BAB 29

861 17 0
                                    


"Macam mana dengan plan kita tu?Semua dah siap?" Kertas-kertas di atas mejanya itu diselak dengan teliti.

"Sudah bos,tak lama lagi dia akan masuk perangkap." Jawab orang suruhannya dan sebuah sampul diberikan kepada majikan.

"Ini apa yang bos minta,semua diteruskan seperti yang dirancang."

Danial hanya mengangguk dan mengarah orang suruhannya keluar.Sampul yang diterimanya tadi dibuka dan sepucuk surat dikeluarkan.Setiap perkataan yang tertulis,dibaca dengan penuh tumpuan.Sejurus selesai,gambar Aaira direnung. "Semoga Allah lindungi awak sayang."

****


Tujuan dia keluar hari ini kerana Danial mengajak aku untuk pergi ke sebuah tempat tetapi Danial tidak menjemputnya kali ini.Idlan pula tidak nampak pula batang hidungnya,mesej yang diberi masih tidak dibalas. "Kita nak kemana ya?." Soal Aaira pelik apabila pemandu membawanya ke arah yang asing.

"Tuan Danial suruh saya bawak Puan pergi tempat yang dia suruh."

Aaira terdiam untuk sejenak.Selama ni dia akan bagitahu dulu kalau ada apa-apa,dia nak buat kejutan ke dekat aku?Senyuman mula diukir tapi senyuman itu tidak lama apabila dia tiba di sebuah gudang.Berkali kali dia bertanya kepada pemandu tetapi dia tidak dapat jawapan yang seperti dia mahukan.Pintu gudang tersebut dibuka dan dia melangkah masuk perlahan-lahan.Nombor Danial didail dengan pantas sambil kakinya bergerak mencari suaminya itu.Malang sekali panggilannya tidak dijawab. "Wah wah!! Look who's coming tonight !!" 

Aaira mencari empunya suara tersebut. "A..Adam."

"Apa sayang buat dekat sini sayang?Sayang cari abang ke?" Nada yang dilontarkan cukup tidak menyenangkan lalu nombor Danial terus menerus Danial.

"Telefon siapa tu?Dia yang hantar kau dekat sini."

Aku tersentak.Danial apa?

"Terkejut? Dia yang hantar kau ke sini,well aku taknak sebenarnya sebab aku nak harta papa kau.Tapi kalau dapat kau pun okay juga kan?" Getus Adam yang perlahan-lahan menghampiri aku.

Aku cuba untuk menelefon Danial lagi tapi tidak berhasil.Tanpa aku sedar,telefon itu dirampas dan telah dicampak jauh. "NAK CALL DIA BUAT APA?DIA YANG HANTAR KAU KE SINI!!" Jerit Adam lagi.

"Suami bodoh kau tu ingat yang aku akan senang senang je ikut cakap dia?Dia ingat dengan bunuh bapak kau dan hantar kau ke sini,dia boleh dapat semua harta bapak kau tu?"

" papa?"

"DIA DAH JUAL KAU LA BODOH!!"

Bang ! Hati aku retak.

"DIA JUAL KAU SEBAB NAK HARTA BAPAK KAU TU!"

Bang !! Hancur.

"DIA KAHWIN DENGAN KAU SELAMA NI SEBAB HARTA.KAU TU TAK ADA MAKNA BAGI DIA!!"

Air mata aku jatuh.Danial bunuh papa?

"Sekarang siapa yang ada dekat sisi kau sekarang?Aku kan?Kalau dari dulu kau kahwin dengan aku,semua ni tak akan jadi.Tapi aku nak ucap terima kasih dekat adik aku ni,sebab dia lah aku dapat korek semua benda pasal kau dengan Danial.Idlan mari sini."

Idlan?

Aku mencari keberadaan Idlan,satu bunyi tertangkap di telinga aku.Bunyi picu pistol ditarik sangat dekat,dekat sekali sehinggakan aku terasa sesuatu di belakang kepala.Jantung sudah mula berdenyut dengan laju.

"Idlan apa awak buat ni?!" Panggil Aaira yang cuba untuk menoleh.

"Kau pusing,kau mati." Ugut Idlan dengan tegas.Perbualan dengan abangnya sebentar tadi,diimbas kembali.

"Aku rasa kita patut cancel semua rancangan ni." Ujar Idlan yang berpeluh-peluh kerana berlari untuk mendapatkan seseorang.

"Kau ni bodoh ke apa ha?Aaira tu pemegang saham terbesar dekat syarikat papa dia!Semua wasiat orang tua bodoh tu akan jatuh ke tangan Aaira.Tak ada otak ke nak fikir?Kau ingat semudah tu je aku nak lepaskan dia?!" Tungkas lelaki itu.

"Aku tahu kau mesti nak juga kan saham tu,kalau kau terus tolong aku cari jalan untuk dapatkan Aaira.Aku akan bagi harta tu." sambungnya lagi

Idlan berfikir sejenak.

"Kau nak buat apa dengan Aaira?"

Lelaki itu hanya tersengih dan terus lesap dari pandangan Idlan.Dia hanya mampu mengeluh.

"Eh perempuan dengar sini,laki kau yang paling kau sayang tu dah tinggalkan kau." Nadanya memerli.

"Kau tu tak ada makna bagi dia."

Nafas terasa semakin sempit.

"Dia tak cintakan kau pun."

Dada dipegang lalu di usap lembut.Ya allah,aku tak kuat.

"Kau tengok sekarang,siapa yang ada untuk kau bila kau dalam bahaya?AKU AAIRA! AKU!" Nada yang lembut itu menjadi tinggi sehingga aku berundur ke belakang.

"Idlan kenapa awak buat saya macam ni?" Bisik Aaira sambil menahan tangis.Pertanyaan itu seperti tiada makna,bagai dibawa angin.Idlan yang masih mengacu pistol ke arah ku cuma memilih untuk berdiam diri.

"Well lagi pun kalau bukan sebab harta,dia nak balas dendam."

Mata beralih memandang Adam yang semakin dekat dengan sebilah pisau yang sibuk bermain di tangannya.

"Balas dendam sebab kau dah bunuh perempuan yang dia sayang.Perempuan yang dia sanggup mati demi kebahagiaan perempuan tu.Kau tu tak ada langsung makna bagi dia." Ujar Adam yang cuba untuk mempengaruhi fikiran Aaira.

"Balas dendam?"

"Adam !!" 

Suara itu.

"Wah wah datang dah dia ni." Perli Adam sambil menepuk tangan.

Tanpa melengah masa,Danial berlari ke arah Adam dan memukulnya.Pisau yang tadi berada di tangan Adam,sekarang sudah bertukar tangan.

"Bagi jelah bini kau ni,nampak elok lagi je."

Kata kata yang dilontarkan menambah lagi amarah Danial dan bertindak untuk menikam perut Adam.Aku hanya memerhati dari jauh. "Kenapa awak buat macam ni dekat saya Danial?" Bisik hati Aaira dan tanpa sedar dia menoleh lalu pistol Idlan dirampas dan satu tembakan.Tepat terkena kaki Danial.

"ARGH!" Danial meraung kesakitan sambil memegang luka tembakan tersebut.Wajah Aaira yang tiada reaksi dipandang dengan terkejut. "Sayang?" Idlan yang melihat turut memberi reaksi yang sama manakala Adam sudah tersenyum melihat tindakan wanita itu.Umpan mengena.

Bang! Satu lagi tembakan terkena di bahu kiri Danial.Aaira menghampiri lelaki itu dengan perasaan marah.Idlan turut berlari mendapatkan Aaira yang semakin menjauh.Entah kenapa dia tidak sanggup melihat semua itu.Ya dia tahu yang dia turut bersalah dalam hal ni,tapi dia terpaksa.Sepatutnya dia tidak percaya dengan janji palsu abang nya itu.Janji palsu yang mengatakan Aaira akan selamat.

"Apa lagi yang Aaira tak tau hm?" Soal Aaira.

"Apa lagi rahsia yang awak sorokkan?"

"APA YANG SAYA BUAT SAMPAI AWAK BUAT SAYA MACAM NI!!"

BANG BANG BANG !!!Tembakan itu dikenakan di merata tempat.Semua orang terdiam.

"Sayang,abang buat semua ni sebab...."

"Alasan bodoh apa lagi yang awak nak reka?!" Getus Aaira.Pisau yang berada di sisi Danial,diambil dan pistol tersebut di campak jauh dari mereka.Semua mimpi yang dia patut elak,semua seribu cara untuk mengelakkan dia dari berubah sudah lenyap.Apa yang ada hanya kemarahan yang menimbun.Tanpa disedari,aku cuba ingin menikam perut Danial. 

"Aaira cukup !" 

Aku tersentak dengan jeritan itu.

****



Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now