"Kau still fikir pasal hal tu ke Mia" Kata syera. Melihat sahabatnya yang asyik termenung sahaja selepas Tengku Zaliha pulang.
"Entah lah syera. Aku macam ragu-ragu tau dengan Tengku Zaliha. Tapi semua kata-kata Tengku Zaliha ada bukti, siap ada agreement lagi dengan peguam. ha yang Sign tu, aku kenal sangat dengan sign arwah mama. Kenapa lah mama tak pernah cakap pasal hal ni dengan aku dulu" ucap Mia.
Flashback
"Hmm Mummy, Aakif tunggu dekat luar lah ye. Tak elok pulak Aakif dekat dalam ni" Aakif keluar dan duduk di kerusi luar yang telah sedia ada. Tengku Zaliha hanya tersenyum dan mengangguk.
"Emm.. macam ni Mia, kedatangan makcik ke sini ni sebenarnya nak tuntut janji dari arwah mama kamu." kata Tengku Zaliha
"Macam berat je ni, Janji apa ye makcik kalau boleh saya tunaikan InsyaAllah, saya tunaikan." kata Mia.
Syera sekadar menjadi pemerhati dan pendengar sahaja.
"Makcik dan mama kamu sebenarnya dah bersepakat nak satukan Mia dengan anak Makcik." ucap Tengku Zaliha.
Bagai terhenti sekejap masa tadi mendengar ayat yang keluar dari mulut Tengku Zaliha. Mia cuba mencerna ayat yang baru sahaja dia dengar.
"Mmak .. mmakcik bende ni tak boleh di buat main makcik." Mia tergagap gagap ketika bercakap.
"Ha'ah lah makcik ni. hihihi. Huish makcik bergurau ni haha tak lawak lah makcik" Kata Syera. Takde angin takde ribut tiba-tiba Mia nak di jodohkan dengan anak dia. Ayat yang paling sesuai adalah GILA KAH ..!!!
"Makcik tak bergurau, sebagai bukti ni agreement nya. Kami buat agreement ni depan peguam peribadi Makcik." sambil menyerahkan surat perjanjian kepada Mia.
Rancangan Tengku Zaliha berjalan lancar. Harap perjanjian palsu ini, dapat menambat hati Mia untuk setuju. Sebelum dia berjumpa Mia, Tengku Zaliha merancang terlebih dahulu mengenai agreement palsu itu. Dia mengarahkan orang suruhan dan peguamnya untuk membuat agreement palsu itu dan meniru signature arwah mama Mia. ' Maafkan makcik Mia, hanya dengan cara ini sahaja yang mampu mengikat Mia dan Aakif dalam masa terdekat ni.
"Tapi makcik, mak tak pernah pun beritahu pasal hal ni" kata Mia.
Setiap isi surat itu Mia baca dengan teliti. Syera hanya mampu melihat Mia. Dia tahu sahabatnya itu dalam di lema. 'Ya Allah dugaan apa lagi yang sahabat ku terima ini Ya Allah'.
"Mungkin arwah mama Mia rasa belum masa yang sesuai nak beritahu Mia masa tu. Menurut agreement tu Mia dan anak makcik akan kahwin dalam hujung bulan ni. Mulanya makcik rasa taknak teruskan perjanjian ni, yelah dah lebih 10 tahun perkara ni berlalu. Cuma sejak kebelakangan ni makcik selalu mimpi kan arwah mama kamu. Macam ni lah, makcik balik dulu Mia fikirkan lah hal ni ye." Sambil menyalam Mia dan Syerah. Kalau lama-lama nanti pecah pulak tembelang.
Mia dan Syera menyambut salam Tengku Zaliha dan menghantar sampai ke pintu rumah. Di luar Tengku Aakif berdiri setelah melihat mummy nya habis berbincang dengan Mia. Sambil senyum Aakif menundukkan sikit kepalanya dan senyum sebagai tanda pulang kepada Mia dan syerah.Sebelum berlalu pergi Tengku Zaliha sempat berkata.
"Makcik harap Mia tak hampa kan harapan makcik dan arwah mama mia" sengaja dia berkata begitu supaya Mia berasa bersalah kalau tak setuju dengan hal ini. Dia tahu Mia seorang gadis yang cepat luntur hatinya bila melibatkan orang tua nya.
Dalam diam telahan Tengku Zaliha mengenai Mia adalah tepat. Mia hanya membalas kata-kata Tengku Zaliha itu dengan senyuman nipis. Dalam hati Mia sudah terbit rasa bersalah. 'Ya Allah kau tunjukkan lah kebenaran dengan semua ini Ya Allah'.
End Flashback
"Macam ni lah Mia, better kau buat solat istikharah banyak-banyak mnta petunjuk denganNya, InsyaAllah kau dapat jawapannya" Kata syera.
"Thanks syera, kau selalu ada bila aku perlukan sokongan" sambil memeluk sahabatnya itu.
Syera membalas pelukan Mia "Most welcome.Tu lah gunanya sahabat"
______________________________________________________________________
Assalamualaikum semua..
Sis tahu novel ni agak hambar. Thanks kepada silent reader yang sudi baca. Sis akan terus update story. Tapi plisssssss jangan copy story sis. Penat sis fikir tau. Sapa copy dia tak sayang parents dia (hihihi)
Jangan lah baca sahaja Vote lah juak. Ok
Enjoy..
YOU ARE READING
My SweetHeart Miss Montel
RomanceAakif buntuh dengan rancangan yang nenda lakukan. Takkan aku nak kawin dengan tengku Sofea. Memang tak lh aku kawin dengan dia. Dah lh gedikss Aakif menceritakan kepada bondanya dan bondanya mula menyusun rancangan untuk aakif Hmm ni lagi stu, tpi...