BAB 6

1.5K 22 0
                                    


note : hi peeps,for sure yang pernah baca dulu punya story mesti you guys mesti pelik why i changed the plot and everything.idk la maybe sebab too childish and i want something fresh.so hope that korang enjoy with this new plot okay.


"Tuan Muda,saya tak tahu mana dia sekarang.Sejak minggu lepas,batang hidung dia pun saya tak nampak." Ucap seorang lelaki yang memakai spek hitam.

"Bodoh!Mana pula dia pergi ni?!Aku dah agak yang dia akan tipu aku!Aku tak kira,kau kena cari dia juga!Kalau tak dapat,kau yang akan jadi mangsa.Faham tak?!" Arah lelaki itu.Rambut yang kemas itu mula kusut.

"Kau tunggu,aku akan cari kau sampai lubang cacing Iris Raisah!"

Bergema ruangan itu akibat suaranya.Kesabarannya sudah hilang oleh kerana Aaira tidak diketahui keberadaannya.Perempuan itu telah menghancurkan kepercayaannya.Sekarang tiada apa yang dapat menghalang lelaki itu.

Dua bulan berlalu...

Beg galas dibetulkan lalu kakinya melangkah ke sekolah.Sungguh rindu dengan suasana di sekolah,rindu dengan kawan,rindu cikgu ish semua lah.Aaira memegang mukanya.Giginya yang tidak teratur sekarang sudah tersusun cantik.Malah ada lesung pipit disebelah kiri.

Terasa ada seseorang menampar begnya dari belakang.Lantas dia menoleh untuk melihat gerangan yang telah mengejutkannya di pagi yang indah ini.Ouh Alieyah rupanya!Tapi kenapa muka macam terkejut?

"Eh sorry,ingatkan kawan tadi." Pohon Alieyah lalu dia beredar.

Dia mencerna kembali ayat yang telah disebut oleh Alieyah.Baru dia ingat,sekarang wajahnya telah berbeza. "Woi sampai hati tak kenal aku!" Jerit Aaira.Beg milik kawannya itu ditarik.

"Aaira Arleesa?Kau ke?Ya Allah,muka kau lain sangat kenapa?Aku whatsapp kau banyak kali kut." Bebelnya.

"Ish kau ni,takkan kau dah lupa apa yang dah jadi dekat aku?" Balasnya sambil membetulkan tudung yang senget.

"Ya tak ya juga,eh jom duduk dulu baru sembang." Ujarnya.

Usai kami melabuhkan punggung di tapak perhimpunan,mata semua orang beralih ke Aaira.Ada yang berbisik,ada yang menyangka bahawa dirinya adalah pelajar baru.Ameera,pelajar dari kelas lain menegurnya. "Budak baru eh?"

"Kau nampak beg aku ni?Nampak nametag aku?" Soalku dengan nada garang.Nak bergurau sebenarnya.Yalah,rimas semua asyik memandang.

"Kau?Aaira?Apa dah jadi dengan muka kau?" Dia bertanya.Pelajar yang sebaya dengannya turut menghampiri.

Dia hanya mengulum senyum.

"Weh ada lesung pipit lah.Cantiknya!" Puji Lily.

"Okayla tu.Korea plastik,kau pun plastik." Sindir Ameera.Senyuman Iris mati apabila mendengar perkataan itu.Suasana agak tegang disebabkan lontaran kata-kata pedas dari mulut Ameera.Semua orang tahu yang dia tidak sengaja,tapi tidak pada Aaira.

Kata-kata Ameera cukup memberi kesan yang cukup dalam.Semua pelajar terus mengambil tempat mereka kembali.Keadaan kekal begini sehinggalah tamat perhimpunan.

"Weh Aaira,serius muka kau lawa gila!" Puji Alieyah.

Aaira hanya tersenyum hambar. "Kau nak tahu tak?Kelas kita ada pelajar baru." Alieyah pantas menukar topik apabila tiada balasan dari Aaira.

"Ha ya ke?Siapa?" Soal Aaira dengan mata yang bersinar.

"Laju je kau ya.Nama dia.." Ayat dia tergantung apabila classmate mereka bernama Aiman datang mencelah.

"Siapa ni?Budak baru lagi?"

"Kau tak kenal aku ke Aiman?" Soalan dibalas soalan.Dia mengeluarkan botol air dari dalam beg dan minum sementara menunggu jawapan dari Aiman.

"Siapa?Kau?Aaira ke?"

Dia mengangguk dan terpacar riak wajah terkejut di muka Aiman. "Weh serius la?Lain gila muka?"

"Kau ni,macam tak tahu je kan apa yang dah jadi." Marah Alieyah.Aiman hanya tersipu malu.Cih!

"Okay good morning class!"

"Good morning teacher"

"Okay so today I hear that Aaire will come to school.So where is she?" Soal Puan Chong a.k.a guru kelas kami.

"Here!" Aku mengangkat tangan.

"Is it you Aaire?Wah,you are so different now!" Puji Puan Chong.Puji ke?

Aaira tersenyum sahaja apabila mereka semua memerhatikan wajah barunya.

"Let's start our lesson now." Arah Puan Chong.

****

"Eh budak ni la yang plastik tu kan?"

"Dia ni yang menjerit macam orang gila tu kan?"

"Dasar orang tak tahu bersyukur!"

Pelbagai cemuhan yang diterima.Ada yang datang mendekat,ada yang makin menjauh.Segalanya berubah dalam masa yang sangat sekejap.Bait-bait perkataan yang dilontarkan,tiada satu pun yang dibalas.Bagi dirinya,segala yang berlaku dalam dunia ni ada hikmahnya.Dia sendiri tidak mahu menukar wajahnya.Dia juga inginkan wajahnya yang lalu.Tetapi bila teringat kembali memori buruk itu,dia terpaksa.Terpaksa untuk kebaikan sendiri dan mungkin juga keluarga.Keputusan ini yang telah dipilih,maka seharusnya tiada penyesalan yang timbul di hati.Tidak apa yang dapat berubah jika dia menangis dek kerana dihina oleh orang lain.Cantik atau buruk tetap akan dikutuk.Mulut orang tidak dapat dikunci,mereka mempunyai hak untuk bersuara dan tiada sesiapa yang dapat menghalang.

Sejak dikutuk,tidak setitis air matanya gugur.Hal ini kerana,ini adalah jalan yang dipilih.Jadi dia patut meneruskan.Selagi ada orang yang memberi sokongan ataupun tidak dia akan tetapi berdiri dan menghadapi segala cabaran dan ujian yang menimpa dirinya.

"Aaira kau okay tak?" Suara garau yang menerpa telinga,menghentikan lamunan.

"Ha?Aku okay je." Balasnya dengan nada perlahan.

"Kau tak payah la risau sangat pasal mereka.Selagi aku ada, kau jangan.."

"Izzat." Aaira mencelah.

"Kenapa?" Langkah kami berdua terhenti.

"Aku ni sebenarnya bukan senang untuk didekati.Aku bukan perempuan yang dengan mudah bergaul dengan ajnabi.Tapi dengan sikap kau yang macam ni..." Ayatku tergantung seketika,cuba mencari nafas sebelum menyambung.

"Aku tak nak ada apa-apa berlaku antara kita.Tak kisah lah hubungan apa sekali pun.Jangan dekat dengan aku.Kau mesti tahu,sekali hati seorang manusia dicuit.Perasaan itu akan mengawal seluruh minda.Dan pada akhirnya dia akan terluka.Dengan sikap kau yang macam ni,kau akan buat aku menaruh harapan dan perasaan dekat kau."

Nafas ditarik semula dan dilepaskan. "Aku paling benci orang yang sakitkan hati aku.Sebelum apa-apa jadi,baik aku elakkan.Aku harap kau faham."

Izzat Irfan.Dialah pelajar baru yang sering disebut.Sejak kami mula berbual dikelas,makin lama hati aku sedikit tersentuh dengan tingkahnya.Tapi aku cepat membuang jauh perasaan itu sebelum pergi ke tahap seterusnya.Jadi aku buat keputusan untuk memberitahu apa yang aku rasa supaya dia faham.Malangnya,perbuatan aku itu membuat Izzat menjadi pelajar yang liar.Namanya sering disebut bukan kerana ketampanannya tetapi disebabkan kenakalan.Dia bertukar menjadi liar sehari selepas aku membuat pengakuan itu.Setiap hari timbul perasaan bersalah,kerana setiap hari akan ada seorang pelajar yang akan menjadi mangsa kepada Izzat Irfan.Hampir seluruh pelajar disekolah telah menjadi mangsa.Malah kawan baikku sendiri,Alieyah.Kecuali aku,sehingga sekarang aku menunggu giliran.Manalah tahu dia akan jadikan aku mangsa seterusnya.Tetapi tidak.

Aku turut bersimpati dengan apa yang telah berlaku terhadap pelajar sekolah dan Izzat.Ingin meminta maaf dan menyuruhnya kembali seperti Izzat yang dulu.Sayangnya,itu bagaikan mencurah air kedaun keladi.Sedikit pun dia tidak mendengar kata-kataku.Setiap hari juga aku berfikir cara untuk membawa Izzat Irfan kembali ke jalan yang benar tetapi tidak berjaya.

Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now