Aku terdiam selepas mendengar kata-kata Aqasha.Tunang dia dah meninggal?Kerusi batu dihampiri dan melabuhkan punggungnya.Kotak hadiah yang diberi Aqasha diambil dan dibuka reben yang mengikat kotak tersebut.
Dia membuka kotak itu dan terdapat anak patung berwarna merah jambu di dalam kotak.Anak patung yang sama dengan anak patung dulu yang dia pernah bagi.Aaira tersenyum.Sekeping kad yang terselit di tangan anak patung itu diambil.
"Good luck and I wish you stay happy and smile always!"
"Sayang?!" Panggil Danial apabila melihat isterinya termenung.
"Sayang?!"
"Ha ye? heheheheh"
"Termenung apa ?" Soal Danial sambil menarik Aaira untuk berada dekat dengannya.
"Tak ada apa." Balas Aaira dan memeluk Danial dengan erat.Saya nak awak ada dengan saya,jangan tinggalkan saya sampai bila-bila.i love you.Bisik hati Aaira.
****
"Hai Aaira."
Milk Tea yang baru sahaja ingin diminum diletakkan semula.
"ya?"
"Tak kenal aku ke?Aku kan classmate kau." Ucap seorang lelaki bersama kawannya.Wajah mereka cuba diingat kembali.Memang ada wajah mereka tetapi langsung tak pernah bercakap apatah lagi lepak. "Kenapa ya?"
Dia duduk di hadapan aku. "Tolong aku kali ni,kalau aku gagal ujian ni.Aku kena buang." Jelasnya.
"Tolong apa?"
"Pinjamkan nota yang kau ada." Pinta lelaki itu.
Aku berbolak-balik.Dah la datang tiba-tiba lepas tu minta nota orang sesuka hati.Kenapa hidup aku penuh dengan orang tiba-tiba?
"Kenapa kena pinjam?Do we know each other?" Balas ku dengan nada menyampah.Lelaki tersebut membuat muka. "Kau berlagak kan?Kau ingat kau tu cantik,kau boleh berlagak macam ni la ya?" Nada lelaki itu naik dan bertindak memegang lengan aku dengan kasar.
"Lepas lah!" Jerit Aaira manakala yang lain hanya memandang.
"Bodoh!Lepaskan lah dia!" Satu tendangan diberi dari belakang dan lelaki itu sudah jatuh.
"Kau siapa nak halang aku?" Lelaki itu bangun dan cuba membalas kembali tapi tidak berjaya kerana Idlan sempat mengelak.Dengan pantas Idlan menarik kolar lelaki itu dan menolaknya ke dinding. "Lelaki lembik macam kau ni,tak layak la nak pukul aku." Tungkas Idlan dan dia mengepal tumbukan.
"Idlan jangan!" Panggil Aaira yang risau jika keadaan bertambah teruk.
Tumbukan itu dilajukan. "Argh!" Jerit lelaki itu sambil menutup mata.
"Pengecut." ujar Idlan.
Lelaki itu membuka matanya dan melihat tangan Idlan sudah berada di dinding dan bukan di wajah. "Kau berambus sekarang." Arah Idlan.
Lelaki yang bernama Naim itu beredar dari kafe. "Kau tunggu la Aaira!" Marahnya lagi.
"Ey aku la budak ni." Ujar Idlan dan mengacah untuk menumbuk Naim lagi.Dan siapa sangka,lelaki yang berlagak kuat depan perempuan akhirnya lari ketakutan juga.
"Kau okay tak?"
"Saya okay." Balas Aaira dan menarik lengan baju Idlan untuk duduk.Seluruh badan diperhati untuk memastikan tiada kecederaan yang serius.
"Kau tengok apa?"
Aaira mengambil plaster dari dalam beg dan diberikan kepada Idlan. "Nah pakai,tak akan saya yang kena letak pula."Tanpa aba-aba,Aaira terus pergi meninggalkan Idlan yang terpinga-pinga.
****
"Aaira kau nak buat apa dengan pisau tu?" Soal lelaki itu.
"Aku nak bunuh dia! sebab dia hidup aku musnah!" Jelas Aaira.
Lelaki itu diam seketika. Pisau yang dipegang itu diletakkan di leher sendiri.
"Sa..Sayang,tolong jangan" Pinta Danial yang masih mengerang kesakitan dan cuba untuk menghalang Aaira
"Aku nak kau rasa perasaan bersalah ni sampai mati,Danial!" Pisau itu ditarik dan mengkelar leher Aaira.
"Aaira!!"
Kelopak mata langsung dibuka.Badan yang dibasahi peluh itu tidak dipedulikan.Ya allah,mimpi tu.Kenapa makin teruk?Jam di dinding kamar menunjukkan sudah pukul 3.30 pagi,Danial yang berada disebelah direnung lama.Wajahnya yang selalu buat aku rindu itu diusap.Aaira bangun dari pembaringan dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
****
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...