BAB 2

2.3K 35 0
                                    



"Nora,kalau anak tak nak tak apa.Dia pun masih kecil.Irah ingatkan nak beli cincin tapi takut tak muat jadi Irah belikan rantai untuk dia.Kalau dia tolak pun suruh dia ambil rantai ni.Irah memang nak bagi dekat dia.Jangan paksa dia,budak remaja ni mana suka dipaksa." Kata Datin Syahirah,yang lain juga turut bersetuju.

"Baiklah.Nora akan tanya dia dulu.Terima kasih banyak-banyak."

Kalau Aaira tak nak,takkan aku nak paksa.Tapi ini untuk kebahagiaan dia juga.Tahun depan dia nak spm.Kalau dia masih duduk dekat rumah ni mesti dia akan bertambah stress.

****

"Dah kenapa tiba-tiba datang sini ajak kahwin?Buang tebiat?" Seloroh Aaira.

"Aik.I do this for you.Kalau...." Kata nya dipotong apabila Aaira menyelit.

"Apa ni,geli lah.Ingat ni drama melayu ke paksa kahwin ni.Tak kelakar la."

Adam tersengih.

"Dulu masa dalam train,Aaira juga yang cakap nak bebas.tak suka dikongkong.So now i will grant your wish."

"Eh takpe,tak payah susah-susah.Pergila balik,tak suka la ramai orang ni.Rimas."Ujar Aaira lalu meninggalkan Adam di luar.

****

Lama juga lah aku fikir hal semalam.Memang la teringin tapi bukan sekarang.Aku ni bukannya betul sangat.Diri pun tak terjaga,nak jaga orang lain.Memang tak lah.

Dari dalam kelas kelihatan ketua pelajar bersama seorang lelaki berjalan menuju ke kelas aku.Mata hanya difokuskan ke arah mereka berdua.

"Morning guys,hari ni korang ada pelajar baru.So introduce yourself man." Arah Qash selamba.ya dia lah ketua pelajar yang poyo,selamba badak dia tapi still boleh diajak berkawan.

"Izzat."

Kami terdiam.

Qash melihat pelajar baru itu dengan muka pelik.

"Okay geng,aku gerak dulu.Aaira!" Jerit Qash.

Aku memanjangkan leher. 

"Nah!" Dia baling sesuatu ke arah aku,lalu benda itu tepat terletak di atas meja.Mata dialihkan memandang  meja tersebut.Pantas aku menjerit

ARGH! "Tak guna punya Qash!!!" 

Satu kelas tertawa.

Izzat yang sedang berdiri tu pun tersenyum melihat Aaira.

'Ada meja kosong sebelah dia,aku duduk situlah.' Bisik hati Izzat.

Tidak sampai beberapa saat aku duduk,Aaira melihat aku dengan muka pelik.

"Hai?" Tegur Izzat.

Aaira hanya membalas dengan senyuman.Apahal mamat ni duk sebelah aku,sekeh juga kepala kang.


****


"Tak apa,biar saya jemput Aaira."

Setibanya dia di pintu sekolah,dia ternampak dua orang sedang berjalan.Otak dia ligat berfikir,siapa dia tu?Hatinya menyuruh dia untuk pergi ke arah perempuan itu,akalnya menyuruh untuk duduk sahaja di dalam kereta.Dia berbelah bahagi

"Kau ni,nama je lelaki tapi buku suruh perempuan angkat.Lembik!" Perliku.Ada ke patut buku dia suruh aku yang angkat?Tak patut kan?

"Aku minta tolong sikit je." Sebenarnya dia sengaja nak suruh si Aaira tu angkat.Dalam kelas sombong sangat,bercakap pun tak.

Aku menggerakkan mulutku,kononnya mengikut kembali apa yang dia cakap. "Bla bla bla.."

"Aaira?"

Gadis itu berhenti melangkah.Mulutnya terkunci seketika sementara Izzat turut melihat diri nya yang sedang terpinga-pinga.

Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now