BAB 17

906 17 0
                                    

Kereta ibu yang ditunggu sudah tiba.Aku memandang ke belakang untuk melihat sekali lagi adakah si lelaki itu sedang cuba menahan aku dari pergi atau?

Hah dia langsung tidak memandang ke arah aku.Tapi kenapa aku dapat rasa yang dia tidak bermaksud untuk berkata-kata seperti itu?Kenapa aku rasa kemarahan dia tadi dia cukup untuk menakutkan aku?Dia berpura-pura?Ish,tak mungkin.

Tapi sumpah,aku tak terasa sangat dengan apa yang dia kata.Macam dia cakap macam tu untuk bermain-main.Mustahillah,dia dah bakar kot diari aku.Mata Aaira kembali fokus melihat suaminya itu lalu berganjak ke tangan Danial yang sedang memegang sesuatu berwarna merah.Itu kan?Aaira melepaskan beg pakaiannya lalu berlari mendapatkan Danial Ilhan. 

'Aik dah kenapa budak ni datang balik?' Bisik Danial.

"Kau dah.." Tidak sempat dia ingin menyambung,Aaira terus memeluk Danial dengan erat.

"Kenapa buat macam tu hm?" Soal Aaira.

Aduh plan tak menjadi. Danial cuba menolak badan genit itu supaya menjauh tetapi tidak berhasil.Pelukan itu terlalu kuat.Danial tersenyum lalu membalas pelukan Aaira.

"Baby listen here.." Panggil Danial lalu meleraikan pelukan.

Aaira hanya melihat terus ke dalam pandangan mata Danial.

"Dekat sini tak selamat.I'm doing this untuk jaga keselamatan our family especially you." Jelas Danial sambil berharap yang Aaira akn faham.

"Tak nak,kalau saya pergi jauh dari awak lagi lah tak selamat.Kalau saya tetiba nak kena bunuh,siapa nak selamatkan saya?" Soalnya.

"Semuanya akan okay,saya boleh jaga diri selagi awak ada dengan saya." Sambung Aaira lagi.

"Wah wah wah!" 

Kami berdua memandang empunya suara tersebut.

"Adam?" Riak wajah Aaira bertukar.

"Look who's here." Adam berjalan ke arah mereka sambil tersenyum.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adam lalu menyuruh Aaira berdiri di belakangnya.

"Pergi kedai beli arang,sudah tahu tanya lagi." 

Danial yang mendengar pantun tidak bijak lelaki itu tidak dapat menahan diri dari tersenyum.

"Bodoh! Pergi sekolah buat apa?" Tungkas Danial.

"Hm aku pergi sekolah belajar bab 4 tingkatan 3 just for your wife." Jelas Adam yang ingin membuat Danial marah.Dan dia berjaya.

"Sial!" Pistol dari dalam kotnya diambil dan diacukan ke arah Adam.

"Guys!" Jerit Adam lalu beberapa lelaki bertubuh tegap datang memegang Danial dan Aaira.

Dua orang lelaki bergilir gilir menumbuk Danial di hadapan Aaira. 

"Jangan!Lepaskan dia!" Jerit Aaira sambil meronta-ronta dilepaskan.

"Jap,nak fikir dulu."

Adam memandang anak buahnya seakan memberi isyarat lalu anak buah dia kembali memberi beberapa pukulan.

"Argh! Let me go!!" Nada dia kali ini lebih kuat berbanding tadi.Adam mula merasa tidak puas hati kerana tingkah Aaira yang tidak penat menjerit.Langkah kaki dibuka ke arah Aaira.

"Oi Danial!Kau tengok ni." Dua belah pipi Aaira dipegang lalu ditampar.Tubuh genit Aaira sudah melorot ke bawah kerana tamparan itu.

"Argh!!!Bodoh!! Kau jangan sentuh dia la sial!" Maki Danial yang cuba melepaskan diri.

"Aaira.Bangun sayang!" Panggil Danial apabila dia melihat isteri yang disayanginya itu sudah tidak menyedarkan diri.

"Bawak dia masuk van." Arah Adam lalu Aaira diheret masuk dan membiarkan Danial yang tidak berdaya.Tanpa sedar air mata jantannya jatuh.

****

Kelopak mata dibuka perlahan dek kerana cahaya lampu yang cukup terang.Suasana yang gelap dan sunyi itu menyeramkan lagi suasana.Sungguh dia bagaikan sudah biasa diculik begini kerana disebabkan penculikan itu dia bertemu dengan seorang lelaki yang dicintai.Lamunan terhenti apabila suara orang sedang bergaduh makin mendekat.

Seorang lelaki sudah jatuh mengesot dihadapan matanya.Dia sudah mula menjadi cemas dan takut kerana lelaki itu berlumuran dengan darah.Bunyi tembakan pistol juga sangat kuat dan semakin menghampiri dirinya.

"Aku tanya mana Aaira lah bodoh!!"

Suara itu.Suara yang aku rindu untuk mendengar setiap masa.Akhirnya aku berjumpa dengan dia.dia.Danial Ilhan.

Ingin sahaja dia menjerit memanggil nama sang lelaki tetapi mulutnya ditutup dengan pita pelekat. "Aaira!" Jerit lelaki itu bila dia sudah menemui aku.

Tidak dapat diungkapkan betapa gembiranya aku saat itu.Saat dia kembali mendekat,ingin sahaja aku terus memeluk badan yang aku rindui kehangatannya.

"I'm here." Ucap Danial sambil meleraikan ikatan dan membuka pita pelekat.Aku terus memeluknya dengan erat lalu aku menangis.

"Ssshhh,jangan nangis." Dia membantu aku untuk bangun dan keluar dari tempat ini.Lelaki yang sudah menamparnya itu muncul di belakang Danial.Dan yang paling menakutkan dia memegang sebilah pisau.Tak.I will not let this happen.

Aku memusingkan badan aku dan memandang Danial sambil tersenyum.Gembira.itu yang aku rasa sekarang.Walaupun tikaman itu sakit tapi tidak boleh lawan perasaan aku sekarang kerana telah dapat menyelamatkan dia.Lelaki yang akan aku sayang dunia akhirat.

Segala memori bersama Danial kembali muncul.Air mata aku jatuh.dan tiba-tiba aku tersedar yang aku tidak mahu meninggalkan dia.Perlahan-lahan kelopak mata aku kembali untuk tutup.Akhirnya semua menjadi gelap gelita.

End.



Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now