'Mana dia ni, study group pun sampai malam ke?'
Tengku Aakif memundar mandir di ruang tamu sambil kepalanya menjenguk ke luar Rumah. Entah kenapa hatinya berasa tidak senang Mia lambat balik.
"Ha .. Aakif kamu ni dah kenapa? Muka macam resah je" Tegur Tengku Zaliha.
"Ni ha, Mia ni tak balik-balik lagi" dengan nada risau
Tengku Zaliha sudah tersenyum penuh makna. 'Hish anak aku ni risau juga dengan isterinya.'
"Dia kan dah mnta izin dengan kamu balik lambat, ada study group dengan Syera kan. Tak payah lah kamu nak risau InsyaAllah Mia ok je tu"
"Yela, tapi dah lewat sangat ni Mummy" masih lagi dengan nada risau
Tengku Zaliha hanya membiarkan Tengku Aakif di ruang tamu dan berlalu pergi ke bilik beraduannya.
Tidak lama kemudian kedengaran sebuah kereta di luar rumah. Cepat-cepat Tengku Aakif ke tingkap melihat keadaan di luar rumah. Kelihatan Mia keluar dari kereta itu sebelum melambai tangan nya.
'Baru sekarang kau nak balik ek. Siap kau.' Terus sahaja Tengku Aakif ke bilik setelah dia nampak Mia menuju ke pintu rumah.
DI DALAM BILIK
"Baru ingat nak balik rumah ha" Sergah Tengku Aakif. Apabila mia sudah masuk ke bilik mereka.
Mia terkejut dengan suara Tengku Aakif. Hampir sahaja dia terlepas buku di tangannya.
"Maaf lah tadi lepas study,Syera ajak saya dinner. Saya kan dah cakap dengan awak yang saya balik lambat" takut nak pandang muka Tengku Aakif.
"Banyak alasan kau ni kan. Ingat sikit kau tu menumpang kat sini. Nanti apa pulak kata Mummy yang aku ni tak pandai ajar bini. Hish menyusahkan je kau ni"
Selepas sahaja Tengku Aakif berkata terus dia keluar dari bilik. Mia terkesan dengan ayat yang Tengku Aakif lontarkan kepada nya. Namun dia pujuk hatinya supaya bertahan. Mia meletakkan barangnya dan mencapai tuala terus ke bilik mandi.
Di Bilik Bacaan
"kenapa aku nak marah dia balik lambat ek, biar lah dia nak buat apa pun, yang aku risau pulak ni kenpa" Tengku Aakif bermonolog dengan dirinya sendiri.
Tok Tok Tok
Kedengaran ketukan pintu membuatkan Tengku Aakif berpaling ke arah pintu. Setelah dia memberi kebenaran untuk masuk, muncul Mia dengan memakai baju tidur labuh dan rambut yang masih sedikit basah jelas gadis itu baru sahaja habis mandi.Dengan berpakaian begitu terserlah kecantikan kulitnya yang putih dan gebu.
'Cantik and perfect' . Namun cepat-cepat Tengku Aakif sedar dari lamuanan nya
"Kau nak apa..?" tanya Tengku Aakif
"Awak say... saya ..hmm"
"Saya saya kau nak apa sebenarnya.?"
"Boleh tak .. saya .... hmm ikut Syera balik Sabah cuti sem ni"
"Balik Sabah .. dah kenapa pulak kau nak ikut dia?"
"Saya nak balik kampung jenguk Nek Som .. boleh lah wak.."
Muncul idea nakal Tengku Aakif. Dia melangkah ke arah Mia. Mia merasa seram sejuk dengan Tengku Aakif makin dekat Tengku Aakif dengannya makin kebelakang langkahnya sehingga belakang badannya bertemu dinding. Tengku Aakif mengunci pergerakan Mia, dengan menghalang laluan kiri dan kanan Mia menggunakan tangannya. Oleh kerana takut, Mia memejamkan matanya dan memalingkan mukanya ketepi.
"Aku boleh benarkan kau .. tapi dengan syarat .."
"Ap .. apa syaratnya.." Mia dapat merasakan hembusan nafas Tengku Aakif di mukanya.
'Ya Allah kau selamatkan lah aku. Ni Tengku Aakif ni dah kenapa buang tabiat ke'
"Syaratnya .. aku nak kau jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri .. Apa kata kau layan aku malam ni" Tengku Aakif menahan tawan
apabila melihat Mia ketakutan di tambah lagi dengan nada suaranya yang menggoda.
Mendengar sahaja ayat Tengku Aakif, Mia berasa cuak dan memalingkan kembali mukanya ke depan. Secara tidak sengaja bibir mereka bertaut. Mereka sama-sama terkejut dengan keadaan mereka sekarang. Tidak lama kemudian ...
"astagfirullah Ala'zim .. Sorry-sorry Mummy tak sengaja ingat kan takde orang" Ucap Tengku Zaliha.
Mia menolak badan Tengku Aakif dari mengepungnya. Malu dengan Tengku Zaliha dapat melihat keadaan dorang tadi.
"Ala ... Mummy ni lain kali masuk tu ketuk pintu lah dulu." sambil tangan nya menggosok tengkuk nya menghilangkan rasa janggal.
'Tu lah kau Tengku Aakif nak sangat menyakat kan. Last-last kau jugak yang kena'. Tengku Aakif melihat Mia yang tunduk ke bawah jelas muka nya yang merah sedang menahan malu. Yela kulit pun cerah memang ketara lah merahnya kalau malu. 'Comel' sempat lagi mengomen di dalam hati
"Mana lah Mummy tau kamu berdua kat sini, Kalau ye pun nak berasmara dana pergi lah kat bilik."
Bertambah malu Mia dengan kata Tengku Zaliha. Terus sahaja dia keluar dari tempat tu. Aduh malu nya aku, tapi nasib baik mummy masuk kalau tak, tak tahu lah apa jadi nanti.
Tengku Aakif hanya tersengih sahaja dengan Mummy nya setelah Mia pergi. Tengku Zaliha pula menggelengkan kepalanya dan tersenyum dengan kelakuan anak dan menantunya.
'Ya Allah Kau kekal kan lah kebahagian rumah tangga mereka Ya Allah.' Senang hatinya melihat anak menantunya bahagia.
YOU ARE READING
My SweetHeart Miss Montel
RomanceAakif buntuh dengan rancangan yang nenda lakukan. Takkan aku nak kawin dengan tengku Sofea. Memang tak lh aku kawin dengan dia. Dah lh gedikss Aakif menceritakan kepada bondanya dan bondanya mula menyusun rancangan untuk aakif Hmm ni lagi stu, tpi...