"Aku kata tak boleh kan?Kau nak pergi sana buat apa?Aku dah cakap banyak kali kan kalau nak pergi,pergi sorang tak payah nak bawak anak aku.Degil sangat kenapa?!!" Jerit Arman dengan sekuat hati sehinggakan satu taman boleh dengar.
"Aku nak bawak anak aku,diorang nak keluar.Kalau tak nak ikut sudah,tak payah nak halang anak-anak aku ikut sekali.Aku dah janji nak bawak diorang pergi sana.!" Marah Nora.Sudah bertahun dia tidak dapat menjejakkan kaki dekat rumah adiknya itu.Pada mulanya,suaminya,Arman sudah setuju untuk mengikut sekali untuk ke Kuala Lumpur tapi pada saat akhir tiba-tiba sahaja mood dia tiba-tiba berubah.
"Aku kata tak payah tu,tak payahla!!Kau degil sangat tu kenapa?!"
"Oh selama ni pergi rumah adik beradik kau,boleh je.Bila time family aku?Kau nak melenting bagai.Aku tahu dari dulu lagi kau memang tak suka dengan family aku kan." Bentak Nora.Dia tidak bermaksud untuk menjadi isteri yang derhaka tetapi apabila marah menguasai diri.Tiada sesiapa yang dapat menghalang.Timbul suatu idea di fikirannya iaitu cara untuk membawa anaknya keluar.Dia bukannya mahu melarikan diri.Dia cuma mahu anaknya gembira.Lepas sudah habis bercuti,pasti dia akan pulang semula ke rumah.Hati nya masih lagi menyayangi suaminya tetapi dengan sifat Arman yang sering marah itu membuatkan Nora dan tiga orang anaknya tidak mahu untuk mendekati suami dan ayah kepada anaknya itu.
Arman diam seribu bahasa.Dia malas untuk bergaduh,kadang-kadang terlintas di fikiran dia yang apakah sebab dia tidak membenarkan isteri dan anaknya pergi ke sana?Dia juga buntu.
Masing-masing diam dengan suasana yang agak hangat.
"Aku tak kira,aku nak bawak juga anak aku.Kau tak payah hantar,biar kami naik kereta api je."Ujar Nora.
"Baiklah,dua hari je." Balas Arman.Sebenarnya dia kesian dengan anak-anaknya yang terperuk di rumah sejak cuti bermula.Akhirnya dia buat keputusan untuk membenarkan anaknya pergi.
****
Aku Aaira Arleesa.Umur aku baru genap 16 tahun.Sepanjang aku hidup,tak pernah lagi aku tak dengar diorang tak bergaduh.Hari-hari akan ada satu isu yang akan menjadi tajuk utama pergaduhan mereka.Aku sebagai anak yang sulung,mesti ramai orang ingat yang aku patut halang mereka bergaduh and bla bla bla.Tapi tidak,aku akan duduk dalam bilik ,duduk diam dan buat hal sendiri.Pergaduhan mereka seperti makanan ruji bagi kami.Dah masak dengan perangai mereka.Sudah tua pun nak gaduh.
"Kakak kemas beg,kita nak pergi ni."
"Baiklah ibu." Lantas aku mengemas beg ku.
"Aaireen kemaslah cepat beg.Kau nak ikut ke tak nak ni."Arahku.
"Ee sabarlah." Balas Aaireen Arissa.
****
"Ibu dengan Danish duduk depan,korang duduk belakang tau."Arah Nora.
"Alaa ibu nak duduk dengan ibu.Tak nak duduk dengan kakak." Rengek Aaireen.
"Hak alah,gedik betul.Lantak kau lah."Aku terus duduk di tempatku.Ibu dan yang lain berada tidak jauh dariku.Disebabkan tiket lambat beli sebab tu duduk berasingan.
Mataku beralih kearah tingkap.Akhirnya,pergi juga aku.Dua hari pun jadilah,aku dah rindu sangat dekat sepupu aku tuh.Suara garau yang didengari menyentak lamunan ku.Mataku terus beralih ke figura yang sedang memandang ku.
Aku mengangkat keningku.Malas nak bercakap sebenarnya,tambahan pula muka lelaki itu handsome sangat.Ceh.
"Ada orang tak?Kalau tak,saya nak duduk sini.Boleh tak?" Soal pemuda itu.
Aku menganggukkan kepala seraya menjawab "Boleh."
Beberapa minit berlalu,aku sudah mula mengantuk.Yalah sepatutnya aku teruja sebab baru pertama kali naik kereta api.Tapi entahlah,ngatuk pula.Aaireen pula tak ada.Bosan.Perlahan-lahan mataku tertutup.
"Eh?" Lelaki itu terkejut apabila terasa 'beban' di bahunya.Lantas dia pusing dan melihat budak perempuan itu sudah tertidur dibahunya.Lalu senyuman sinis terukir di bibir.
****
'Dah sampai ke?Oh belum.'
Alangkah terkejutnya apabila dia baru menyedari yang dia baru sahaja melentokkan kepalanya dekat bahu lelaki itu.
"Eh sorry tertidur."Kataku.Pemuda yang sedang membaca buku itu terus memandang muka ku.
"Tak apa." Balasnya.
Jangan lah senyum.Cair tau tak,cair.Disebabkan malu yang teramat aku terus melihat pemandangan di luar.
"Datang dengan siapa?" Soal lelaki itu yang memecahkan suasana sunyi.
"Datang dengan ibu.Tu ha dekat depan." Jawabku.
"Ayah?" Tanya Adam yang baru perasan yang budak perempuan itu tidak menyebut 'ayah'.
"Emm....."Aku terdiam.Apa aku nak jawab?Takkan nak cakap dia dah mati?Hish merepek lah kau ni.
"Sorry kalau salah tanya." Pohon Adam Arif.
"Taklah,mesti awak ingat dia dah meninggal.Dia hidup lagi." Reaksi muka ku bertukar suram.Malas nak fikir pasal tadi.
"So dia tak ikut?"
"Ayah tu macam suka mengongkong orang.Sedih sangat.Nak keluar tak boleh,dengan dia orang yang asyik gaduh je.Stress tahu tak." Tidak semena-mena aku luahkan isi hati aku dekat dia.Haih apa kau ni Aaira.
Adam terus tekun mendengar tanpa mencelah. 'Haih kesiannya.'
"Jadinya,impian saya yang habis spm saya nak keluar rumah.Belajar jauh-jauh,tak nak duduk rumah." Sambungku lagi.
"Nama awak apa?"Tanya Adam.
"Aaira.Aaira Arleesa.Awak?"
"Adam.Adam Arif,so saya lagi tua dari awak la ni.Umur saya 26 tahun."Ujarnya.
"Tuanya awak." Balasku sambil mengemam mulutku menahan tawa.
"Mana ada tua,awak kena panggil saya abang tau."
Hek eleh,baru beza umur sikit dah nak panggil abang.Siapa yang buat peraturan macam ni?
"Abang?Ee tolong lah.Patutnya panggil atuk tau,tua sangat.HAHAHA." Ejekku.
"Kakak jom,dah sampai." Alah ibu ni ,kacau lah.Tak dapat nak kacau orang ni lagi.Aku melambaikan tangan ku kearahnya dan pergi.
"Kesian awak Aaira.Tak apa ,saya akan tolong awak terlepas dari kongkongan ayah awak.Saya janji." Senyuman sinis dia kembali terukir.
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...