Rambut hitamnya di pegang.Muka Aaira yang lena dibuai mimpi membuat dia mengukir senyuman.Tiba-tiba wajah Eryna muncul apabila dia sibuk melayan perasaan.Dia tersedar dari lamunan,perempuan ini yang telah membunuh cinta pertamanya.Kemarahannya kian memuncak. "Bangun sekarang!"
"Aku kata bangun lah perempuan!" Jerit Danial.
Aaira yang mendengar arahan itu terus bangun dari lena. "Kau pergi siapkan sarapan sekarang!"
Iris hanya akur.Lalu dia turun dari katil dan menuju ke dapur.Entah mengapa dalam benci terhadap suaminya itu terdapat satu tanggunjawab sebagai seorang isteri kepada suami.Dalam marah,dia mesti akan lakukan kerja rumah dan memasak seperti biasa.
Sedang dia leka membuai perasaan,pinggan yang sedang dicuci tiba-tiba jatuh mengena kakinya.Darah merah yang likat tidak berhenti keluar,ibunya pernah memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit Hemofilia ianya penyakit yang apabila terdapat luka,darah tidak akan berhenti keluar.
"Apa bising-bising ni ha perempuan?!" Marah Danial yang turun ke dapur kerana bunyi bising.
"Tak..Tak ada apa." Terketar-ketar suaranya apabila Danial tiba-tiba muncul.
"Macam mana pinggan boleh pecah?" Soalnya.
Aaira hanya mendiamkan diri.Mustahil dia nak menjawab yang dia sedang termenung lepas tu pinggan tu lari dari tangan dan jatuh.Tak masuk akal!
"Kau ni kalau sehari tak menyusahkan aku memang tak sah kan?!" Tungkasnya sambil menunjal kepala Aaira.Kaki Iris yang berdarah diabaikan.
"Aku nak kau kutip sekarang!" Arah Danial.
Dia menunduk dan mula mengutip dengan perlahan. "Arghh!!" Jerit Aaira apabila kaki milik Danial memijak tangannya yang sedang mengutip serpihan kaca itu.Dia melihat tapak tangannya yang mulai mengeluarkan cecair pekat berwarna merah.
"Awak..Tolong!Ma..Maafkan saya!" Pinta Aaira sambil memegang kaki Danial.
"Dasar perempuan bodoh!" Makinya lalu dia pergi dari situ meninggalkan Iris.
Badannya sudah banyak kehilangan darah.Luka di tangan dan kaki masih lagi tidak berhenti mengeluarkan darah.Matanya sudah mula kabur.Kepalanya juga tiba-tiba sahaja pening.Akhirnya dia terjatuh pengsan di dapur akibat diseksa oleh lelaki yang bernama Danial Ilhan.
****
Dush!!
Muka Danial ditumbuk kasar sehingga dia terjatuh.Danial cuba untuk bangun tetapi satu tumbukan hinggap di mukanya lagi.Dia mengerang kesakitan.
"Bodoh punya jantan!Kau tak ada hati perut ke ha?!" Marah Afiq yang semakin memuncak.Berita tentang kecederaan Aaira telah membuat kesabaran seorang lelaki itu hilang.Semenjak dia datang di rumah Aaira lagi,perasaan dia sudah tidak enak.Mata Aaira bagitahu segalanya tanpa dia perlu beritahu.
"Dasar lelaki dayus!Buat apa kahwin dengan dia kalau kau nak seksa dia!?" Tengking Afiq.
"Kau siapa nak marah aku?Jangan cakap yang kau ada perasaan dekat Aaira." Teka Danial Ilhan yang sedang mengelap darah yang keluar dari bibirnya.
"Memang aku ada perasaan dekat dia.Perasaan berperikemanusiaan.Kau orang paling bodoh sebab layan dia macam tu." Jawab Afiq.
"Aku akan pastikan Aaira tuntut cerai di atas kezaliman kau." Sambungnya lagi lalu dia terus masuk ke wad dimana Iris ditempatkan.
"Apa yang kau dah buat ni Danial?Kenapa kau seksa dia sampai macam tu sekali huh?" Ucap Danial yang sedang bersoal jawab dengan diri sendiri.
"Ketepi!" Jerit jururawat dan seorang doktor.Danial hanya memandang mereka dengan perasaan kosong sehinggalah mereka meluru masuk ke dalam wad Iris.Otaknya ligat berfikir,apa yang telah terjadi kepada Aaira?Ya Allah selamatkan lah dia!Aku janji yang aku akan jaga dia dengan sepenuh hati aku.Aku janji yang aku tak akan seksa dia lagi.Aku tidak mahu dibelenggu dengan perasaan bersalah ya Allah!
Afiq dan Puan Nora keluar dari wad apabila diarah oleh seorang jururawat.Puan Nora sedang menangis teresak-esak apabila dia melihat dengan mata dia sendiri yang anak perempuan dia sedang tenat.Afiq cuba untuk menenangkannya tapi tidak berjaya.Danial memandang sekilas wajah Afiq yang turut bersedih.
Apa yang kau dah buat Danial Ilhan!
****
Buku yasin itu dia tutup lalu rumput yang mulai tumbuh dicabut perlahan sehingga bersih.Kemudian dia mengambil botol yang berisi air dan dituangkan ke atas kubur itu.Kenapa dia pergi disaat aku perlukan dia?Dia tak sayang aku ke?Aku tak sempat nak merasai kasih sayang dia.Ya Allah.
Angin sepoi-sepoi bertiup.Airmata mula turun akibat perasaan rindu yang melanda dirinya.Kubur itu diusap lembut,ingin meningati kembali segala memori yang tercipta tetapi malangnya tiada.Malah satu memori tidak dapat diimbas semula.
Terasa bahu seperti disentuh,dia terus menoleh. "Jomlah balik,hari macam nak hujan je." Pelawa Danial Ilhan.
Aaira terus menepis tangan yang berada di bahunya,dia tiba-tiba berasa jijik dengan Danial Ilhan malah suara dia pun seakan geli untuk didengari.Perasaan marah,benci,dendam semua sekali muncul dan sedang tumbuh dalam hati nya.
"Jangan sentuh saya." Aaira memberi amaran.Lantas dia bangun dari duduk dan mula beredar dari tanah perkuburan.Pintu kereta dibuka dan dia masuk ke dalam.Tali pinggang dipakai sebelum memulakan perjalanan.Danial turut masuk dan duduk di tempat pemandu.Muka Danial tidak langsung dipandangnya.Sungguh dia berasa benci untuk melihat muka suami sendiri.Cis!Suami tahi kucing.
"Kau lapar tak?Kalau lapar,jom aku bawak pergi restoran." Ajak Danial Ilhan sambil memandang riak wajah Aaira sekilas.
"Tak payah membazir,baik beli barang dapur lepas tu masak dekat rumah."
"Okay." Balas Danial.
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...