BAB 19

824 16 0
                                    

Halaman rumah yang dipenuhi tumbuhan hijau direnung.Mimpi buruk yang selalu dimimpikan itu datang lagi tetapi dengan situasi yang lebih teruk.Keadaan dimana Danial merelakan segala perlakuan yang aku lakukan kepadanya tanpa sekali pun membantah.Keadaan dimana aku memperlakukan dia seperti itu bukan diri aku yang sebenar. Apa yang membuat aku berubah seperti itu?Aku yakin dendam aku terhadap dia sudah mati tetapi kenapa aku membuat Danial seperti kebencian yang sudah lama tertanam kembali subur.Semoga mimpi itu tidak benar sama sekali.

Telefon pintar Danial yang dari tadi dipegang berbunyi menandakan mesej masuk.Mesej itu dibuka dan ia hanyalah pemberitahuan kreditnya sudah habis dan perlu ditambah.Cis,buat suspen je.Lalu aplikasi Pou dibuka dan main. "Sayang where is my phone?" Soal Danial yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah.

"Ni ha dekat Aaira." Mata masih fokus terhadap permainan itu

Danial menghampiri isterinya yang fokus kemain dengan telefon miliknya.

Lengan Aaira cuba ditarik. 

"Eh abang buat ni?" Aaira terkejut dengan tindakan Danial yang tiba-tiba menariknya.Nak peluk aku la tu?Sorry eh,sis tengah sibuk main ni.

"Abang nak phone." Jawab Danial selamba.

Alamak,aku perasan la ni?

Danial perasan dengan riak wajah pelik Aaira lalu dia tertawa kecil. "Meh sini,sayang nak peluk ya?" Soal Danial sambil mendepa tangan.

Aku tersentak.Dia tau lah ,malunya. "Ee abang ingat abang ni siapa,dah la sombong,berlagak,suka perasan handsome...."

Satu ciuman diberikan di bibir oleh Danial.Aaira terdiam apabila Danial tiba-tiba melakukan pergerakan drastik.

"Ish apa dia ni cium-cium pula." Rengek Aaira lalu meninggalkan Danial yang tersenyum.Comelnya lahai bini aku ni.

****

"Weh makin maju eh kau sekarang." Sapa Aqil yang teruja melihat kawan baiknya tiba di restoran itu.

Dia hanya tersenyum sambil kaki melangkah masuk.Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggungnya. "Teh tarik satu!" Jerit Dilan apabila mamak itu menghampirinya itu mengambil pesanan.

"Macam mana Harvard?Okay?" Soal Aqil sambil menghirup secawan kopi.

"Not badlah." Jawabnya pendek.

"Kau pahal macam moody je balik dari sana?" Aqil yang perasan dengan kelakuan Dilan yang tiba-tiba sahaja tidak bermaya cuba untuk diajak berbual.

"Aku tengah cari someone sebenarnya,tapi tulah aku rasa macam give up.Aku tak tau dia dekat mana,aku cuba dm dia dekat ig pun tak dapat.Kawan dia pun ramai taktau dia dekat mana." Keluh Dilan apabila sekian lama mencari gadis itu.Sejak dia sambung pengajian di Harvard,dia tiba-tiba teringat tentang gadis yang sering mencuri perhatian dia sewaktu di sekolah menengah dulu.Tapi sekarang dia hilang tanpa jejak,sihat ke dia?

"Siapa yang kau cari?"

"Aaira." Balas Dilan Aqasha ringkas dan menghirup teh tarik yang baru sahaja tiba.

****

Milo yang tersusun di  atas rak dicapai lalu dia masukkan ke dalam troli.Danial dari tadi katanya nak cari tepung Bestari nak masak ayam goreng tepung la apalah sampai sekarang tak muncul.Tengah jadi pekerja dekat sini ke pun lama sangat.Keluh Aaira dan dia masih menolak troli dan akhirnya tiba di tempat kegemarannya.Aiskrim!

Dua bekas Baskin Robbin diambil dan beberapa perisa lain dilihat. "Aaira?" Bibir mengukir senyuman.Lamanya cari tepung ish.Dia menoleh sambil memegang aiskrim.

"It's you." Jawab lelaki itu.

Aku tercengang.Otak kembali mencerna siapa lelaki dihadapannya itu?Macam mana dia tahu nama aku?Aku kenal dia ke?Promoter ke? Tak pakai baju promoter pun?Risalah pun tak ada.

"It's me.Aqasha.Dilan Aqasha."

Dia terkaku.Jantungnya mula berdegup pantas.Sejak bila dia balik Malaysia?Kenapa aku tak tahu apa-apa?Dia tahu ke aku dah kahwin?

"Sayang?" Danial menghampiri Aaira dan lelaki yang baru pertama kali dia jumpa.Aiskrim yang dipegang Aaira bertukar tangan dan diletakkan ke dalam troli.

"Sayang okay tak?Siapa ni?" Soal Danial lembut.

"Kawan sekolah  Aaira dulu.Aqasha." Jawab Aaira dan tersenyum nipis.

Mereka bersalaman dan perkenalkan diri. "Dah jom bayar,ni bukan reunion sayang.Bro,pergi dulu." Kami berdua pergi meninggalkan dia disitu.

"Dia dah kahwin?" Tungkas Dilan dengan riak wajah pelik.

****

"Kenapa kau tak bagitau Aqasha dah balik Malaysia?" Soal Aaira kepada kawan baiknya,Maya.

"Laa aku ingatkan kau dah tau,aku tak cakap la dekat kau.Lagi pun kenapa kabut sangat?Kau??" Maya mendekatkan mukanya dengan aku.

"Ish taklah,kau gila ke?Aku dah ada suami." Balas Aaira.

"Eleh kenapa kau simpan lagi patung yang dia bagi?Ha kenapa?"

Krik Krik.

"Kau suka dia lagi ke Aaira?"

Aku diam.Membiarkan pertanyaan Maya dibawa angin.Entah kenapa aku tidak mampu menjawab soalan itu.Kenapa lidah aku kelu untuk menjawab tak?Kenapa?Kenapa jantung aku berdegup laju bila ada Aqasha?Kenapa hati aku macam ni?

****

Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now