Setahun kemudian...
"Aaireen!Mana pergi barang makeup kakak ni?" Jerit Aaira yang mundar mandir mencari beg yang dipenuhi barang make upnya.
"Adalah dalam bilik kakak tu ish." Balas Aaireen sambil mengerut dahi.
Aku mencari beg tersebut di setiap ruangan kamar,baru sahaja ingin bertanya kepada Danial tetapi lupa dia sudah pergi bekerja.Baby cot anaknya yang bernama Emir Amsyar itu dihampiri "ya allah sayang,macam mana beg ni ada dalam ni!" Tanpa balasan Emir yang baru berusia 8 bulan itu hanya tersenyum.
Beg makeup itu dibawa ke meja solek lalu dibuka.Setelah siap meletakkan foundation dan concealer,gincu kegemarannya dicari.Mana pula lipstick ni? Bisik Aaira perlahan.Dia memandang baby cot anaknya semula dan mengeluh.Cadar putih dengan sulaman yang cantik itu sudah mempunyai lukisan yang setanding dengan lukisan Leonardo da Vinci. Tanpa aba-aba,dia mengendong Emir dan mencium setiap inci mukanya. "Kenapa main dengan lipstick mummy ni,sayang?"
Anak lelaki sulungnya itu hanya tersenyum. "Kakak,ada orang panggil dekat bawah." Ujar Aaireen yang tiba tiba muncul,Emir yang digendongnya tadi bertukar tangan lalu Aaira turun ke bawah untuk melihat siapa gerangan yang datang ke rumahnya awal pagi ini.
"Ya cari siapa?" Langkahnya terhenti seketika.
"Suprise!!"
Aku mengundur selangkah ke belakang kerana terkejut dengan sergahan itu.Wajah Danial Ilhan yang tersenyum lebar itu dipandang lalu aku turut tersenyum.Jujur aku akui sejak hadirnya Emir dalam hidup kami berdua,semuanya semakin berubah dan keluarga kami cukup sempurna.Kenangan pahit yang pernah menghantui hidup kami juga turut dibuang sejauh jauhnya.
Emir Amsyar.Dialah punca kami terus bahagia, terus bersama walaupun ada perselisihan faham yang sekecil kecil zarah.Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula aku dengan Danial.Dendam yang sekian lama wujud dalam hati ini sudah dikunci serapat rapatnya dan dikelilingi dengan kasih sayang yang diberikan oleh Danial.
Danial yang masih tersenyum itu,aku renung sepuasnya.Setiap kali dia senyum lebar seperti itu,aku cair.HM tak pernah puas pandang,maklumlah suami kan.
"Sayang buat apa termenung tu?" Soal Danial yang menghampiri.
"Tadi sibuk nak pergi kerja awal sangat sampai breakfast pun taknak makan.Dah dah pergi kerja." Gurau Aaira dan sengaja memusingkan badannya dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"okay okay takpe,halau abang ya." Ujar Danial.
Pulak dah?Aku nak merajuk dia pun nak merajuk.Taktik mana dia belajar ni?
Aku menghiraukan Danial dan terus masuk ke dalam rumah. "Eh sayang?!" Jerit Danial yang bergegas lari mendapatkan Aaira tapi tidak berjaya.
"pergilah kerja tu tadi nak sangat." Marah Aaira.Ye macam nilah hari hari kami,kalau tak ada Aaireen ni lagi advance sebenarnya tapi sebab ada Aaireen kan so behave sikit.Tapi hari ni aku merajuk lebih sikit bukan sebab Danial pergi kerja awal sangat.Gila ke nak merajuk sebab tu?Sebab hari ni hari.....
"I love you baby
And if it's quite all right
I need you baby
To warm the lonely nights
I love you baby
Trust in me when I sayOh pretty baby
Don't bring me down I pray
Oh pretty baby
Now that I've found you stay
And let me love you, baby
Let me love you"
Nyanyian akustik dari Danial itu menyedarkan aku dari lamunan.Dulu masa sekolah,suka sangat tengok lelaki pandai menyanyi,pandai main gitar.Tak sangka Danial pernah famous dekat sekolah dia sebab suara dia sedap.Hm aku akui.Pintu dibuka perlahan dan aku melihat Danial memandang ke bawah. Lalu aku menghampiri dan memegang pipinya yang lembut itu,pelik kan lelaki ada pipi lembut.Tak pelik eh?Okay.
"Kenapa ni?" Tanya Aaira yang pelik melihat Danial.
"I'm sorry,sumpah abang tak sengaja."
Aku tersenyum dan mengangguk.
"No,jangan senyum macam tu.Sayang ni kalau senyum kalau abang ada buat salah mesti scary gila.Luar senyum dalam mesti dah nangis astu nak pergi dekat ibu."
Aku tergelak dengan kata kata yang dilontarkan.
"Sumpah abang minta maaf sebab lupa hari ni hari anniversary kita."
"Ya tak apa,ni pun baru pertama kali lupa kan?I'm okay with it,jangan lupa terus dah la."
"I'm sorry okay." Ucapnya lagi lalu satu ciuman diberikan di bibirku.
"Ye dah pergi kerja." Halau Aaira lagi kerana dia juga sudah lambat untuk ke pejabat.
Danial pula menggeleng. "Kenapa taknak?"
"Abang dah ambil cuti hari ni,so sayang kena spend masa dengan abang hari ni.Yes or yes?" Mentang mentang bos,suka jiwa dia je nak cuti.
"Yes!" Balas Aaira sambil mengukir senyuman.
"I love you baby." Ucap Danial lagi dan memelukku erat.
"I love you more.."
Love is like the wind,you can't see it but you can feel it.....
End
I'm going to start writing soon so please give me some support like how you give a lot of love for this story.Thank you buddies!
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...