"Siapa suruh kau nangis?"
Bibir digigit untuk menahan esakan.Ya Allah aku tak kuat!
"Aku tanya siapa suruh kau nangis ha perempuan?!" Tanya Danial lalu pingganku diambil dan dihempaskan ke lantai.
Tersentak Aaira apabila Danial bersikap begitu. "Aku nak kau makan nasi tu sekarang!Makan!"
Aaira duduk di lantai.Matanya memandang riak wajah Danial tapi tiada langsung walau sedikit rasa belas kasihan terhadap isterinya.Aaira mengambil nasi yang telah jatuh itu dan disuapkan ke mulut sambil air mata yang mengalir.Sedangkan orang tuanya tidak pernah lakukan sebegitu.
Danial Ilhan masih tidak puas kerana Aaira tidak langsung memberontak.Lalu dia menarik rambut Aaira dengan kuat dan disembamkan ke nasi yang telah jatuh itu. "Kau makan sekarang!Jangan guna tangan kau!"
Aku membuka mulut perlahan.Malangnya esakan tidak dapat ditahan,lalu tangisan dihamburkan jua.Nasi itu dimakan seperti kucing yang sedang makan makanannya.Ya Allah adakah dia samakan aku dengan binatang?Kenapa Ya Allah?Aku tidak dapat tempuh segala ujian-Mu ini.Bisik hati Aaira.
Danial terus pergi meninggalkan Aaira yang sedang menangis.Sungguh dia rasa sangat puas!
****
Hampir sebulan isteri kepada Danial Ilhan itu diseksa bermati-matian.Sifat berperikemanusiaan juga tiada dalam diri Danial.Malahan dia berasa cukup gembira kerana membuat isterinya sebegitu.Oleh kerana kisah silamnya,orang lain menjadi mangsa.Orang lain?Aaira Arleesa.Perempuan ini yang telah membunuh cinta pertamanya.
Cinta pertama yang sering membuat Danial tertawa,gembira,tersenyum.Tetapi dalam masa yang singkat,kesemua nikmat itu ditarik apabila cinta pertama dia mati.Mati disebabkan perempuan yang bernama Aaira Arleesa.Apabila dia memandang muka Aaira,wajah Eryna muncul dan itu membuatkan Danial menyimpan dendam yang cukup lama.
Dendam yang tak akan pernah berubah walau apa jua sekali pun.Kerana perempuan itu Eryna mati.Hidup perempuan itu tidak akan tenang sehingga dendam aku terbalas.
Imbas kembali...
"Sayang dekat mana ni?" Soal lelaki itu.
"Dekat depan bank ni.Bila awak nak sampai?" Soal Eryna kembali dengan nada merajuk.
"Kejap lagi saya sampai." Balas Danial Ilhan.
Tidak sempat Eryna ingin membalas,dia ternampak seorang budak perempuan yang sedang melintas jalan tanpa melihat sebuah lori sedang menghampiri.Tanpa sedar,Eryna terus berlari anak mengejar budak perempuan itu. "Sayang saya dah nampak awak.Eh kenapa awak.." Kata-kata Danial tergantung apabila melihat tunangnya sedang berlari sedangkan ada lori yang sedang laju datang ke arahnya.
"Adik tepi!" Jerit Eryna lalu badan budak itu ditolak ke tepi.
PONN PONN!!
Tubuh badan Eryna berada di awangan sekejap sebelum jatuh di atas jalan raya.Darah yang keluar telah membanjiri jalan itu.Danial Ilhan yang masih terkejut dengan apa yang terjadi dihadapannya telah keluar dari kereta dan pergi ke Eryna.
Airmata lelakinya jatuh untuk pertama kali.
Tamat..
****
"Assalammualaikum,Aaira!"
Tudung bawal disarung selepas mendengar seseorang memberi salam.Lalu dia bergegas ke pintu takut dia tertunggu diluar.
"Ya Allah ibu!" Jerit Aaira sambil memeluk ibunya.Mata tertancap pada sesusuk tubuh yang berada di belakang ibu.
"Abang Afiq!"
Lelaki itu tersenyum apabila kehadirannya di perasan oleh Aaira.Lantas dia berlari anak menuju ke arah lelaki yang dirinduinya itu.Kepala Aaira yang dilitupi oleh tudung diusap kasar.Dia merengus kasar apabila tudungnya menjadi senget.
"Apa abang ni!" Marah Aaira.
"Okay sorry,gurau sikit je alah.Tu pun nak merajuk ke?" Pujuk Afiq.Rindu sangat dengan sepupunya itu.Sudah sekian lama dia berada di luar negara sehinggakan perkembangan si Aaira pun tidak diketahui.Tengok-tengok muka dah lain.Makin lawa.
"Diam lah." Balas Aaira lalu dia masuk ke dalam rumah meninggalkan Afiq keseorangan.
Afiq hanya menggeleng dengan tingkah Iris yang masih tak matang.Tetapi dia tersedar tentang sesuatu,mata Iris.Mata Iris tidak dapat menipu.Saat dia melihat terus ke dalam mata Iris,terpancar perasaan sedih bagaikan dia sedang terperangkap.Meminta tolong untuk dibebaskan.Dia tidak bahagia dengan perkahwinan?Tebak Afiq.
"Kau siapa?" Soal seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke kawasan rumah.
"Aku sepupu Aaira,Afiq.Kau mesti suami dia kan?" Teka Afiq sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Danial hanya mengangguk faham.Kasutnya dibuka lalu dia masuk ke dalam rumah,tetapi tidak lupa akan Afiq yang berada di luar. "Masuk lah."
Afiq hanya tersenyum.Terdapat sesuatu yang sedang bermain di fikirannya sekarang.Lelaki ini ke yang membuatkan Aaira tak bahagia?Tak gembira?
****
Bau yang sangat enak menarik perhatiannya untuk turun melihat selepas membersihkan diri.Riak wajahnya bertukar ketika melihat kemesraan isterinya bersama Afiq.Perasaan yang dia tidak pernah alami mula mekar di hati.Matanya masih lagi tertancap pada senyuman yang melekat di bibir Aaira.
Kenapa dia tidak pernah senyum begitu di hadapanku?Kenapa dengan lelaki dia sangat mesra sedangkan aku suami dia?Tak guna punya perempuan!Tunggu kau.
Danial berdeham apabila dia tiba di sofa dimana Aaira dan Afiq rancak berbual.Aaira berganjak ke tepi apabila Danial duduk disisinya.Rasa ketidak selesaan mula muncul kerana Danial semakin lama semakin rapat dengan dirinya.Perasaan menyampah mula hadir.
Secara tidak sedar dia berdiri dan terus menuju ke dapur untuk melihat ibu.Benci dengan Danial Ilhan masih tidak luput.
Danial terkejut dengan sikap Iris yang tiba-tiba membuat muka yang tiada perasaan ketika dia duduk disebelahnya.Afiq turut berasa pelik dengan sikap Iris yang berubah 360 darjah sejak Danial sampai.
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...