BAB 28

791 12 0
                                    


Aku bangun dari sofa dan menghampiri Aaira yang sedang tidur.Muka nya yang sembap itu diusik lembut.Rambut yang jatuh ke muka,dialihkan ke belakang telinga dan selimut dibetulkan.Jam di dinding menunjukkan pukul 3.10 pagi.Niat malam tadi ingin menunaikan solat tahajud lalu dia bangun dari katil dan ambil air wuduk.Hanya tuhan je tahu betapa risaunya dia apabila mendapat panggilan dari hospital.Dahi Aaira yang luka itu direnung lagi. Abang minta maaf sebab tak ada dekat sisi sayang.Bisik hati Danial.

Tangan ditadah lalu aku berdoa dan memohon kepada Allah untuk melindungi keluarga aku dari segala bahaya.Lindungi kami dari segala hasad dengki manusia.Berikan kekuatan kepada kami untuk menempuh segala ujian yang diberikan.Tabahkan hati kami dan berikanlah kami rezeki dari pelbagai arah.Pergerakan yang perlahan dari arah katil menarik perhatian aku yang baru selesai doa.

"Sayang dah bangun?" Soalan itu muncul sejurus dia menghampiri Aaira

"Idlan mana?"

Danial tersentak,riak wajahnya masih cuba dikawal. "Idlan ada dekat balai polis nak bagi keterangan,nanti dia datang."

Dia cuba untuk positif,mungkin Aaira rasa terhutang budi kerana Idlan telah menyelamatkan dia petang tadi.Dan Aaira mencari dia sebab ingin berterima kasih.Kan?Walaupun dia berfikiran begitu,hati dia masih terluka dengan pertanyaan Aaira.Danial menarik nafas dan dihembus,langkah kakinya mengundur dan berniat ingin keluar atau lebih tepatnya untuk meredakan perasaannya.

"Awakk." Panggil Aaira lembut.

"Saya minta maaf." Sebenarnya dari dulu lagi dia ingin kata begini,tapi egonya terlalu tinggi untuk luahkan.Jujur dia rasa bersalah,entah kenapa mulutnya laju menyebut nama Idlan sedangkan Danial yang bersusah payah menjaganya malah Danial dia suaminya sendiri.

Danial menoleh memandang isterinya itu.

"Saya minta maaf kalau saya selalu lukakan perasaan awak.Saya minta maaf tampar awak haritu."Bibir bawahnya digigit  bukan kerana ingin menangis tetapi dia malu.Malu kerana baru sekarang ingin meminta maaf.

"Dont worry baby,im okay.Nak makan apa apa tak?" Soal  Danial yang tersenyum kecil.

Tok Tok Tok!! 

"Masuk."

Wajah Idlan muncul di sebalik pintu itu dengan reaksi yang tenang. "Eh dah sedar??"

Aaira hanya tersenyum tetapi matanya masih memandang Danial yang perlahan lahan ingin keluar dari wad.Lengan Danial pantas ditarik untuk terus berada disisinya sambil mulut masih berbual dengan Idlan.

"Ni aku ada beli kau punya Tealive,suka Hazelnut Choco kan.Nah ambik" Tealive tersebut bertukar tangan.Dia perasan tangan Aaira masih erat memegang lengan Danial tapi dia cuba tidak pedulikan semua tu.

"Saya lapar lah,nak burger hehehe." Ujar Aaira kepada Danial sambil menyedut air minuman itu. "Okay nanti abang datang balik ya." Balas Danial dan ubun ubun Aaira dicium lembut.Selepas sahaja Danial pergi,keadaan kembali senyap. Sesekali matanya melihat Idlan yang masih berdiri di hadapannya dan pantas dia mengalih pandangan kerana Idlan merenungnya.

"Aaira,aku tak rasa dan aku tak nak kita jadi kawan lepas ni.Perasaan aku ni entahlah,aku sendiri pun tak dapat nak kawal.Jadi aku akan terus tunggu kau." Tuturnya lalu dia meminta diri untuk beredar.

"Idlan,im sorry."Lelaki itu hanya tersenyum nipis dan keluar dari wad VIP yang diduduki Aaira.

****

Panggilan yang baru sahaja diterima,membuat hatinya luluh.Air mata yang mengalir diusap pantas dan tombol pintu bilik dipulas.Buah hati yang masih tidur itu dipandang dengan perasaan bercampur baur.Apa reaksi dia kalau dapat tahu pasal benda ni?

"Sayang.." Panggil Danial dengan nada sayu,cuba untuk mengejutkan Aaira dari tidur.

Rambut ikal Aaira diusap lembut.Perlahan lahan kelopak matanya dibuka dengan senyuman dibibir. "Kenapa ni?"

Berdosa ke aku mati kan senyuman yang ada di bibir dia ini? "Papa..."

"Kenapa dengan papa?" Soal Aaira yang masih pelik dengan tingkah Danial.Lengan suaminya itu dirangkul,tiba tiba dia merindui lelaki itu walaupun dia sudah ada di depan mata.

"Papa dah tak ada."

Senyuman itu semakin pudar.Itu yang aku takutkan.Tangan kecil yang merangkul lengan aku itu semakin lama semakin jatuh.Aaira tidak memberi apa apa reaksi mahu pun sebarang soalan.Dia hanya berdiam diri dengan matanya yang sudah berkaca. 

****

Wajah Aaira yang pucat direnung dari muka pintu.Sejak berita kematian papa angkatnya itu,dia tidak bercakap walau sepatah.Kebimbangan Danial semakin meningkat melihat keadaan isterinya yang seperti itu.Aaira juga tidak meraung apatah lagi menangis,aku tau dia cuba sorok kesedihan dia.Sedangkan hati dia hancur,dari segi Aaira dan papa angkatnya itu berborak sudah cukup tahu bahawa mereka tersangatlah rapat.

Tetamu beransur pulang dan beberapa orang sedang mengemas makanan.Setelah dia bertanyakan keberadaan Aaira ,dia terus bergerak ke kamar.Tombol dipulas dan dia melihat Aaira sedang berdiam diri.Langkah kaki diajukan ke katil dan terdapat beberapa keping gambar arwah papa bersamanya. "Sayang?" Tangan kecil Aaira ditarik untuk berada lebih dekat dengannya. 

Tangisan dia terus pecah di hadapan aku.Perlahan Danial menarik Aaira ke pelukan ,belakang badan Aaira diusap agar lebih tenang.Dan malam ni di akhiri dengan tangisan pertama Aaira selepas kematian papa. Aku tak tau kenapa dia perlu pura pura kuat di hadapan semua orang?Sedangkan kena gertak sikit dia dah menangis,pipi Aaira dicium lalu dia sambung memujuk buah hati kesayangannya itu.

****


Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now