BAB 1

2.2K 38 0
                                    



"Weh rindu kau,nasib baik kita satu kelas."

"Haah kan nasib baik tau.Kalau tak aku tak tahu nak sembang dengan siapa." Balas ku.

"Okay class,sudahla tu ya.Tak payah nak buat drama dekat sini.Saya guru kelas awak,kalau tak kenal saya ,tak tahula." Kata Cikgu Zunaidah.

Satu kelas tertawa.Aku tidak percaya yang aku berjaya masuk kelas sains tulen.Kelas yang menjadi idaman ku.Aku akan belajar dengan sebaik mungkin supaya cita-citaku untuk menjadi doktor tercapai.

"Okay hari ni kita akan belajar..."

"Alaaa cikgu,buku tak ada."Semua orang mula bising,itu sudah menjadi kebiasaan untuk semua murid di satu Malaysia.First day sekolah mesti macam ni,alasan padahal pemalas.Aku pun hihi.

"Cikgu dah agak yang kamu akan cakap macam tu , sebab itu cikgu dah sediakan kertas A4.Kamu jangan nak main-main lagi.Tahun depan nak spm,ada hati tak nak belajar ya."

Semua orang tertawa untuk kali ke berapa entah.Aku juga turut gembira,gembira kerana dapat masuk ke kelas ini.

****

Setelah beberapa hari sekolah,tibanya hari yang dinantikan.Hari jumaat yay!!Balik awal,tu yang best.Memandangkan aku 'cuti' hari ni boleh la aku balik rumah rehat.Tengok drama Korea.Hari ini aku menumpang kawanku,Ikha.Disebabkan hari ini aku ada hal nak dibuat.Jadi aku terpaksalah pulang lewat.

Tiba sahaja dirumah aku melihat beberapa buah kereta. 'Jiran sebelah la tu.' Aku mengagak.Aku berjalan ke pintu lalu aku melihat kasut.Kasut?Banyaknya,ada apa pulak ni.Kawan ibu kut.

"Ha tu dia dah balik." Tegur ibu.Aku memandang kearah ibu dan aku melihat beberapa orang yang telah berumur sedang melihatku.Aku kaku.Apahal ni?Sudah menjadi kebiasaan,aku menyalam orang di situ.Mataku tertumpu dekat seorang pemuda yang sedang tersenyum.Eh atuk?!Aku tercengang.Apa yang dia buat dekat sini?

'Comelnya lah dia ni dengan baju sukannya.Haih tak rugi saya pilih awak Aaira.' Bisik Adam.

"Muda bakal isteri kamu ni Adam.tak apa ke?"Tanya seorang makcik yang agak berumur tapi lawa.

Eh chop!Bakal isteri?!!Aku salah dengar ke?Isteri?Kahwin?Aku?KAHWIN?!HA?!

"Tak apa ma,Adam suka." Balas Adam.Suka?Aku ? Ke orang lain? Mungkin ada orang dekat belakang aku kut? Eh tak ada la.Terbeliak mataku apabila tiada orang dibelakang.Maksudnya aku?Aku!!

"Apa ni?Kahwin?Kakak muda lagi lah,baru form 4 ,apa ni ibu?"Tanyaku.Semua orang sedang memandangku.Ah kisah apa aku.

"Kakak,jangan macam ni.Malu."Pujuk Nora perlahan.

"Kakak tak nak,kahwin?Dengan orang ni?Eee ibu tolonggla."Rayu Aaira Arleesa.

"Aaira............"Suara yang aku kenali memanggilku,aku pusing ke belakang.Figura yang sedang berdiri itu membuatkan aku terpaksa mendongak.Lenguhla.

Melihat Aaira yang kelihatan lenguh,perlahan dia merendahkan badannya supaya dapat bercakap sambil memandang muka Aaira.

"Jom duduk luar sekejap."Pohon Adam Arif sambil melihat bakal ibu mertuanya.Nora mengangguk membenarkan anak perempuan sulungnya keluar.

Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now