"Aaira."
Langkah kaki masih dibuka kerana dia sudah mengetahui siapa gerangan yang memanggilnya itu.
"Aaira." Nada dinaikkan.
Dia bergerak lagi.
"Aaira!"
Masih tidak mahu menoleh.
"Kau tak pusing aku jerit." Ugutnya tapi masih tidak dipeduli.
"AAIRA!!!" Semua memandang ke arah kami berdua.
Akhirnya,dia tewas dan dia menoleh memandang Idlan.
"Awak nak apa?" Kening dikerut.
"Jomla teman aku makan." Pintanya sambil menghampiri aku.
Ish aku lah mamat ni,jumpa aku je makan.Jumpa aku je ajak makan,tak ada benda lain ke
"Saya tak makan lunch."
Dahi Idlan berkerut. "Ah kau tipu,hari tu aku nampak kau makan nasi goreng ayam waktu lunch.Licin pulak,tu kau cakap tak makan lunch." Bebel Idlan lagi.
Aaira tersentakk.Ish mana pula dia tahu ni.
"Dah dah,jom teman." Idlan terus merampas buku di tangan dan memaksa Aaira untuk menemaninya ke kafe.Tanpa membantah,Aaira hanya mengikut.
Idlan sengaja berjalan setempat kerana ingin berjalan seiring dengan Aaira. " Kenapa bila jumpa saya je awak nak makan la apalah?" Soal Aaira pelik.
"La dah bila aku tengah lapar,kau ada.Ha good timing la tu." Jawab Idlan dengan nada teruja.
"Awak kena tahu yang saya ni dah ka...."
"Eh sedapnya bau!" Idlan yang tadi berjalan seiring dengan aku terus berlari ke kafe.
Aaira mengeluh kerana kata-katanya dipotong.
****
Langit yang dipenuhi kegelapan itu direnung.Perasaan dia sekarang persis seperti langit gelap itu sekarang.Tiket penerbangan ke Sepanyol telah ditempah.Dia sudah tiada tujuan untuk datang dan terus menetap disini.Aaira yang seiras dengan tunangnya itu juga sudah mempunyai rumah tangga yang cukup bahagia.Buat apa lagi dia terus tinggal disini.
Gambar tunangnya yang bernama Aisya direnung lama.Rindu yang tidak berpenghujung terhadap Aisya.Kalau dia boleh putarkan masa,dia pasti akan menemani Aisya ke perpustakaan.Tempat dimana mereka bertemu,tempat dimana semuanya bermula dengan indah.Siapa sangka cinta hatinya tidak kekal seperti yang diinginkan.Air mata lelakinya jatuh lagi untuk kali yang ke berapa hanya kerana wanita yang dicintai.Segala kenangan dengan Aisya terus berputar di benak fikiran.
Air mata dilap dengan hujung lengan baju.Dia sedar walaupun Aaira mempunyai wajah yang seiras dengan Aisya,dia masih bukan Aisya.Mereka berdua hanyalah orang yang berbeza dengan wajah yang sama.Sebanyak mana pun dia cuba,Aaira tetap bukan Aisya dan tidak akan pernah jadi Aisya.Maka buat apa dia terus disini sedangkan dia tahu jasad Aisya bukan disini?Gambar itu dimasukkan kembali ke dalam dompet.
Ice Americano kegemaran Aisya itu disedut.Telefon yang berbunyi itu dipandang dan secara tidak sedar dia telah melanggar seseorang.
"Ya allah,sorry bro.Aku tak sengaja." Ucap Aqasha sambil membantu lelaki itu bangun.Baju lelaki itu habis lencun kerana Americano tersebut.
"Tak apa la,benda dah jadi." Balas lelaki itu sambil memegang bajunya yang sudah berbau kopi.
Aqasha yang masih rasa bersalah mengambil baju simpanan dari dalam beg dan memberikan kepada lelaki itu. "Nah bro,ambil baju ni.Aku dah kena gerak sekarang,aku minta maaf bro." Mereka berdua bersalaman dan Aqasha terus pergi dari situ.
Lelaki itu menghantar dengan pandangan dan mula beredar untuk menukar baju.
****
Danial yang sedang ralit menonton berita dipandang dari jauh.Chips yang berada di atas meja di ambil dan terus mendapatkan Danial. Setiap malam kami berdua akan pastikan untuk luangkan masa dengan lebih banyak kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri sehingga tiada masa untuk berdua.Kebanyakkannya Danial sahaja yang ingin tahu tentang apa yang berlaku pada hari ni dan sekian sekian.Aku tak ambil tahu sangat pun pasal kerja,bukan aku tahu apa-apa pun.
"Sayang rapat ke dengan budak lelaki tu?" Soal Danial yang memecah kesunyian.
"Budak?Idlan tu? Tak ada la rapat sangat,cuma dia selalu suruh Aaira teman dia makan." Jawab Aaira selamba,alat kawalan jauh diambil dan menukar ke saluran TvN yang sedang menayangkan drama Hotel Del Luna.
"Dia tahu sayang dah kahwin?" Danial cuba bertanya lagi.
"Ha?Apa?" Soal Aaira kembali kerana dia terlalu leka dengan drama kegemarannya itu.
Danial memegang kedua belah pipi Aaira sehingga mulutnya muncung macam itik. "Abang tanya dia tahu ke sayang dah kahwin?"
Aaira menggeleng sambil tersenyum. "Aaira cuba bagitahu tapi bila nak cakap je kena potong la,ada orang kacau la apa la." Rungutnya.
Danial tersenyum kecil. "Lambat atau cepat dia tahu juga.Tadi sayang ada jumpa Aqasha ya?"
"Haah,dia kata dia nak pergi Sepanyol.Flight dia petang tadi." Balas Aaira dan situasi dimana dia berjumpa dengan Aqasha terimbas kembali.
"Macam mana study?Okay?"
Aaira tersenyum dan berkata "semua okay,terima kasih tau tolong Aaira sambung belajar." Ucap Aaira lembut.
"Aaira nak tahu sesuatu?" Soal Aqasha sambil memandang wajah yang persis tunangnya itu.Bibir,mata,hidung semuanya sama kecuali perasaan.
Aku mengangguk dan membalas pandangan Aqasha.
Aqasha mengeluarkan sekeping gambar yang berada dalam dompetnya dan diberikan kepada Aaira.Riak wajah Aaira mula bertukar. "Kenapa Aaira ada dalam ni?Dekat mana ni?"
"Tu Aisya,tunang saya.Sama kan?Semuanya sama tak ada yang berbeza."
Gambar itu direnung lagi."Kenapa tunjuk ni dekat Aaira?"
"Sebenarnya tujuan saya datang sini semata-mata nak jumpa Aaira.Sebab wajah Aaira sama dengan tunang saya.Saya ingatkan saya masih ada peluang,masih ada peluang untuk tebus balik salah saya dan dapatkan semula Aisya yang saya nak.Tapi saya salah,awak bukan Aisya dan awak berdua takkan pernah sama.
Saya ingatkan perasaan saya yang ada dekat awak ni akan terus subur dan rindu saya dekat Aisya akan terubat tapi saya salah lagi.Saya tak boleh nak mencintai orang yang sama macam mana saya cintakan Aisya.Jujur saya cakap rindu saya dekat Aisya terubat setiap kali saya jumpa Aaira tapi cinta saya lain.Mungkin wajah awak berdua sama tapi perasaan saya tidak.
Bila saya putuskan untuk sambung belajar dekat luar negara,baru saya sedar saya suka awak.Sehinggakan saya nak cari orang yang muka macam awak,perangai macam awak semua macam awak tapi sejak Aisya muncul dengan wajah awak.Saya ingatkan saya suka Aisya sebab muka dia macam awak tapi tak perasaan suka dekat awak berubah dan saya mula sayangkan Aisya.Sebab Aisya adalah Aisya.Bukan sebab wajah awak berdua sama.Saya tahu awak mungkin ingat saya ni merepek,tapi itu lah dia.Aisya." Aqasha cuba untuk tersenyum walaupun dia sebak kerana mengingat kembali saat dimana dia sering membandingkan Aaira dengan Aisya sehinggakan Aisya terluka.Masa semakin berlalu dan Aaira bukan lagi dalam hatinya malah Aisya yang telah memiliki keseluruhan hatinya.
Aaira hanya diam tidak menyampuk.
Aqasha mengeluarkan sekotak hadiah dari dalam beg dan diberikan kepada Aaira. "Buka dekat rumah tau.Hari ni saya nak pergi Sepanyol ,nak cari ketenangan dekat sana.Jumpa lagi."
Aqasha berdiri dari duduk dan berura-ura ingin pergi. "Aqasha!" Panggil Aaira.
"Apa jadi dengan Aisya?" Soalnya.
"Dia dah tak ada." balas Aqasha sambil tersenyum dan meninggalkan Aaira.
****
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...