. Nurain Qairani" bisiknya lalu beredar.

Sempat dia tersenyum sinis selepas memberikan ugutan kepada lelaki itu.

Telefon pintarnya dikeluarkan.

"Hello girl. Let's have a lunch with me"

"...."

"Okay have fun with your shooting"

Jeff tersenyum.

'Jangan ingat Nureen yang dulu dengan Reen yang sekarang orang yang sama. Dasar binatang'

Beauty House Basement Studio

Nureen membetulkan solekannya.

Baru sahaja dia menerima panggilan daripada Jeff untuk makan tengah hari bersamanya.

'Demam ke apa abang aku yang sorang ni?'

Kutuknya di dalam hati.

Kemudian, Mya datang menghampiri Nureen yang sedang duduk di hadapan meja makeup.

"Nah"

Sekeping sampul surat berwarna emas dihulurkan.

Nureen memandangnya pelik.

"What is this? Your wedding invitation card?" soal Nureen lalu membuka sampul surat itu.

"Eh mulut kau jaga sikit. Tu jemputan fashion show Clara" kata Mya.

"Belgium?"

Nureen membaca dengan teliti kad jemputan itu.

"Kau pergi?" soal Nureen.

Fashion show itu akan diadakan pada minggu hadapan. Jadi mereka mempunyai masa 4 hari lagi untuk ke sana

"Mesti lah. Aku dah ajak Mika dengan Syahmie sekali and flight kita esok" kata Mya selamba sambil bermain dengan berus-berus makeup itu.

Membulat mata Nureen.

"WHAT? ARE YOU CRAZY?" Nureen terjerit kecil kerana kawannya itu memandai-mandai mengajak dua jejaka itu bersama mereka dan mempercepatkan tarikh ke sana.

"Woi pekak telinga aku nanti" balas Mya.

Nasib sahaja tiada orang lain di dalam bilik itu dan pintu ditutup rapat.

"Apa salahnya? Sambil bekerja sambil bercuti" ujar Mya.

Nureen menghembuskan asap naganya.

"Whatever" tuturnya lalu keluar dari bilik itu.

"YES"

Mya sudah bersorak kemenangan. Akhirnya rancangannya berjaya.

Apakah yang dirancang oleh Mya Adeliya ini?

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now