BAB 12

1.4K 26 0
                                    

Selesai membeli barang dapur,Aaira menuju ke bahagian wanita.Dia menoleh sekejap untuk melihat Danial ternyata dia masih mengekori dari belakang dengan wajah selamba. "Awak boleh tak jangan ikut saya.Pergilah main jauh-jauh." Arahnya sambil mencekak pinggang.

"Aku ikut isteri aku,salah ke?" Balasnya spontan.Mata masih memandang muka Aaira yang sedang menahan geram.Ternyata dia baru sedar yang isterinya itu ada lesung pipit di sebelah kiri pipinya.Kenapa baru sekarang?

"I said go away Danial Ilhan!" Nada Aaira sudah meninggi.

"Berani lawan aku?" Tanya Danial.Niatnya hanya untuk bergurau tetapi terbatal niatnya itu apabila melihat mata Aaira yang sudah berkaca.Apa lagi yang dia telah lakukan?

"Okay-okay aku pergi.Nanti cari aku dekat bahagian makanan ringan." Ujar Danial Ilhan sambil troli yang dipenuhi barang itu ditolak meninggalkan Aaira.

Aik macam mana sikap dia boleh berubah pulani?Aaira bermonolog sendiri

****

Bawang yang telah dibuang kulitnya,dipotong menjadi empat.Dengan perlahan bawang itu dihiris nipis.Mata beralih kepada kari ayam yang sedang mendidih.

"Kau masak apa tu?" Tegurnya sambil mendekat diri untuk melihat.

"Duduklah dekat depan.Saya tengah sibuk ni." Jawab Aaira dengan bola mata yang masih tekun melihat bawang.

"Bosan lah,aku lapar.Boleh tak cepat sikit?" Rengek Danial yang sedang memegang perutnya yang dari tadi tidak berhenti berbunyi.

"Shut up Danial Ilhan." Nada suara Aaira yang mendatar tetapi tegas teringat tentang sikapnya yang lalu.Sikap yang sentiasa kejam terhadap Aaira.

"Auch!"

"Look,I told you to.." Ayat Aaira tidak dapat disambung apabila jari yang berdarah itu dengan pantas ditarik oleh Danial lalu dibasuh dengan pantas.Takut pendarahan itu tidak dapat dihentikan.

"Selepas ni aku tak akan izinkan kau jejak kaki dekat dapur ni.Faham?!" Marah Danial Ilhan sehingga terhinjut sedikit badan Aaira.

"Kau pergi duduk dekat depan.Biar aku yang buat." Arahnya lagi.

Aaira yang masih dalam keadaan terpinga-pinga cuba mencerna apa yang telah dikatakan Danial.Beberapa saat kemudian,dia pergi ke ruang tamu sambil menonton rancangan Running Man.Sedang dia elok bergelak tawa,namanya dipanggil.

"Aaira!!"

Laju dia pergi melihat apa yang berlaku sehingga namanya dijerit.Teringat amaran Danial yang tidak membenarkan dia masuk ke dapur.

"Kenapa?Awak okay tak ni?" Soal Aaira.

"Ni ha minyak ni asyik kena aku je.Sini lah tolong." Pintanya.

"Tak boleh." Jawab ku.

"Apasal pulak?"

"Tadi awak kata awak tak izinkan saya masuk ke dapur." Ujar Aaira perlahan sambil bermain dengan jari jemari.

"Aku main-main je,sini tolong aku." Panggil Danial Ilhan,dengan serta merta dia menyorok di belakang badan isteri takut terkena percikan minyak yang sangat panas membara.Ceh melampau!

Aaira hanya tersenyum melihat gelagat Danial yangsedang menyorok bagaikan budak kecil.Dia sedar akan perasaan yang hadir laludia cepat menlontar jauh perasaan itu kerana perasaan benci masih menguasaidiri.

****

Diari kecil itu dibuka sambil mata melilau mencari keberadaan dia.Dia menghela nafas apabila orang yang dicari tiada.Pantas diari itu dibuka.

21 Mac 2016

Assalammualaikum wahai diari yang tercinta.Aku nak cerita ni tadi aku dapat kek Secret recipe dari abang angkat aku.Tak sangka dia bagi aku kek time tu then yang lain pun usha je last last aku bagilah kek tu sikit sorang.Kenangan ni aku tak akan lupa sebab ni pertama kali kot.Terharu gila T_T.

Danial meneruskan pembacaan apabila tiada tanda kelibat Aaira.

24 Mac 2016

Assalammualaikum Ouro.Hari ni aku tak tahu nak rasa sedih atau gembira.Aku rasa takut kalau ada orang ambil dia dari aku.Aku takut orang tu akan lebih buat dia bahagia.Tapi aku tak nak dia rasa tak bebas.Tak apalah,kalau ada orang nak dekat dia.Tak apa aku bagi walaupun orang tu kawan aku sendiri.Takkan nak putuskan persahabatan kerana cinta.

24 Mac 2016

Hai lagi.Kali ni aku betul-betul sedih sebab abang angkat aku aka crush tak pernah langsung tegur aku tapi tadi Alieyah cakap crush aku ada tegur dia tadi.SAKIT GILA HATI NI.

31 Mac 2016

Hari ni aku gaduh dengan crush aku sebab masa tu aku bagi hujan love lepas tu dia balas,rupanya dia ingatkan aku Kak Atin.Aku cakap lah"suka sangat ya dekat kak Atin sampai tak kenal orang." Dia banyak kali minta maaf tapi aku malas nak layan,padan muka.

14 April 2016

Wei Ouro,kau tahu tak kawan crush aku pergi post gambar crush aku dengan kawan perempuan dia time hari raya.Jealous tahu tak kononnya gaduh-gaduh manja.Ee menyampah!.

Hati kecil Danial terusik dengan luahan Aaira.Siapa lelaki tu sehingga membuatkan dia tergila-gila sangat?Aku kena selidik lagi.

14 ogos 2016

Hari tu aku ada tangkap gambar dengan crush aku.Aku saja je letak dekat profile wechat.Tiba-tiba classmate crush aku komen "bf orang pun kau nak rampas ke,malu la sikit woi." Kakak senior yang aku selalu kongsi masalah pun marah aku.Aku dengar yang Farisya aka teman tapi mesra crush aku tu pergi mengadu dekat kakak senior yang aku marah dia.WTF ramai kot budak junior post gambar dengan crush aku,yalah hensem kan.Bila aku je semua nak kecam.Aku tanya lagi dekat classmate crush aku,diorang suruh aku jangan rapat dengan crush supaya aku tak sedih.Hmm

16 Ogos 2016

Aku dapat tahu yang crush dah ada teman wanita.Sedihnya hanya Allah yang tahu.Aku menangis gila-gila kot sampai mata tak boleh bukak.Semua orang bagi sokongan supaya aku terus tabah.Alhamdulillah aku berdoa dekat Allah untuk tutup pintu hati aku tanpa terima mana-mana lelaki dalam hidup.

18 April 2020

Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Danial Ilhan pada 2 Januari 2020.Aku terasa seperti hidup dalam neraka.Kenapa dia buat aku macam ni?Apa salah aku sampai aku diseksa begini?Perlahan-lahan rasa benci timbul disebabkan dia.Doa aku empat tahun lepas termakbul.Aku tak nak terima mana-mana lelaki dalam hidup aku sampai bila-bila.Fullstop!

Danial tersentak.Seakan masa seperti berhenti berputar,dia telah membuatkan hati isterinya menjadi keras dan tidak akan pernah lembut.Disaat hatinya ingin mencintai gadis itu akibat rasa bersalah,Aaira menolaknya dengan cara membenci.

Dia perlu mencari jalan supaya dia dapat diterima dalam hati Aaira tak kira walau apapun yang berlaku.

"Awak buat apa dengan diari saya?" 

Dear, Little AngelWhere stories live. Discover now