Kopi yang masih hangat dihirup perlahan.Langit biru itu dipandang dengan tenang.Danial yang masih lagi tidur itu diperhati juga,penat sangat la tu buat kerja sampai lewat malam.Tiba-tiba terkenang kembali pelbagai cara aku fikir untuk mengelakkan diri dari dia.Tapi takdir Allah,menemukan kami lagi dengan satu cara yang berbeza dari apa yang aku pernah baca dari dalam novel.Totally different!!
Dan sehingga sekarang masih tak percaya yang sekarang dia menjadi seorang lelaki yang paling aku sayang.Telefon pintar yang berada di atas meja diambil,dan galeri dibuka.Gambar wajahnya yang dahulu dilihat kembali.Tipu kalau dia kata dia tidak rindu dengan wajahnya yang dulu,tapi wajah itu hanyalah mimpi ngeri baginya.Tapi itu tidak bermakna wajahnya yang kini tidak mempunyai apa apa mimpi ngeri malah ianya lagi teruk.Bila difikirkan balik,kelakar pula.
"Apa yang suka sangat tu?" Tegur Danial yang baru sahaja keluar dari bilik air dan mula menghampiri aku.Sejak bila dia bangun pun aku tak sedar,ralit sangat termenungnya.
"Tak ada apa lah."
"Apa yang jadi dekat kafe semalam?" Soal Danial dengan nada biasa.
Macam mana dia tahu pula ni?Siapa yang bagitau?Takkan nak tipu kan?Selalunya kalau orang tanya macam ni,mesti dia tahu sesuatu dan tunggu kita sendiri yang jujur.Hm.
"Ada student tu dia nak pinjam nota Aaira,tapi Aaira memang taklah nak bagi kan.Dia marah,lepas tu ada idlan tolong.Tu je." Balas Aaira sambil tersenyum.Macam manalah keadaan tangan dia sekarang?
****
Tempat kegemaran mereka berdua dihampiri dan melabuhkan punggung disitu untuk seketika.Telefon pintarnya itu diambil dari poket seluar.Galeri dibuka dan gambar mereka berdua direnung.Senyuman Aaira yang manis itu dipandang,masih disimpan dalam ingatan tingkah dia ketika itu.Sangat comel sehingga hatinya yang keras itu terusik.Idlan tersenyum nipis.
"Idlan!!" Jerit Aaira sambil berlari.Idlan bangun dari duduk untuk menyambut kedatangan Aaira sambil tersenyum.Jantungnya itu berdebar kembali tanpa sebab.Dia berniat yang dia akan memberitahu Aaira tentang sebuah rahsia yang disimpan selama ini.
TING!! Satu mesej tiba di telefon pintar Idlan. Mesej itu dibuka dari seseorang yang tidak dikenali. "Gambar apa pula ni?" Soal Idlan sendiri.
"Idlan jom makan." Ajak Aaira sejurus dia sampai.Niat Idlan untuk membuka gambar tersebut terbantut dan mereka berdua melangkah ke kafe.
"Selalunya aku ajak kau makan,dah kenapa tiba-tiba kau ni?Buang tebiat?"
Aaira muncungkan mulutnya.Mood dia harini dalam keadaan yang sangat bagus sebab Danial memberitahunya pagi tadi bahawa mereka akan bertolak ke Jeju Island hujung minggu ni dengan alasan yang mereka tidak berbulan madu lagi.Ee bestnya!
"Saya nak ajak awak makan pun salah?Ha pegi makan sorang." Aku berhenti melangkah dan ingin membiarkan Idlan berjalan sendiri.
"Ha jom jom." Setibanya mereka disitu,Aaira meminta izin untuk ke tandas selepas memesan makanan.Idlan kembali membuka telefon dan melihat gambar yang diberikan kepadanya tadi.Riak wajahnya seratus peratus berubah.Kenapa aku tak tahu?Nombor pemberi gambar itu ditekan dan Idlan bangun dari duduk dan keluar dari kafe seketika.
"Aik mana Idlan ni?" Soal Aaira Arleesa pelik.
****
Diari merah milik isterinya itu diambil dari laci meja pejabatnya.Entah kenapa dia tiba-tiba teringat mahu membaca,mungkin sebab dia ternampak Aaira menulis di dalam diari tersebut malam semalam.Diari itu dibuka hingga ke muka surat terakhir dia baca.Mimpi tu datang lagi.Kali ni ada seorang lelaki di belakang aku,entah kenapa aku rasa yang lelaki itu adalah Aqasha.Mungkin sebab baju dia?Tapi Aqasha sekarang tak ada dekat Malaysia,maksudnya dia dah tak ada kena mengena dengan mimpi tu.Tapi kenapa lelaki itu ada lagi?Papa,papa mati dalam mimpi itu.Ya aku tau aku tak patut sayang papa lebih dari ayah kandung aku tapi entah lah.Aku sayang kedua-dua mereka sama rata, dan kehilangan papa dalam mimpi itu buat aku rasa sedih yang teramat sampai...
Sampai aku bunuh diri.Bunuh diri depan lelaki itu dan Danial.Aku ingat setiap bait yang aku katakan, aku nak Danial rasa bersalah dengan apa yang dia dah buat.Aku rasa yang Danial mungkin punca papa mati waktu tu.
"Encik Danial?" Panggil Amira iaitu Secretary Danial.
Lantas diari itu ditutup dan dimasukkan ke dalam laci semula.
****
Makanan yang sudah tiba beberapa minit lalu masih tidak disentuh,Idlan yang tadi keluar tidak juga muncul dari tadi.Perasaan tidak enak mula muncul.Pantas perasaan itu dibuang apabila Idlan meluru ke arah meja kami.
"Kenapa kau buat aku macam ni?" Soal Idlan dengan nada serius.
"Buat apa ?"
"Kenapa?!!!!" Jerit Idlan lantang.Semua pelanggan memandang ke arah kami berdua.Aku mengundur ke belakang kerana terkejut dengan jeritan itu.
"Idlan stop!Kenapa awak ni?" Ujar Aaira lembut untuk memujuknya.
"Cakap dekat aku semua tu tak betul!"
Aaira masih lagi tidak faham apa yang dikatakan oleh Idlan.
"Bagitahu apa Idlan?"
Pantas Idlan mengambil telefonnya dan menunjukkan gambar tu ke arah aku.Gambar perkahwinan aku dan Danial.
"Idlan,saya.."
"Ni tak betul kan?Cakap dekat aku ni semua tak betul.Cakap Aaira!!"
Aku terdiam.Kali ni aku tidak membuka mulut,bibir ni seakan akan terkunci.Lidah aku kelu.Air mata mula bertakung,bertakung kerana rasa bersalah yang mula timbul.
"Pergi mampus dengan semua orang!" Jeritnya lagi dan campak telefon pintar ke dinding.Idlan mengambil beg galasnya lalu keluar dari kafe meninggalkan Aaira yang sudah jatuh air mata.
"Saya minta maaf Idlan."
****
EXTENDED VERSION
Nombor yang sering dihubungi itu ditekan. "Kau nak aku buat lagi? Ujar lelaki tersebut lalu dia mengeluh kerana rahsia yang ingin diberitahu gagal sekali lagi.
"Aku nak kau tinggalkan dia sambil tunjuk gambar yang kau akan dapat nanti." Pinta lelaki didalam telefon itu.Idlan mengeluh lagi,dia sudah lelah dengan semua ini.
"Janji dengan aku,lepas ni kau tak akan kacau dia." Kata Idlan Harith perlahan lalu dia memandang Aaira dari ekor mata lalu dia menghela nafas dan masuk ke dalam kafe semula.
YOU ARE READING
Dear, Little Angel
Romance{COMPLETE} Previously known as Orang Tua itu Suami Aku. Thank You for 20k!!!!! ------- Dia seorang gadis biasa yang mempunyai pelbagai cabaran hidup seperti gadis lain,apabila dilamar oleh seorang lelaki yang begitu asing baginya membuatkan dia te...