Part 31

1.5K 53 0
                                    

KLIA 2

Ketibaan seorang jejaka yang berkarisma dan mempunyai perwatakan yang Happy Go Lucky di balai ketibaan KLIA 2

"Hai Malaysia Im back" Dengan senyuman di bibir.

Setelah beberapa tahun dia merantau di negara orang mencari kejayaan yang diimpikan. Akhirnya dia kembali ke tanah airnya sendiri.

Jejaka itu melangkah keluar dari tempat itu menuju ke pintu keluar balai ketibaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jejaka itu melangkah keluar dari tempat itu menuju ke pintu keluar balai ketibaan. Di pintu ketibaan, dia mencari kelibat sepupunya Tengku Aakif yang dia sedia maklum bahawa Tengku Aakif mengambilnya di Airport. Apabila dia berpaling ke arah kanan kelihatan seorang gadis comel memegang papan tanda yang tertulis namanya. Dia berjalan kearah gadis itu dan menegurnya.

"Assalamualaikum Miss .. Saya Tengku Haikarl" Tegurnya.

"Waalaikumsalam .. Oo hai welcome back Tengku" kata Mia dan tersenyum lalu menampakkan lesung pipitnya itu.

Cair hati Tengku Haikarl melihat senyuman Mia.

Haila comelnya ...

Mia pula melihat Tengku Haikarl dengan pelik kerana jejaka itu tiba-tiba termenung. Dia cuba menyedarkan Tengku Haikarl dengan memanggil nama lelaki itu.

"Tengku Haikarl ... Tengkuu .." Sambil melambaikan tangannya ke muka Tengku Haikarl.

"Aa .. ye saya .. sorry hihihi .. emm bukan sepatutnya Tengku Aakif ke yang pick up saya kat sini .. kenapa pula awak yang comel ni yang pick up saya.?"

"Oo .. Aakif dia pergi .."

Belum habis lagi Mia berkata, Tengku Aakif sudah pun menepuk bahu Tengku Haikarl.

"Weii bro welcome home .." Kata Tengku Aakif dengan girang.

Mereka berdua saling berpeluk dan ketawa bersama.

"Aku ingatkan kau dah lupa jalan balik Malaysia."

"Mana lah boleh aku lupa Aakif bak kata perpatah hujan emas di negara orang, hujan batu di negara kita lebih baik negara kita kan"

"Wahh pendeta dah mai dah .. Btw may I introduce my beloved wife Mia Syerieyna."

"Hye .." Kata Mia

Tercengang seketika Tengku Haikarl dengan kenyataan Tengku Aakif sebentar tadi.

"Wait .. wo ho dia ni isteri kau. Fuhh nasib baik"

"Apa yang nasib baik.?"

"Aku baru je nak jual minyak. Kot sangkut ke .. hihiihi"

"Ha banyak lh kau jual minyak . Ni bini aku tau, ISTERI aku"

"Alah gurau sikit pun tak boleh, kan Mia"

Mia sekadar senyum sahaja dengan telatah dua sepupu itu

"Sayang jangan layan dia ni, perangai Haikarl ni memang macam tu"

"Yekeh .. sama lh macam awak kan" sakat Mia

Tengku Haikarl sudah ketawakan Tengku Aakif apabila di sakat Mia.

"Sayang ni , back up lh sikit"

"Dah lah , kita sembang kat sini pun sampai besok tak habis. Aku lapar ni .. Mia lapar tak." Kata Tengku Haikarl

"Eh .. amboi start lahtu jual minyak .. dah jom balik sebelum datang sini lagi ISTERI aku ni dah masakkan sempena kepulangan kau"

"Wow .. thanks Mia"

"Jangan nak lebih ek .. kalau bukan sebab mummy yang suruh tak kuasa aku tengok ISTERI aku ni masakkan untuk kau .. better dia masakkan untuk aku. .. kan sayang"

"hahaha aduh korang dua ni dah lah .. Nenda dan Mummy dah tunggu kat rumah tu ."

Mereka bertiga ketawa bersama sambil menangkat barang-barang Tengku Haikarl ke dalam kereta.

Di Rumah Agam

Kereta yang di pandu Tengku Aakif memasuki perkarangan rumah agam milik Tengku Maimunah. Kedatangan mereka di sambut oleh Tengku Maimunah dan Tengku Zaliha yang telah berada di hadapan pintu setelah mendengar bunyi enjin kereta Tengku Aakif.

"Assalamualaikum Nenda .. Mak Long " Sapa Tengku Haikarl setelah keluar dari kereta

Tanpa menunggu lama Tengku Haikarl menerpa terus ke arah kedua wanita yang di sanjungnya selama ini. Setelah pemergian arwah kedua orang tuanya. Tengku Miamunah dan Tengku Zaliha lah yang membesarkannya sehingga dia melanjutkan pelajarannya di luar negara.

"Apa kabar Nenda .. Mak long Sihat?"

"Kami berdua ni sihat Alhamdullillah .. Haikarl tu sihat ke.?" tanya Tengku Maimunah

"Eh mesti lah sihat .. superhero kan mana pernah sakit"

"Hihihih .. kamu ni tak pernah berubah karl .. Haikarl dah kenal ke dengan Mia .. isteri Aakif.?" Kata Tengku Zaliha

"Haah Mak Long .. Aakif siap bagi warning lagi .. takut lah tu Haikarl ngorat bini dia."

"Mesti lah .. kau tu bukan boleh percaya sangat .. kan tak pasal-pasal aku yang putih mata." Kata Tengku Aakif

" Yup betul tu putih mata sampai juling berpinar-pinar." Tambah Mia lebih kepada menyakat Tengku Aakif.

Mereka semua ketawa besar dengan kata-kata Mia tadi..

"Dah lah .. jom masuk panas kat luar ni .. hari ni Mia masak special tau .."

Mereka saling tak tumpah seperti keluarga bahagia yang penuh dengan gelak ketawa. Di tambah pula dengan lawak dan usikan Tengku Haikarl tak kering gusi mereka semua melayan nya.

My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now