C 55

22K 796 4
                                    

Perkarangan rumah agam itu penuh dengan beberapa buah kereta mewah.

Almaklumlah Nureen sudah dibenarkan pulang selepas 5 hari ditahan di hospital gara-gara demam yang tiba menyerang wanita itu.

"Slow slow" kata Mikael yang memimpin Nureen masuk ke dalam rumah keluarganya.

Manakala Mikayla dan Mikayra sudah dibawa masuk oleh Mya dan Syahmie.

Puan Sri Wardah sendiri yang menyuruh Nureen berpantang di rumah Tengku Hamisah kerana dia perlu menguruskan beberapa perkara.

Faktor lain pula Jeff dan Nurain kini menetap di rumahnya. Takut perang dingin adik beradik itu semakin berlarutan pula jika Nureen tinggal bersamanya.

Mikayla dan Mikayra diletakkan di atas tilam bayi di bilik yang disediakan di tingkat bawah.

"Sayang you nak makan apa-apa tak? No I mean benda yang you boleh makan je la" kata Mikael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang you nak makan apa-apa tak? No I mean benda yang you boleh makan je la" kata Mikael.

Pada mulanya Nureen sudah tersenyum lebar tetapi apabila Mikael meneruskan ayatnya, mati terus senyuman wanita itu.

Mikael geli hati melihat isterinya yang sedang memuncungkan mulutnya.

Tangannya terus menggosok kepala isterinya.

"No sayang. I bet Bonda akan pantau makan minum you" tutur Mikael.

"No. Alaaa" suaranya meleret.

"What sayang?" soal Mikael pura-pura tidak tahu.

Nureen memuncungkan mulutnya.

"Buatla buat nanti I kiss baru tahu. Pass me the phone" kata Mikael sambil menunjukkan iPhone X miliknya yang terletak di antara tilam Mikayla dan Mikayra.

"Ambillah sendiri. Malas nak layan" kata Nureen lalu mengatur langkahnya keluar dari bilik.

Mikael tergelak kecil.

"Ala sayang nanti I pujuk you okay" jeritnya tidak terlalu kuat takut puteri-puterinya terjaga pula.

"Girls please don't be like your mummy okay" tuturnya melihat ke arah anaknya yang lena.

Kemudian dia turut serta dengan mereka yang duduk di ruang tamu sambil menikmati dessert yang dibuat oleh Tengku Hamisah sendiri.

"Bonda, Mukhlis mana?" soal Mikael sebaik sahaja kelibat adiknya tidak kelihatan.

"Dating" jawab Tengku Hamisah selamba sambil matanya tidak beralih dari televisyen.

"Eiu Bonda seriously dating?" soal Mya tidak percaya.

"Alah Bonda main-main je tu" kata Nureen.

Siapa sahaja yang mampu memecahkan tembok ais adik iparnya itu?

"Kalau tak ada nanti Bonda adakan juga" balas wanita itu.

"Pastu mula la jadi reporter dekat Ayahanda kata angah tak nak kahwin" perli Mikael.

Tengku Hamisah menjeling anak lelakinya itu.

Syahmie sudah menahan tawanya. Tidak tahan melihat gelagat mak saudaranya yang tidak habis-habis mahu mencari suri hati buat anak keduanya.

Mukhlis pula tidak habis-habis mengelat daripada Bondanya.

Alih-alih dia ke Canada sengaja mahu melaporkan perihal itu kepada Ayahandanya.

Uwek uwek

Bunyi tangisan itu menarik perhatian Nureen yang sedang menonton televisyen.

Dia segera bangkit lalu masuk ke dalam bilik.

"Bonda nak masak apa malam ni?" soal Mya.

Dia memang bercadang untuk bermalam di rumah mak saudaranya minggu ini kerana esok mamanya pula mahu ke sini.

Syahmie dan Mikael pula keluar sebentar membeli barang untuk BBQ pada esok hari.

"Mya nak makan apa?" soal Tengku Hamisah.

"Ala bonda ni Mya telan je semua yang bonda masak" balas Mya.

"Bonda kasi Mya batu je la. Telan tau" seloroh wanita itu.

"Bonda" kata Mya geram.

Ada patut dihidangkan batu.

6:45 P.M

Mikael menjenguk ke dalam bilik yang menempatkan Nureen buat sementara waktu.

Baru sahaja tadi dia pulang dari hypermart membeli barang keperluan buat esok hari.

Terlihat wanita itu tertidur sambil tangannya tidak berhenti menepuk badan Mikayra.

Perlahan-lahan pintu ditutup.

"Anak daddy meragam ke ni?" soalnya perlahan.

Selimut Nureen dibetulkan. Pergerakan tangan Nureen juga telah dihentikan.

"Kesian mummy. Habislah malam ni mummy tak tidur lena" katanya.

Selama 5 hari di hospital juga anaknya asyil meragam tambahan pula Nureen demam. Nasib baik tidak memberi kesan kepada anaknya yang masih susu badan.

Itupun nasib Mya ada menemani isterinya kerana dalam 3 hari itu dia terpaksa ke Penang melawat tapak projek di sana.

"Teruk you guys buli mummy"

Mikael terus menanggalkan jam tangannya lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Nureen dibiarkan tidur kerana dia tahu isterinya itu akan berjaga pada malam hari.

Hidupnya kini terasa bahagia lagi-lagi dengan kehadiran si cilik yang bakal membesar di hadapan matanya.

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now