Hari terakhir di rumah Nek Som, mia mengemas barangnya dan Tengku Aakif kerana flight mereka dari Tawau - KL jam 2 petang. Manakala Tengku Aakif berada di luar rumah sedang menghirup udara segar. Tiba-tiba bahunya di tepuk. Dia berpaling kebelakang dan wajah Nek Som menyapanya .
"Aakif .. maaf lah kalau Nek Som kacau ni. Boleh nenek cakap sikit."
"Boleh .. apa dia Nek Som."
"Aakif pun dah jadi suami Mia,Nek Som perasan sejak Aakif menjadi suami Mia, Nek Som boleh nampak kebahagian Mia . Semenjak orang tuanya meninggal, kebahagiannya seperti palsu sahaja, luar nampak gembira tapi di dalam susah untuk gambarkan kesedihannya. Walaupun kamu bukan seperti pasangan suami isteri yang lain. InsyaAllah, perhubungan kamu akan kekal."
"Maksud Nek Som .. tak macam suami isteri yang lain..?" Sambil menayangkan muka bingung.
"Nek Som tahu yang kamu bukan kahwin atas dasar suka sama suka kan.. Malam tu Nek Som nak mintak minya angin dengan Mia. Jadi Nek dengar semuanya." sambil tersenyum
"Hihihih .. InsyaAllah Nek Som, saya janji .. saya akan jaga Mia"
"Bagus lah kalau macam tu"
**********
2 Minggu kemudian
"Baik lah semua, seperti yang sedia maklum lepas sahaja habis cuti sem, Karnival keusahawanan akan diadakan. Jadi saya harap segala tugasan yang saya berikan kepada kamu masa cuti sem, kamu semua sudah siapkan. Saya dah beri kebebasan dengan kamu untuk pilih team kan. So saya nak kamu duduk dalam kumpulan masing-masing."
Tengku Rajmin dan Syafiq beralih tempat duduk ke tempat Mia dan Syera.
"Saya nak beritahu kamu semua bahawa ada penambahan dalam karnival ni. Saya di maklumkan dengan pihak atasan, masa hari terakhir karnival tu berlansung, akan ada malam gala Usahawan.."
Semua yang berada di bilik kuliah itu bersorak riang apabila mendengar acara tersebut.
"Saya belum habis cakap lagi, Untuk itu .. karnival ini bukan sahaja untuk melaksanakan silibus kita tapi akan ada pertandingan untuk karnival ni. So .. Malam gala tu akan di umum kan siapa team yang menang. And of course Ikon usahawan juga akan di umum kan. Good Luck guys and before i forgot .. Malam gala tu bertemakan Bollywood ye guys." Kata Puan Ching.
Setelah habis sahaja Puan ching berkata terus dia keluar. Kelas untuk hari ni hanya teori sahaja. Bermacam reaksi muka keluar, ada yang excited, muka cemberut.
"Weiii .. Mia aku yakin yang ikon usahawan tu adalah kau. Takde orang lain lah" kata Syafiq
"Betul tu,tak dinafikan lah Mia." sokong Rajmin
"Hish .. kamu dua ni merepek je lah. Dah lah saya nak jumpa Sir Mervin" Kata Mia
"Mia, aku ikut ya". Kata Syera
"Hmm .. yela bye boys"
******
Tengku Aakif and the geng yang berada di cafe kolej sibuk dengan perbincangan untuk Malam Gala Usahawan tu. Kumpulan mereka telah di maklumkan oleh Puan Ching adalah kumpulan yang wajib untuk membuat persembahan.
"Kif .. tu Mia, nak kemana tu.?" Tanya Tengku Rayyan
Mia yang baru sahaja keluar dari bilik pensyarah yang berhadapan dengan cafe,terus di sapa oleh Tengku Rajmin. Tengku Aakif yang nak menuju ke arah Mia terbantut.
"Aakif, aku bukan nak batu api kan kau lah. Tapi aku tengok Tengku Rajmin tu macam suka kat Mia lah. Masa kat mabul haritu.. aku tengok layanan dia dengan Mia macam ada something tau" Kata Tengku Nazim.
"Tak lah, kata Syera dorang hanya kawan je tu. Kalau tak silap aku untuk karnival tu dorang satu team" Kata Tengku Adrian. Tajam sahaja matanya memandang Tengku Nazim.
Tengku Aakif membalas dengan tersenyum kelat. Matanya tidak lepas memandang Mia yang terus sahaja ketawa dengan Tengku Rajmin.
'apa je lah yang dorang gelakkan. Dengan aku tak pulak macam tu. Aik... Tengku Aakif jeles ke ..' Gumam Tengku Aakif
Tengku Rayyan sudah tidak fokus dengan yang lain apabila figura Mia dan Tengku Rajmin pergi. Dia membuka instagram di iphone nya. Menscroll gambar-gambar di insta, terpampang gambar yang cukup dia kenali.
'Maisara dah balik Malaysia' kata hatinya. Dia menunjukkan gambar itu dengan Tengku Nazim dan Tengku Adrian. Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.
"Wei korang dah kenapa ni. Dah macam patung dah aku tengok" Kata Tengku Aakif. Fikirannya masih terganggu dengan Tengku Rajmin dan Mia.
"Aakif .. kau masih contact Maisara ke.?" Tanya Tengku Adrian
Berubah wajah Tengku Aakif apabila rakannya itu memetik nama yang pernah menjadi permaisuri hatinya dulu.
"Kenapa kau tiba-tiba tanya Maisara ni .." Kata Tengku Aakif.
Tengku Rayyan mensua kan handphone nya kepada Tengku Aakif.
"Dia sekarang kat sini dan ........ dia satu kolej dengan kita." Kata Tengku Nazim.
Kedengaran gelak ketawa yang cukup dikenali sejak sekian lama. Tengku Aakif and the geng berpaling ke sebelah kiri. Kelihatan Tengku Sofea dan Maisara berjalan beriringan. Tengku Adrian melihat kembali wajah Tengku Aakif. Jelas kelihatan masih ada sisa cinta Tengku Aakif kepada Maisara.
"Kif .. aku just nak pesan kat kau, mulut kata lain .. hati kata lain .. walau apapun .. kami harap kau tak sia-sia kan Mia. Jujur aku cakap, lepas sahaja kami tahu pasal Mia and tengok sendiri keadaan dia masa kat kubur tu, kami dah anggap Mia sebahagian dari hidup kami. Jadi kami taknak dia sedih lagi." katanya
Tengku Rayyan dan Tengku Nazim mengangguk tanda setuju. Manakala Tengku Aakif hanya senyum nipis sahaja.
'Maisara ... kenapa kau muncul lepas Mia jadi isteri ku' gumam hatinya
______________________________________
Hish .. sis geram tau dengan Tengku Aakif ni .. Maisara tu kalau dah past is past lah nak kenang lagi buat apa .. hati tu tak tetap ke .. kalau dah suka Mia tu mengaku jelah ..
Sorry terbawa emosi sikit. kalau hambar sorry, sis takde idea .. hihihi
Jangan lupa vote ..
YOU ARE READING
My SweetHeart Miss Montel
RomanceAakif buntuh dengan rancangan yang nenda lakukan. Takkan aku nak kawin dengan tengku Sofea. Memang tak lh aku kawin dengan dia. Dah lh gedikss Aakif menceritakan kepada bondanya dan bondanya mula menyusun rancangan untuk aakif Hmm ni lagi stu, tpi...