C 06

23.5K 1K 4
                                    

Nureen melarikan pandangannya ke tempat lain untuk mengelak dari bertentang mata dengan jejaka di hadapannya.

Mamanya sudah hilang entah ke mana bersama kenalannya.

Tangannya pula setia memegang gelas kaca yang terdapat minuman berwarna di dalamnya.

"So we meet again huh?" Soal Mikael agak sinis.

"Then is that your problem?" Balas Nureen tidak mahu kalah.

"Of course it's not my problem. I'm very pleasure to meet you again" ujar Mikael.

"But not me" balas Nureen menyampah.

"Nureen Qairina. A model? Am I right?" Tutur Mikael.

Nureen terus memandang tajam ke arah lelaki itu.

'Mana pula dia dapat info pasal aku ni. Ish'

"Curious huh?" Soal Mikael dengan nada bangga.

"Not at all" balas Nureen.

"So can I get your business card since my mom know your mom" kata Mikael.

"But that's doesn't mean that—"

"So you guys dah know each other?" Potong Puan Sri Wardah yang datang bersama Tengku Hamisah.

Nureen menarik nafas lega.

"Ouh. Not yet aunty. Mika baru nak minta business card Reen" jawab Mikael.

Nureen membulatkan matanya.

'Apa masalah mamat ni doh?'

"Hah Reen bagilah business card kamu dekat Mikael" arah Puan Sri Wardah.

Nureen baru sahaja ingin membuka mulut tetapi dicantas oleh mamanya lagi.

"Apasalahnya kan?"

Nureen mengeluh.

"Sorry I don't bring my business card along. So can you give me your phone?" Kata Nureen menyerah kalah. Bendera putih diangkat.

Manakala Mikael tersenyum kemenangan lalu mengeluarkan iPhone X miliknya.

Nureen terus mengambil telefon pintar lelaki itu lalu mendail nombornya sendiri.

'Gotcha Nureen Qairina. Ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau'

"Nah"

Nureen memulangkan semula telefon pintar jejaka itu.

Mikael menyentuh skrin telefonnya.

Beberapa saat ketika, telefon milik Nureen bergetar.

"So that's my number" ujar Mikael.

Nureen hanya menjeling jejaka itu dan berlalu pergi.

'Masalah betul mamat ni'

Mikael tersenyum melihat gadis itu berlalu pergi.

'Ingat senang-senang aku nak lepaskan kau. In your dream baby'

Nureen berjalan masuk ke bahagian dalam lalu mencari meja yang kosong.

Telefon pintar miliknya dihidupkan untuk melihat jadualnya pada esok hari.

Beberapa dia mengeluh sebelum menyambung melihat planner itu.

"Nureen Qairina?"

Tiba-tiba namanya disebut oleh seseorang.

Nureen mengangkat wajahnya.

"Wait- Balqis Batrisya right?" Soal Nureen.

"Yes I am. Qis remember masa fashion academy dekat New York?" Soal gadis itu yang sebaya Nureen.

"Yes yes. Omg lamanya tak nampak you" kata Nureen teruja.

"Eh duduk la. You buat apa dekat sini?" Tambah Nureen.

"Ah teman my mom. You?"

"Sama la" balas Nureen.

Mereka berdua berbual-bual tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling mereka.

10:00 A.M

Nureen tergesa-gesa masuk ke dalam kereta mewah miliknya.

"Ah lambat-lambat" katanya berkali.

Enjin keretanya dihidupkan lalu dipecut laju membelah jalan raya.

Heartbeat Studio

"Ah I'm so sorry" ucapnya pada jurusolek.

Beg tangannya dan telefon diletakkan di atas meja solek.

"Sokay la Reen. You bukan selalu lambat pun. Lagipun kalau you datang memang dah siap bersolek kan" kata jurusoleknya.

Kini hanya rambutnya sahaja perlu didandan.

Sesekali Nureen membelek wajahnya sendiri di cermin besar itu.

Menjadi seorang model menjadi satu keseronokan buatnya. Bukan duit yang dikejar namun akibat dendamnya.

Akibatnya dendamnya dia cuba menonjolkan diri ke dunia luar.

Dia mahu orang-orang itu melihat di mana dia berada sekarang tanpa pertolongan mereka.

"Reen, you dah ready belum?" Tegur Kak Ella iaitu manager-nya.

Terus suara itu mematikan lamunan Nureen. Nureen hanya mengangguk kemudian berdiri di skrin yang berlatar putih itu.

Kini spotlight ditala ke arahnya. Lensa kamera juga tidak putus-putus mengambil gambarnya.

Selepas beberapa gambar diambil, Nurin menghampiri skrin komputer berlogo Apple itu.

"You always the best Reen" kata photographer.

"Of course Reen right" balas Reen bangga.

Sekarang dia perlu menukar ke pakaian yang seterusnya.

Sehari masanya di studio memakan 6-8 jam sahaja.

Seiring dengan usahanya. Kini dia mampu tersenyum melihat pencapaiannya. Walaupun bukan selamanya berada di atas namun dia sangat berpuas hati.

Dunia itu dan dirinya tidak dapat dipisahkan lagi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHANGED✔Where stories live. Discover now