"Assalamualaikum."Jerit nya.
"Waalaikumussalam." Balas Aaira lalu dia berlari ke pintu.Danial yang perasan dengan tingkah Aaira terus menjerit " jangan lari,jatuh nanti!"
Pintu dibuka dan riak wajah berubah.
" siapa tu?" Soal Danial yang tiba-tiba muncul lalu menarik Aaira untuk dekat dengannya.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Danial lalu menutup pintu.
Aaira tercengang. "Kenapa buat dia macam tu??"
Niat untuk membuka pintu terbantut apabila Danial menahan sambil menggeleng.
"Tak baiklah,dia tetamu."
'Dia bukan tetamu.Dia tu pembunuh sayang.' Bisik hati Danial Ilhan.
"Dania masuklah." Sapaku.
"Wah cantiknya rumah!" Puji Dania.Danial hanya menjeling dan dia masih tidak berganjak dari pintu utama.
"Buat apa dekat situ?Duduk lah." Ajak Aaira yang pelik dengan tingkah Danial.
"Aaira masuk bilik kejap,tolong angkat barang ni!" Jerit Danial dari atas.Aku terus menuju ke bilik kami berdua dengan laju.
"Ya?"
"Just give her a drink ataupun bagi jelah racun terus and then suruh dia balik." Arah Danial sambil memegang bahu Aaira.
"hahahahah buat lawak ke apa?Kenapa risau sangat ni?"
"Hm tak ada apa lah." Ucap Danial dan kami berdua turun ke ruang tamu.
****
Muka Dania dipandang dengan tajam,sengaja menyuruh Aaira membuat beberapa kerja rumah supaya dia boleh bercakap dengan wanita yang sedang selamba buat rumah ni macam rumah dia.
"Kau nak apa?"
"Tu." Jari telunjuk Dania tunjuk ke arah Aaira yang sedang membasuh pinggan.
"Hah,baik kau keluar dari rumah sementara aku tengah baik."
Dania tersenyum sinis.Dia bangun dari duduk " aku tak akan balik selagi aku tak dapat dia." Lalu dia pergi menuju ke dapur untuk mendapatkan Aaira.
Danial turut bangun.Telefon diambil lalu nombor seseorang didail,dengan serta merta beberapa orang berbaju shirt hitam masuk ke dalam rumah. Dania menoleh dengan riak terkejut. "Shit."
Danial terus berlari ke arah Aaira yang masih leka membasuh pinggan.
Tidak sempat dia ingin menoleh untuk melihat keadaan di ruang tamu.Danial terus berlari dan memeluk dia dari belakang dengan harapan Aaira tidak dapat melihat Dania diseret keluar dari rumah.
"Aik?kenapa ni tiba-tiba peluk?" Soal Aaira pelik.
"Nothing dear."
****
Lelaki berbadan tegap itu muncul kembali. "Macam mana ni encik Danial?"
"Aku tak boleh biarkan Aaira duduk dengan aku."
"Takkan encik Danial nak suruh dia keluar macam tu je?Nanti dia tak pelik?"
Danial berfikir sejenak.Otaknya masih ligat berfikir,bagaimana cara untuk menyuruh Aaira pergi jauh untuk keselamatan dia.
****
Diari yang penuh dengan memori itu diusap lembut.Tiba-tiba muncul perasaan rindu kenangan dulu,kenangan dimana dia menjadi budak budak yang polos dan suka memberi hadiah kepada orang yang disukai.
Bibirnya mengukir senyuman.Dia terkejut apabila diarinya dirampas dengan kasar.
"Suka ingat lelaki tu?" Tungkas Danial sambil membelek diari berwarna merah itu.
"Bila awak balik?" Aku bangun dari kerusi.Lengan Danial cuba dirangkul tetapi badan lelaki itu tiba-tiba keras seperti tidak mengizinkan aku untuk memegang.
"Still suka lelaki tu?" Soal Danial lagi dengan riak wajah menyeramkan.
"What's wrong with you?Aaira cuma baca balik je." Jawab Aaira lembut.Bulu romanya sudah mula meremang.
Danial keluar dari kamar dan menutup pintu tersebut bersama diari Aaira.
"Awak nak pergi mana dengan diari tu?!" Jerit Aaira sambil mengejar Danial yang laju ke halaman rumah.
Aaira terhenti apabila ternampak sebuah api yang sedang marak dan Danial berada berdekatan dengan api itu bersama diari.
"Awak jangan bakar diari tu!" Matanya mula berair.
Danial menoleh memandang Aaira lalu diari itu dilepaskan ke dalam api. Air mata Aaira jatuh.
"Kau bodoh sebab cuba ingat lelaki tu sedangkan kau patut fikir aku seorang.Selama ni kau buat aku tak ada perasaan.Segala coretan buruk yang kau buat dalam diari tentang aku,kau ingat aku ni apa?!Apa beza aku dengan lelaki sial tu?!" Jerit Danial dengan kuat.
"Apa yang awak buat sekarang ni dah cukup untuk menjawab persoalan tu.Awak buat saya lupa dengan kehadiran dia dulu.Awak dah tunjukkan yang awak bukan lelaki yang saya pernah fikir dulu.Awak dah buka balik hati saya yang dah saya tutup dulu.Tapi sekarang...."
Dia mengesat air matanya.
"awak buat saya benci awak.Saya ingatkan saya bernasib baik sebab buat pilihan untuk kekal hidup dengan awak.Tapi saya salah.Saya tak akan jumpa awak lagi."
Aaira berlari meninggalkan Danial.
"i'm sorry baby,i don't have choice.ni untuk keselamatan awak."
Diari sebenar Aaira dikeluarkan dari kot bajunya.Dia membuka diari itu dan menyelak sehingga muka surat yang ditulis Aaira baru baru ini.
'Aku rasa aku perempuan yang palinggggggg beruntung sebab dapat lelaki macam dia.Aku tak sangka dia boleh berubah jadi orang yang paling terindah dalam hidup.I will love you until my last breath.'
Danial terdiam.
"I love you too sayang."
****
Baju di dalam almari diambil dengan laju dan dimasukkan ke dalam beg.Lalu zip ditarik dan dia keluar dari kamar.
Telefon nya diambil dari atas meja dan nombor ibu didail.Matanya memandang Danial yang sedang bercakap dengan anak buah nya itu.
Kasut disarung lalu dia keluar dari rumah tersebut.
"Ha bagus la isteri keluar dari rumah tanpa izin suami.Tak guna punya perempuan!" Jerit Danial.Jujur kata-kata yang dilontarkan tadi bukanlah dari hati.Dia ingin memastikan yang Aaira tidak kembali ke pangkuannya untuk keselamatan wanita kesayangannya itu.
"Pergi ikut dia." Arah Danial kepada anak buahnya.
"Baik."
****
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...