Part 34

1.5K 50 0
                                    

KEESOKKANNYA ...

Tengku Aakif mencari Mia yang dia cuba telefon banyak kali tapi tidak ada tanda-tanda untuk Mia angkat. Terdetik rasa risau dalam hatinya, apabila dia mendapat panggilan dari Tengku Zaliha mengabarkan Mia seperti tidak sihat waktu keluar dari rumah. Sebenarnya, pagi ni dia ada kelas pagi, manakala Mia mula kelas jam 10.

"Wei Aakif kau ok ke, dari tadi tak renggang dari fon." Sapa Tengku Rayyan

Dari duduk Tengku Aakif berdiri dan berjalan kehulu kehilir. Pertanyaan Tengku Rayyan tidak dibalas sebaliknya di biarkan begitu sahaja. The Tengku's berpandangan sesama sendiri. Pelik dengan sikap Tengku Aakif hari ni.

"Aakif cuba kau duduk atau berdiri dekat satu tempat je pening lah aku tengok kesana kesini je dari tadi. Cuba kau cakap dengan kami, apa yang kau dok risaukan dari tadi. Kalau kami tahu, boleh lah juga tolong apa yang patut." Kata Tengku Adrian.

"Entah lah aku rasa tak sedap hati, risaukan Mia. Mummy call aku, dia cakap Mia kurang sihat. Tu yang aku call tu tapi dari tadi aku call tak dapat-dapat."

"Cuba kau call bestfriend Mia sapa nama dia tu ,, Ha Syera. Manatau dia dengan Mia sekarang." Kata Tengku Nazim

Tengku Aakif mengangguk lalu mencari nombor Syera di dalam senarai nama telefonnya. Dia mengklik nama Syera setelah dijumpainya.

Tut.. Tut.. Tut tut

"Helloo .. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Syera saya ni Aakif."

"Ouh .. Kenapa Aakif awak call saya ni?"

"Awak tahu tak Mia kat mana sekarang? Saya call dia tak dapat-dapat lah"

"Lah sorry lupa nak bagitahu. Mia sekarang kat restroom kolej tengah rehat. Fon dia pulak saya lupa nak off sil .. e"

Tidak sempat syera menghabiskan ayatnya, talian telah di putuskan oleh Tengku Aakif lalu bergegas ke restroom kolej. The Tengku's cuba mengejar Tengku Aakif kerana setelah talian di putuskan wajah Tengku Aakif penuh dengan kerisauan. Apabila sampai tempat yang dituju tanpa berlengah Tengku Aakif mencari isterinya itu.

Di penjuru bilik terdapat sebuah katil yang menempatkan Mia. Tengku Aakif segera mendapatkan Mia. Mia yang sedang tidur lena itu di tenung oleh Tengku Aakif. Wajah Mia kelihatan pucat sedikit, bibir Mia yang kering itu di sentuh oleh Tengku Aakif.

Perbuatan itu telah di saksi kan oleh The Tengku's. Mereka tersenyum dengan situasi itu, ini kerana Tengku Aakif yang dikenali buat pertama kalinya berasa sangat risau dengan perempuan selain Tengku Zaliha dan Tengku Maimunah. Mereka sedia maklum yang Tengku Aakif dan Maisara pernah bercinta, namun kerisauan yang di tunjukkan oleh Tengku Aakif terhadap Mia tidak pernah sekali pun mereka melihat perkara itu ketika Maisara menjadi kekasih Tengku Aakif.

The Tengku's menutup pintu bilik itu lalu beredar dari tempat itu. Mereka ingin memberi ruang kepada Tengku Aakif dan Mia.

My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now