Menghirup udara tanah tumpahnya darah anak jati Sabah sahaja, membuatkan terubat rindunya dengan kampung. Penerbangan yang memakan masa selama 3 jam dari KLIA 2 hingga Ke Airport Tawau terasa sekejap sahaja, kerana semangat 2 sahabat itu untuk pulang berkobar-kobar. Ketibaan Mia dan Syera di sambut oleh sepupu Mia iaitu Helena dan Hana sahabat mereka.
"MIA. !!!! .." Keriangan memenuhi di wajah Helena.
Hana hanya tersenyum bila melihat kelibat 2 orang sahabat sejatinya.
Lain pula dengan Helena, apabila melihat wajah sepupunya itu terus sahaja dia berlari dan memeluknya.Agak kecoh jugak lah bila 2 gadis itu bertemu. Maklumlah sudah lama tidak bersua muka.Hana dan Syera sudah memahami keadaan itu. Mereka tahu yang Mia dan Helena bagaikan isi dengan kuku. Pantang berjumpa akan menjadi seperti belangkas yang tidak boleh berpisah.
"Rindunya aku dengan kau. Kau macam mana sihat, kenapa kau balik dengan Syera, Suami kau mana?". Tanya Helena bertubi-tubi.
"Ya Allah Len, aku baru sampai, dah kau terjah dengan pelbagai soalan. Satu-satu lah kalau nak tanya. Well aku sihat Alhamdulillah"
"Hihihi sorry, excited sangat bila nampak kau. Makin lain kau sekarang, maybe seri pengantin tu masih ada kut, Ni Suami kau tak ikut balik ke?"
"Eh, sudah-sudah lah tu, kita ni nak balik Semporna ada lagi 1 jam tau, aku ni tak sabar dah nak jumpa Nek som" sampuk Syera
Pertanyaan Helena di gantung begitu sahaja,lantaran pandangan Mia kepada Syera sudah di fahami oleh sahabatnya itu.
"Amboi, kau yang excited lebih dari Mia" Kata Hana
"Well, aku kan cucu Nek Som juga" Dengan Muka tak tahu malu.
Terletus ketawa mereka melihat Syera.
********
"Assalamualaikum Nek Som, Ni Mia dah Sampai Ni" kata Laung Hana
Keluar sahaja dari isi kereta, Mia terus mencari Nek Som. Lupa dah segala beg yang dibawa oleh nya dari KL.
"Wei .. kalau ye pun dah tak sabar. Tolong lah aku dulu angkat barang" Kata Syera
"Hihihi, sorry"
"Assalamualaikum, Nek som atakkah na si Mia ni, Maing ga kah?" Kata Helena.(Assalamualaikum, Nek som datang sudah si Mia ni, Di mana kau)
"Waalaikumsalam, sai bai lu, Ya Allah Attakkah nah cucu ku" (Waalaikumsalam, siapa bah tu, Ya Allah datang sudah cucu ku)
"Nek Som, a ngentom aku ma ka a. Ai ru kai lu sihat ru" tanya Mia (Nek Som, mengingat aku dengan kau. Apa jugak kau tu sihat juga)
"Nai bittilu nah, sihat mattoa, Pasot nah kita, aniak aku a malla" (Nah begitu lah, sihat orang tua. Masuk lah kita. Ada sudah aku masak)
Mereka semua masuk ke dalam rumah. Hana dan Syera bermalam di Rumah Nek Som untuk beberapa hari sebelum balik Ke rumah keluarganya. Memang sudah menjadi kebiasaan kalau mereka pulang ke Sabah, akan tinggal untuk beberapa hari dulu di rumah Nek som.
***
Tengku's
"Wei, Aakif Mummy kau tak marah ke, kau tak bawa Mia sekali" Tanya Tengku Nazim
"Sebenarnya Mia dah ada seminggu kat sini. Tu yang aku kena stay hotel dulu seminggu .But don't worry dia takkan ikut kita g Pulau Mabul. Dia balik kampung"
"Lah kampung dia kat sini ke. Sumandak Sabah rupanya . Patut lah" Sampuk Tengku Adrian
"Apa yang patut?"
"Patut lah dia tu comel,cantik kulit pun cerah, rupanya Sumandak Sabah, ini menurut apa yang aku baca kat laman web lah. Yang sumandak Sabah ni kebanyakkannya lawa-lawa tau. Walaupun yang bini kau tu .. Hmm .. Montel lah kan. Tapi kalau tengok betul-betul dengan mata hati, Fuhhh silap-silap aku pun boleh cair tau"
"Kau jangan macam-macam ek Adrian. Dia tu isteri aku, jangan nak puji melangit sangat." Tegas Tengku Aakif berkata
"Wo .. wo .. Jeles nampak, Chill lah Aakif,Ad tu main-main je. Yang kau nak marah ni kenapa. Ke kau dah suka dengan dia?" Kata Tengku Rayyan
Betul juga kata Ray, yang aku nak marah tak tentu pasal ni kenapa?. Hish Aakif tak .. kau tak suka dia. Kau hanya perhatin je dengan dia. Sebab dia bini kau, tu je.
*************************
Hye .. Assalamualaikum .. Ok kat sini sis letakkan loghat sabah iaitu Bajau slang .. salah satu etnik di Sabah.
InsyaAllah .. seperti di janji kan sis akan update double hari ni
Jangan lupa Vote
YOU ARE READING
My SweetHeart Miss Montel
RomanceAakif buntuh dengan rancangan yang nenda lakukan. Takkan aku nak kawin dengan tengku Sofea. Memang tak lh aku kawin dengan dia. Dah lh gedikss Aakif menceritakan kepada bondanya dan bondanya mula menyusun rancangan untuk aakif Hmm ni lagi stu, tpi...