Part 30

1.5K 59 0
                                    

"Aakif .. Aakif .. Tengku Aakif .."

Maisarah cuba mengejar Tengku Aakif yang melalui lot parking pelajar. Tengku Aakif mempercepatkan langkahnya. Tiba-tiba .. kedebuk

"Aduhh .." Maisara menahan kesakitan kakinya

Tengku Aakif melihat kebelakang setelah mendengar sesuatu yang jatuh.

Melihat keadaan Maisara yang berkerut dahinya, Tengku Aakif segera mendapatkan Maisara

"Awak ni boleh tak jalan tu elok-elok, kan dah jatuh"

"Awak lah ni .. saya panggil .. awak buat tak tahu je."

"Jom saya hantar awak ke klinik."

Tengku Aakif membantu Maisara bangun, namun belum lagi berdiri betul Maisara sekali lagi mengaduh kesakitan.

"Auch .. awak kaki saya sakit." Kata Maisara

Tengku Aakif tiada pilihan selain mengendong Maisara ke dalam keretanya yang tidak jauh dari tempat mereka.

Tanpa disedari, tindakannya itu di lihat oleh seseorang. Dia mengeluarkan handphonenya merakam situasi itu.

Boleh jadi bahan ni

"Sorry lah, saya menyusahkan awak." Kata Maisara

"Its ok .. dah jadi tanggungjawab saya sebagai kawan"

"Kawan je..?"

"Yela kawan .. kita kan kawan right..?"

"Aakif boleh tak awak jangan tipu perasaan awak."

"What do you mean..? Saya tak faham apa awak cakap.." Berkerut dahi Tengku Aakif berkata

"Saya tahu yang awak kahwin dengan Mia adalah aturan mummy awak."

"So .. apa masalahnya. Bagi saya ok je"

"Awak sayang Mia.?"

Tengku Aakif mengeluh lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan dan membetulkan kedudukannya. Dia memandang Maisara lalu berkata

"Sara .. saya tahu apa yang awak cuba nak sampaikan. Dalam beberapa hari ni saya akui hubungan kita sangat rapat, sehingga saya lupa yang saya dah ada isteri. Jujur saya cakap saya sayangkan Awak ..."

Maisara tersenyum dengan kata-kata Tengku Aakif.

"Tapi hanya sebagai kawan. Kalau pada awal perkahwinan saya dengan Mia awak muncul. Mungkin sayang saya pada awak itu masih lagi kekal sebagai kekasih. Tapi sekarang, saya sedar yang saya sayang dan cintakan Mia. Untuk pengetahuan awak masa malam gala tu, saya keliru dengan perasaan saya, Samaada saya pilih awak atau Mia. Malam tu juga saya buat solat istikhara minta petunjuk daripada Allah. Dan Alhamdulillah saya yakin yang Mia memang untuk saya."

"Patut lah awak mengelak dari saya tadi."

" Tak .. awak jangan salah faham. Actually Tengku Haikarl balik Malaysia hari ni. Saya dan Mia yang pick up dia."

"Oh .. Maafkan saya" sambil menayangkan muka bersalah

" Takpe .. Kita ni insan biasa tak lari dari melakukan kesilapan."

Perjalanan mereka di teruskan dalam keadaan janggal. Hanya bunyi radio kereta sahaja menjadi teman perjalanan mereka ke kolej.

Setibanya di kolej, Tengku Aakif membantu Maisarah keluar dari kereta.

"Aakif sekali lagi saya minta maaf dengan awak .. saya janji saya takkan ganggu hubungan awak dengan Mia but we still friend right"

Tengku Aakif membalasnya dengan anggukan dan senyuman.

__________________________________________________

" Assalaamualaikum semua .."

Mia melangkah ke  arah The Tengku's setelah mengucapkan salam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia melangkah ke  arah The Tengku's setelah mengucapkan salam

"Waalaikum .. Mia" Serentak The Tengku's berkata.

"Habiskan lah dulu jawab salam tu .."

The Tengku's tersengih lalu menghabiskan jawab salam Mia.

"Tengku Aakif mana ..?" Tanya Mia

"Dia keluar tadi nak ambik barang kat kereta katanya kejap lagi balik lh tu .. Mia awak ok ?" Ucap Tengku Nazim

"Ok je .. Kenapa?" berkerut dahi Mia bila ditanya soalan begitu.

"Takde lah .. awak awal sangat balik dari event semalam. Kata Syera, awak tak sedap badan"

"Owh .. haah .. maybe penat sangat." Mia tersenyum menampakkan lesung pipitnya .

Selang beberapa minit figura Tengku Aakif muncul di sebalik pintu kaca studio kolej. Dia tersenyum apabila melihat mia yang ralit melayan karenah sepupu sepapat nya itu di selangi dengan tawa mereka.

" Eh Aakif bila sampai?" Tegur Tengku Rayyan.

"Baru je .. Mia jom dah lambat ni"

Mia mengangguk lalu mengemas buku nya

"Wei korang nak kemana ni .. chill lah guys awal lagi ni." Kata Tengku Adrian

"Sorry guys lain kali .. kami dah lambat nak ambik sepupu kesayangan korang tu"

The Tengku's berasa hairan lalu berpandangan sesama sendiri.

"sapa wei .. wait .. kau jangan cakap yang Haikarl dah balik ..?" dengan muka teruja mereka menanti jawapan Tengku Aakif

"Yup .. ok lah kami pergi dulu. Jom sayang"

Tengku Aakif memimpin tangan Mia keluar dari studio itu.

"Kirim salam dengan haikarl ." Kata Tengku Nazim 


My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now