BAB 14

1.2K 23 0
                                    

"Abang?"

"Aaira okay tak ni?Ada sakit dekat mana-mana tak?Sini sakit?" Soalnya bertubi-tubi sambil memeriksa seluruh anggota badan Aaira.

"Okay jelah,tak payah nak over sangat."Sinisnya.Geli hati juga apabila melihat reaksi sepupunya itu,Afiq.Dia dari dahulu sehingga sekarang masih sama,sikap dia yang suka ambil berat membuatkan dia rasa beruntung kerana dapat sepupu yang sebegini.

"Abang dah kata dekat Aaira dulu,tuntut cerai.Duduk dengan ibu lagi senang.Kalau Aaira nak sambung belajar,biar abang tanggung.Atau Aaira duduk dengan abang dekat Itali,belajar satu university dengan abang.Nak?"

Aaira memandang Danial Ilhan yang masih berada di hadapannya sekarang.Riak wajah Danial Ilhan mula berubah,Aaira keliru.Keliru dengan perasaannya tetapi dia berfikir sejenak.Kenapa dia harus keliru?Sedangkan ini apa yang dimahukannya dulu.Kenapa dia masih berbelah-bahagi?Timbul rasa pilu di hati,ingin sahaja memberi Danial satu peluang.Bagaimana dengan hati yang masih mekar dengan rasa benci?Adakah dia patut membunuh rasa benci itu sendiri dan cuba untuk membuka hatinya semula?Dengan semudah itu?

Ikut kata hati wahai Aaira.Jangan kau menyesal dengan keputusan yang kau bakal buat nanti.Dia memandang sekilas wajah Afiq yang tertunggu-tunggu jawapan dari nya,mungkin dia berharap yang Aaira akan mengikut rancangannya.Lalu muka Danial Ilhan dipandang.Riak sedih jelas terpampang di mukanya.

"Tak apalah abang,Aaira nak fikir dulu.Lagipun...."

"....Aaira tak rancang pun nak tinggalkan Danial.Aaira rasa Aaira nak bagi dia peluang." Jawabku dengan tenang.Lalu dia menghela nafas lega.

"It's okay dear.Tapi kalau Aaira ada masalah,bagitahu abang.Jangan senyap je.Faham?"

Dia mengangguk faham dengan apa yang dikatakan Afiq,Tidak lama selepas itu Afiq berlalu meninggalkan kami berdua.Adakah dia pasti bahawa Danial tidak akan mensiakan peluang yang telah diberi?Kenapa dengan begitu yakin dia menolak pelawaan Afiq dan memberi Danial Ilhan peluang?Benci yang semakin mekar di hati mula layu,dia pasti Danial Ilhan akan berubah dan menerima Aaira sebagai isterinya yang sah dan bukan untuk diseksa.Semoga hubungan mereka akan kekal seperti yang dipinta.

"Terima kasih sebab beri peluang untuk sayang awak sebagai seorang isteri.Saya minta maaf sebab selalu lukakan awak,selalu sakitkan hati awak malah buat awak terpaksa datang hospital selalu.Saya menyesal sangat." Ucap Danial Ilhan yang semakin menghampiri Aaira.

Aaira hanya tundukkan kepala sambil bermain dengan jarinya.Sungguh dia masih gementar,dia masih takut.Takut perkara yang lama berulang.Tangannya mula menjadi sejuk akibat perasaanya yang tiba-tiba sahaja gementar.Muka Danial Ilhan dikerling.Wajahnya yang putih ditambah lagi dengan lesung pipit di kedua belah pipinya membuatkan dia kelihatan comel.Baru sekarang dia dapat menatap wajah sang lelaki itu.Jauh di sudut hati,dia mengucapkan syukur kepada Allah kerana menemukan dia dengan seorang yang seindah ini walaupun dari segi sikapnya yang tidak berapa indah tetapi tidak lama lagi sikapnya yang lama akan berlalu seperti masa dan hidupkan sikap yang baharu.

Tangan Aaira dipegang dengan lembut. 'Sejuk gila tangan dia!' Bisik hati Danial Ilhan. "Kenapa ni?Ada apa-apa yang tak kena?" Soal Danial.Rambut Aaira diusap manakala mata masih memandang Aaira yang kelihatan gelisah.

Dia menggeleng laju.Dia sendiri tidak pasti mengapa dia jadi begitu.Malu dengan tatapan mata Danial Ilhan?Ah mustahil!Tak akan dah jatuh hati dengan si dia?

"Tadi saya dah tanya doktor,awak dah boleh keluar petang ni.Nak pergi mana-mana tak?"

Diam sekejap.Tiada satu pun yang terlintas di fikiran.

"Tak nak lah,saya nak rehat." Jawabnya pendek.Mata sempat memandang wajah Danial tetapi tiada riak wajah marah atau bengis seperti yang pernah dia tunjukkan dulu.Apakah mungkin dia akan berubah?

****

Telefon pintar diambil.Muka yang siap ditempek bedak Carrie Junior dia lihat sekejap di cermin.Okay siap! Telinga menangkap bunyi pintu dikuak,haruman yang baru sahaja dihidu pagi tadi menusuk ke hidung semula. "Dah siap?" Tanya Danial llhan.

"Dah." Balasnya sambil tersenyum.Mood tiba-tiba sahaja berubah jadi baik apabila melihat lelaki itu.Dah jatuh cinta mungkin?

Dia menghulur tangan kanannya.Aku terpinga sekejap sementar mencerna apa yang dia nak buat? "Saya nak tangan awak." Tegurnya.Tanpa menunggu jawapan Aaira,dia terus menarik tangan isterinya itu dan berjalan keluar dari wad VIP.

"Aku nak pergi jalan-jalan.Kau orang pergilah lepak mana-mana dulu,jangan ganggu aku." Arah Danial Ilhan kepada pekerjanya.

Setelah berpuluh minit berjalan,kaki sudah berasa letih.Maklumlah sudah sekian lama tak berjalan jauh macam ni tambahan pula hari tak berapa nak berangin.Otak ligat berfikir kemana si Danial mahu pergi?Tak bawa kereta pulak tu.Haih.

"Awak nak pergi mana sebenarnya?" Soal Aaira memecah kesunyian.Penat tahu tak.Tangan pula dari tadi dipegangnya,berpeluh dah tangan ni.Nak lepas tak bagi,mengada!

"Jalan."

Aaira mengeluh kasar.Jauh gila nak jalan!Kalau pergi pasar malam pun best ni tak berkeliaran dekat sini macam orang gila.Hish dia ni!

"Sebenarnya awak tak tahu kan nak pergi mana?" Teka Iris.

Danial tersengih apabila mendengar pernyataan itu.Dia pun tidak tahu dia dekat mana sekarang ni.Asyik berjalan dari tadi,tapi tak tahu tempat untuk dituju. "Telefon pekerja awak,kita pergi pasar malam." 

****

Bau burger ayam yang enak menarik perhatian apabila turun dari kereta.Sesungguhnya dia berasa lapar gila,malah dia sudah sekian lama tak makan makanan begini.Rindu!Terus dia berlari meninggalkan Danial Ilhan yang baru sahaja ingin keluar."Eh mana si Aaira ni?Hilang?" Tungkasnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Hati mula dipukul rasa cemas dengan ketiadaan Aaira.Pantas dia menutup pintu kereta dan pergi mencari isterinya.Setiap kali dia berjalan,dan menegur orang yang dia anggap Aaira menambahkan lagi rasa cemas.Allah sahaja yang tahu betapa risaunya dia terhadap sang isteri.Langkahnya terhenti apabila terdengar suara yang dia cukup kenali.

"Saya nak burger ayam tapi tak nak sayur." Ujarnya sambil melihat penjual itu memasak makanan yang dipesan.Perut sejak tadi berbunyi menginginkan sesuatu untuk dimakan.Lapar!Sehingga dia tidak sedar bahawa Danial Ilhan sedang mencarinya.

Lengan Aaira ditarik dengan kasar,badannya turut pusing memandang muka Danial Ilhan.Aaira hanya melihat Danial Ilhan tanpa perasan,sungguh dia berasa sangat lapar sekarang.Haruman burger ayam yang sudah menusuk ke hidung membuatkan perutnya bertambah bising. "Lepaslah!Saya nak makan." Pinta Aaira apabila dia baru menyedari yang Danial masih memegang lengannya.

Gerai burger yang berada di hadapan dijenguk.Lalu dia memandang muka Aaira kembali,terdetik rasa kasihan.Makanan hospital mana pernah sedap tapi Aaira habiskan juga,setiap makanan yang diberi mesti habis.Sedaplah kot.

Dompet dikeluarkan dan not sepuluh ringgit diberi kepada penjual.Plastik berwarna merah itu bertukar tangan lalu diberikan kepada Iris.Baki diambil dan tangan Iris ditarik untuk mengikutnya. "Nak air." Ucapnya perlahan namun masih dapat didengari.Langkah mereka berhenti di sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis minuman. "Nak milo."

Tangan Aaira masih dipegang.Baki duit burger tadi dihulurkan kepada pakcik yang menjual air.Seusai membeli kami berdua bergerak keluar dari pasar malam itu. "Aaira,lain kali jangan lari macam tadi. risau tahu tak?" Ucap Danial sambil mengusap kepala Iris Raisah.

Danial Ilhan masih setia memegang tangan si isteri walaupun sebelah tangannya masih memegang telefon pintar.Iris hanya berjalan sambil melihat suasana di sekitar.Pandangannya tertancap pada sebiji bola yang sedang laju ke arah kami berdua.Dikala bola itu hampir terkena Danial,Iris sempat menepis bola itu lalu terjatuh. Danial Ilhan yang sedang mencerna perkara yang sedang berlaku terus membantu Aaira untuk bangun.Telapak tangannya luka akibat bergesel dengan batu kecil.Perlahan-lahan dia meniup luka itu.

Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now