Telefon milik Idlan yang dicampak sebentar tadi sudah berada di atas meja.Terasa seperti orang bodoh seketika kerana cuba untuk menghubungi Idlan sedangkan telefonnya berada di hadapan mata.Diri dia sendiri tidak tahu kenapa Idlan tiba tiba menjadi berang dan memarahinya tetapi dia sedar satu perkara yang Idlan tak akan marah terhadap seseorang jika tiada sebab.Jadi sekarang ni sebab aku kahwin?Kenapa dia marah bila dia tahu aku dah kahwin?Dia suka aku?aish tipu lah.
Terdetik di hati untuk membuka telefon tersebut dan melihat gambar itu semula.Aaira yang sering ikut gerak hati itu membuka telefon Idlan dan mencari gambar perkahwinannya itu.Nombor pemilik yang berada di atas dipandang,kenapa nombor ni macam pernah nampak?Lalu nombor itu didail untuk mengetahui siapa yang telah menghantar gambar tersebut.
"Hello?"
Perlahan-lahan telefon itu terlepas dari tangan selepas mendengar balasan dari dalam telefon.
****
Diari merah itu dibuka semula selepas dia memastikan tiada yang mengganggu.
Kenapa aku jadi macam tu?Danial tu suami aku sendiri kot,tak akanlah aku tergamak nak buat dia macam tu?Papa,macam mana papa boleh mati dalam mimpi tu?Tak sekarang ni kenapa aku ambil serius pasal mimpi mengarut ni?Sebab mimpi tu seakan-akan benar.Tak kenapa aku tanya aku yang jawab ni?
Danial tergelak.
Aku kena jauhkan diri dari Danial ke?Aku taknak bahayakan sesiapa,kalau lah mimpi tu betul.Aku tak patut berada dekat sisi Danial,aku taknak mereka terluka sebab aku.Sebenarnya,aku tak nak langsung ambil peduli pun,langsung tak nak.Walaupun aku tak nak ambil peduli aku masih kena jaga keselamatan mereka.Aku kena buat sesuatu.
Danial cuba menyelak ke muka surat seterusnya,tetapi kosong.
"Puan tak boleh masuk sekarang ni,Encik Danial sedang sibuk!" Ujar pembantu Danial dari luar.
Kekecohan yang berlaku di luar itu membuatkan dia tertanya-tanya. "Saya isteri dia,kenapa saya kena tunggu?!"
Suara yang nyaring itu cukup dikenali.Pintu pejabat itu dibuka dengan kasar. "We need to talk."
Kami berdua saling berpandangan.Aaira yang kelihatan tidak puas hati untuk dipandang dan dia sendiri sudah agak mengapa Aaira sebegitu.Danial bangun dari kerusi empuknya dan pergi menghampiri Aaira Arleesa.
"Sayang.." Panggil Danial lembut cuba untuk meredakan kemarahan.
Pang!! Satu tamparan diberikan oleh Aaira.
"Apa yang awak dah buat ? Tak,kenapa awak buat semua ni?" Soalnya.
"Sayang,abang terpaksa."
"Terpaksa apa?!" Nada Aaira meninggi dia masih tidak jumpa motif Danial membuat begitu.Apabila dia mendengar suara Danial dari telefon,hati dia cukup tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu?
Danial diam.Sejujurnya dia tiada sebab buat begitu,dia cuma.dia cuma.Cemburu.Ya,dia cemburu.Hati dia sakit bila melihat Aaira tersenyum setiap kali cerita tentang Idlan.Senyuman yang dia cukup jarang sekali lihat apabila Aaira bersama dengannya.Dia mengaku dia salah kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan dia sehinggakan Aaira tidak dapat kasih sayang yang sepatutnya dia dapat.Perasaan takut muncul kerana dia bimbang yang hati Aaira akan berubah dan satu hari Aaira meninggalkan dia.
Tangan kecil Aaira cuba dirangkul.Dia tidak tahu kenapa Aaira marah teruk seperti ini hanya kerana seorang lelaki sedangkan aku ni suami dia?
"Kenapa awak diam?"
"Sayang,kita duduk dulu."
"Answer me first !"
Danial diam lagi.Rangkulan Danial dilepaskan dan Aaira keluar dari pejabat tersebut tanpa berkata apa-apa.Rambutnya dikuak ke belakang dan muka diraup kasar.Ada sebab mengapa dia banned Idlan dari datang ke kelas.Semuanya bersebab dan ia bukannya kerana cemburu semata.Bisik hati Danial.
****
Beberapa hari telah berlalu dan Idlan masih tidak nampak kelibatnya.Pernah satu hari aku cuba untuk menegurnya tetapi dia diam dan terus pergi tanpa membalas.Danial pula berdiam diri mungkin dia marah kerana aku seperti menyebelahi Idlan sedangkan dia tu suami aku.Walaupun dia seakan-akan merajuk,dia masih mengambil berat terhadap makan,tidur aku.Naim,lelaki yang ingin mengambil nota aku dulu tiba-tiba kembali dan sering mengganggu.Dulu kalau ada Idlan,nak pandang sekilas pun dia tak berani.Tapi sekarang aku tak ada sesiapa dekat sini.
"Hai sayang.." Panggil seseorang dari belakang.Aaira menoleh untuk melihat dan orangnya ialah
"Naim?"
"Mana boyfriend kau eh?Dah hilang?Alolo kesian dia,meh sini aku jadi boyfriend kau nak?" Bahu aku disentuh perlahan dan berjaya ditepis.
"Ooo kau pandai sekarang ya." Lengan Aaira dipegang kasar
"ish apa ni,lepas lah!" Jerit Aaira sambil memandang sekeliling.Aaira masih bergelut untuk melepaskan diri dengan kudratnya yang ada walaupun tidak cukup untuk melawan tenaga lelaki tersebut.Lantas Aaira bertindak untuk menggigit lengan Naim yang masih memegang lengannya dengan kuat.
"Argh!" Naim mengaduh kesakitan dan menolak Aaira ke tanah.
"Dasar perempuan...." Dia berundur ke belakang setelah melihat Aaira yang tidak sedarkan diri dengan dahinya yang berdarah.Kerusi batu itu dipandang dan terdapat kesan darah disitu.
"Tak guna!" Jerit Idlan yang muncul dari belakang.Dia sudah beribu kali memberi amaran kepada Naim untuk tidak mengganggu Aaira tetapi amarannya itu sia-sia.Nasib baik hari ini dia terdetik untuk pergi ke kelas.
"Lan tolong Lan,aku..aku tak sengaja." Pujuk Naim yang sudah ketakutan.
"Pergi mampus lah kau!" Marah Idlan dengan nada lantang.
****
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...