01 | Ordinary girl

190K 1.7K 20
                                    

"Aaira, kau buat apa lagi tu? Cepatlah!" Suara Dhia memanggilnya dari balik pintu ruang ganti. Sahabatnya sekaligus rakan sekerjanya.

Dhia sudah sampai terlebih dulu ke lobi depan, tempat berkumpulnya para pekerja hotel ternama milik Al-Fateh Imperial

Aaira merapikan tudung bawalnya yang berwarna merah, diselipkan anak rambut yang terkeluar sedikit dari depan tudungnya dengan terburu-buru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aaira merapikan tudung bawalnya yang berwarna merah, diselipkan anak rambut yang terkeluar sedikit dari depan tudungnya dengan terburu-buru. Sedikit sahaja lagi dia akan dimarahi dengan Miss Alicia tadi sebab sampai lambat.

"Tunggu aku." Setelah memastikan rapi pakaiannya, dia pun berlari menyusul Dhia ke tempat berkumpulnya para pekerja hotel untuk melakukan briefing pagi.

"Ehem."

Pengurus hotel itu berdeham tidak suka melihat Aaira yang selalu sahaja lambat tiba. Tapi dia suka kerja Aaira. Satu sahaja masalah tentang gadis itu, Aaira kurang displin membuatkan dirinya selalu mengerutkan alisnya terus menerus dan mengeleng kepala dengan sikap Aaira yang selalu sahaja lambat.

"Aaira lambat lagi, kenapa lambat?"

"Maafkan saya. Saya kena uruskan makan pakai nenek saya sebelum datang kerja. Saya nak nenek saya terurus dulu sebelum saya tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah," Sesal Aaira sebab dia sebenarnya tidak sampai hati tinggalkan neneknya seorang diri selama dia bekerja di hotel ini. Tapi dia terpaksa.

Semua pekerja di situ tahu Aaira hanya tinggal berdua sahaja dengan neneknya yang sudah tua dan selalu sahaja sakit.

Encik Nik Bern hanya menghela nafasnya. Dia juga jenis lelaki yang menyayangi keluarga. Oleh sebab itu, dia akan cuba pertimbangkan apapun jika itu berkaitan dengan masalah keluarga.

"Cepat masuk barisan."

Aaira tersenyum mengucapkan terima kasih sebelum dia masuk ke dalam barisan dan menerima jadual pagi ini yang harus dia lakukan.

Aaira adalah gadis muda berusia 23 tahun, sangat bertenaga dan murah dengan senyuman. Meskipun kerjanya lambat, dia adalah jenis wanita yang suka bekerja keras.

Selalu keletihan karena banyak shif yang dia ambil, namun gadis itu selalu tersenyum untuk menutupi kepenatannya itu.

Hal itulah yang membuat Aaira mudah bergaul dan disenangi oleh sesiapa sahaja. Namun, tiada siapa yang tahu disebalik senyuman itu sebenarnya mempunyai penuh cerita yang tidak dapat diungkapkan.

Aaira selalu cuba untuk tersenyum menikmati kehidupannya yang patut dikesiankan sebenarnya. Kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan kereta semasa dia masih kecil lagi.

Tidak ada harta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya padanya. Hanya sebuah tempat berteduh yang kecil yang sekarang ini diduduki berdua bersama neneknya. Satu-satunya keluarga yang dia miliki.

Hidup dengan kewangan yang hanya cukup-cukup makan menyebabkan Aaira berfikir dia harus bekerja untuk menyara dirinya dan neneknya.

Oleh itu, setelah tamat sahaja SPM, Aaira membuat keputusan untuk bekerja. Dia tidak mahu neneknya bekerja memandangkan usia neneknya sudah lanjut.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now