Rambut yang panjang dan ikal itu dibelai perlahan.Kata-kata anak buahnya mula muncul kembali di ingatan.Aku kena baca lagi apa yang Aaira tulis dalam diari dia,apa yang lelaki tu buat.Semuanya aku kena baca.Dahi Aaira dikucup dan dia pergi meninggalkan Aaira.
Buku diari berwarna merah dicapai dan dia buka.Satu persatu helaian diselak untuk membaca lagi apa yang dia tertinggal,malangnya tiada.Dia cuba selak lagi dan akhirnya dia jumpa muka surat terbaru dan tarikh yang baru.
Tadi boleh pulak terjumpa dia,kenapa dia ada dekat situ?Dia buat apa dekat sini?Kenapa jantung aku berdebar?Takut?Takut perasaan lama datang?Ah mustahil,aku dah sayang Danial.
Aku tersenyum dan sambung baca.
Maya tanya kenapa aku simpan lagi patung tu,aku tak tahu nak cakap apa.Aku sendiri taktahu kenapa aku masih simpan.Semua perkara yang dia buat untuk aku masih segar dalam ingatan.Saat dia bagi coklat,kek,jumpa dekat tempat dia kerja,bagi hadiah.Semuanya!Aku tak dapat lupa satu pun.Kenapa aku masih tak lupa benda tu?Kenapa aku masih biarkan kenangan lalu berada dalam fikiran?Sedangkan aku boleh mencipta kenangan baru dengan Danial?
Sumpah tak tahu!Mimpi tu datang lagi dan kali ni ada Aqasha dalam mimpi tu.Kenapa dia ada dekat situ?Dia ke yang menghasut aku untuk buat macam tu?Ish mustahil,Aqasha yang aku kenal bukan macam tu.Sampai sekarang teka-teki tentang mimpi tu belum terjawab,apa yang jadi?Kenapa aku berubah?
Danial terdiam.Mimpi apa ni?Kenapa Aaira tak bagitau apa-apa?Dia cuba selak ke muka surat seterusnya,tapi tiada.Dia menyelak helaian itu lagi tapi kosong.
****
Satu tembakan dilepaskan ke arahnya.Lalu dia terus terjatuh ke tanah sambil memegang luka tembakan itu.Air mata yang bertakung cuba untuk ditahan agar tidak pecah.Dia hanya tersenyum seakan merelakan perbuatan aku.
"Stop!" Jerit lelaki di belakangku tapi bagaikan angin yang lalu.Aku hanya membiarkan arahan itu.Satu tembakan lagi dikenakan di bahagian lengan.
"Ini adalah balasan atas apa yang kau dah buat!" Nadaku mula tinggi.Langkah kaki dibuka dan aku menghampirinya.Pisau yang sudah berada di dalam poket diambil dan pistol dicampak ke tepi.
Pisau itu dimainkan dijari sambil tersenyum sinis.Danial Ilhan memegang tangan Aaira yang masih memegang pisau. "Bunuhla abang kalau itu boleh buat sayang bahagia.Bunuhla abang kalau itu boleh lepaskan semua dendam yang wujud dalam hati sayang.Abang rela,asalkan sayang bahagia."
Aku hanya diam tidak berganjak.
"Ini pengakhiran untuk cinta kita." Ucap Danial dan tangannya yang masih memegang Aaira bergerak pantas menikam dada.Aaira tersentak dan melepaskan pisau tersebut.
"I love you,sayang." Matanya mulai tutup dan akhirnya tiada lagi nafas dihembus.Tiada lagi pandangan mata yang akan memandangnya terus.Tiada lagi suara yang akan menenangkan dia.Tiada lagi telinga yang akan mendengar semua celotehnya.Tiada lagi pelukan hangat yang diberikan bila aku kesejukan.Dan tiada lagi jasad yang akan menemaninya seumur hidup.
Air mata Aaira jatuh.Ya allah,kembalikan lah dia.Aku mohon!
****
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...