"Aaira cukup!!"
Mata beralih memandang Idlan. "Danial bawak kau datang sini sebab nak kau selamat."Jelas Idlan.Mendengarkan alasan itu membuat aku tersenyum sinis.Nak aku selamat?Huh
"Aku.Aku yang bagitau Adam kau ada dekat sini,aku ikut dan bagitau yang kau sekarang ada dekat sini.Lelaki bodoh ni pengaruh fikiran kau sebab dia nak bunuh Danial.Aku yang salah.Papa,papa mati bukan sebab Danial.Papa kau mati sebab rancangan tak guna Adam yang cuba untuk perangkap Danial tetapi malangnya papa kau yang jadi mangsa.Bukan Danial yang salah dalam hal ni,semua ni salah aku.Aku yang rapat dengan kau,dari dulu kita jumpa sampai sekarang adalah rancangan aku dengan abang aku." Mata Idlan mula berkaca,siapa sangka disebabkan rancangan bodoh tu hati aku berdegup dengan laju sebab perempuan ni.Bisik hati Idlan.
"Tipu!!Awak tak sayangkan saya kan?!" Soal Aaira dengan nada marah.
"Awak culik saya hari tu sebab nak balas dendam kan?!" Segala yang pernah jadi,diimbas kembali.
"Hidup saya musnah sebab awak.." Kolam air matanya pecah.
"Sayang,Abang minta maaf sangat sangat."
"PERGI MATI DENGAN SEMUA DRAMA BODOH KORANG NI!!!" Adam bangun sambil memegang luka dan pisau di tangan Aaira dirampas.
Pisau yang dipegang Adam semakin hampir dengan aku. "Aaira!" Jerit Idlan sambil memeluk aku dari belakang dan
"ARGH!!!"
TINK! Pisau itu jatuh ke tanah Adam yang tadinya tersenyum terus terkelu.Adik yang di jaga dan dikendong seperti minyak yang penuh sudah dia sakiti.
"Idlan!!!Bangun Idlan." Badan idlan sudah dibasahi dengan darah,luka tikaman itu aku pegang cuba untuk menghalang darah dari keluar dengan banyak. Mulut Idlan juga sudah mengeluarkan darah,air mata tidak dapat ditahan lagi.Danial yang masih lemah juga turut membantu dengan menelefon hospital.
"Aku tak dapat tunggu kau." Ucap Idlan dengan sayu.Tangannya yang tidak berdaya itu perlahan lahan memegang pipi Aaira untuk mengelap air mata wanita yang membuatkan hati dia lembut.
"Idlan,janganla macam ni isk isk" Tangan masih menutup luka Idlan.Kenapa semua kena jadi macam ni?Senyuman yang selalu idlan berikan kembali terimbas di fikiran.Tangisan aku menjadi semakin kuat.Dan kali ni senyuman itu terukir di bibir Idlan dan matanya jelas menunjukkan yang dia sedang cuba menahan sakit.Ya allah aku tak kuat.
"Jaga diri." Tangan kasar yang memegang pipi gebu Aaira itu jatuh ke bumi.
"Tak.Tak!Idlan!" Panggil Aaira sambil menggeleng. "Tak,Idlan awak tak boleh macam ni!Awak dah janji nak tunggu saya !"
Tiada lagi hembusan nafas lelaki yang menyakitkan hati.Tiada lagi lelaki yang sering mengacaunya untuk berkongsi udara yang sama.Tiada lagi lelaki yang akan mengajak dia untuk keluar makan tengah hari.Tiada lagi lelaki yang akan melindunginya dari Naim nakal tu.Tiada lagi suara yang aku akan dengar setiap pagi.
Danial menarik Aaira ke dalam dakapan walaupun sakit di bahunya masih terasa.Pihak polis dan ambulan juga sudah tiba di tempat kejadian.Adam ditangkap dan aku melihat jasad Idlan dibawa pergi.Ya allah!Air mata tidak henti henti menurun,sungguh dia tidak percaya dengan apa yang terjadi.Andai ni hanya mimpi yang akan mengganggunya setiap malam,jujur dia tidak kisah.Aku harap sangat yang ini hanyalah mimpi buruk yang sering muncul di malam hari....
****
"Sayang,makan jom."
Kepala digeleng.Beberapa keping polaroid aku dengan Idlan direnung untuk yang ke berapa kali,jujur aku rindu.Selepas satu,satu orang yang aku sayang pergi.Danial yang berada di muka pintu dipandang.Aku yakin disebalik luka yang terdapat di bahu dan kakinya,luka dalam hati lagi sakit.Mungkin aku tak dapat nak hidupkan balik papa atau Idlan,tapi kalau dengan ujian yang diberikan kepada aku ini menjadikan aku seorang yang lebih menghargai orang sekeliling,aku redha. Dan kali ni,aku tak nak hilang orang yang aku cintai.
"Tak lapar ?" Soal Danial lagi.
"Lapar." Jawab Aaira sambil mengemas gambar gambar itu.Danial membuat muka pelik.
"Aik?Lapar ke tak lapar?" Soal Danial dan kali ni dia menghampiri aku.
"Em lapar tapi tak lapar."
"Amboi,main main ya dia." Balas Danial dan satu ciuman diberi di bibir Aaira.Matanya terbuntang luas lalu tersenyum dengan tindakan drastik Danial.Bahu Danial dipegang perlahan,muncul rasa bersalah.Rasa yang dia ingin kembali pada masa itu dan tidak buat keputusan melulu.Keputusan yang melulu itu telah pun menyakiti orang yang dicintai,dan kalau bukan sebab Idlan orang di hadapan aku ni sudah tiada lagi.
"Aaira minta maaf.Mesti sakit sangat kan?" Ucap Aaira dengan nada sayu.
"Sakit la juga,kena tembak kan.Abang nak minta maaf sebab libatkan sayang dalam hal ni,ya betul.Semua yang sayang cakap hari tu betul,tapi makin lama perasaan benci tu hilang.Tulah,orang tua tua kata jangan benci sangat nanti suka."Aaira hanya tersenyum malu.
"Tapi ni bukan suka dah ni,ni sayang." Rambut Aaira diusap lembut.Dia memandang setiap inci muka wanita itu.Terima kasih ya allah,kerana Kau dah melindungi dia..
"Em esok pagi kita tengok Idlan boleh?" Tanyaku sambil pandangan menghala ke bawah.Takut Danial tidak izinkan dia pergi.
"Boleh sayang,kita tengok papa sekali ya?"
Aaira mengangguk dan lengan Danial dirangkul.Rasa macam nak manja manja pula.
****
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...