Semua student memberi tepukan yang gemuruh untuk persembahan yang penuh bertenaga dari Tengku Aakif and the geng.
"Hai Montel ... boleh kami duduk sini." Kata Tengku Sofea
Mia senyum lalu menganggukkan kepalanya. Mia berasa kakinya disepak lembut oleh Syera. Dia memandang syera dengan riak tanda tanya. Syera pulak menunjukkan bahawa dia tidak suka keberadaan Maisara dan Tengku Sofea di situ.
"Assalamualaikum .. Mia .. Syera" Kata Tengku Rajmin
"Waalaikumsalam .. korang dari mana ni?" Kata Syera
"Kami jumpa Ricky tadi .. ada hal" Kata Syafiq
"Lah Tengku Sofea pun kat sini .. and ..." Tengku Rajmin cuba mengingati gadis di sebelah Tengku Sofea. Dia seperti mengenali gadis itu.
"Maisara kan ... Girlfriend Tengku Aakif ." sambung Tengku Rajmin
Maisara hanya senyum dan menganggung kepada Tengku Rajmin, Tengku Sofea pula sudah tersenyum sinis dengan Mia dan Syera.
'Padan muka kau Mia .. biar kau tahu yang kau tidak layak untuk Tengku Aakif.' Gumam Tengku
Mia cuba untuk kawal emosinya. Tipu lah kalau Mia tidak terasa dengan Kata Tengku Sofea dan Tengku Rajmin mengenai Maisara. Dia cuba untuk berlaku selamba. Tengku Rajmin mengambil tempat di sebelah Mia manakala Syafiq di sebelah Syera.
Selepas sahaja The Tengku's membuat persembahan. Mereka decide untuk duduk bersama-sama dengan Mia. Semenjak Mia hadir dalam kehidupan mereka, mereka merasakan bahawa Mia sangat penting dalam kehidupan mereka. Dalam sehari tidak sah harian mereka kalau tidak jumpa dengan Mia.
"Guys .. aku nak minta maaf dengan korang pasal tadi. Aku tahu, aku silap tak terus terang dengan Mia. Tapi ..." Kata Tengku Aakif
"Sepatutnya bukan dengan kami yang kau perlu minta maaf .. Tapi dengan ISTERI kau Mia. Walaupun tadi dia macam tak ambil kisah. Tapi aku boleh nampak tau kekecewaan di mata dia." Kata Tengku Rayyan .Sengaja dia tekankan 'ISTERI'.
"Dah lah, kita datang sini nak enjoy and support team Mia. Bukan nak gaduh.Soal Mia tu ... Akif aku tahu kau boleh handle kan." Kata Tengku Adrian sambil merangkul leher Tengku Aakif dan Tengku Rayyan
"Betul tu. Dah lah kejap lagi nak umum kan pemenang tu. Jom lah ke tempat Mia."
Mereka semua keluar dari belakang pentas menujuh ke arah meja Mia.
"Wow .. such as great performance guys. Congrats" Kata Maisara
Sesampainya Tengku Aakif and the geng ke meja mereka. Mia melihat Tengku Aakif sebentar sahaja lalu berborak semula dengan Tengku Rajmin..
"Hmm .. Tengku Aakif, better awak duduk sini lah. Saya nak ke toilet kejap." Kata Syera
Bulat mata Mia bila Syera berkata begitu, belum sempat dia menghalang Syera pun sudah beredar. Tengku Aakif senyum dan mengambil tempat duduk Syera. Maisara pula, mati akal nya untuk menghalang Tengku Aakif. Manakala The Tengku's senyum sinis dengan Maisara dan Tengku Sofea.
Tengku Aakif berbisikan sesuatu dengan Mia, setelah dia duduk.
"Sorry pasal tadi and cantik awak malam ni." Jujur Tengku Aakif
Muka Mia bertukar menjadi merah apabila mendapat pujian dari Tengku Aakif. The Tengku's tersenyum meilhat wajah Mia yang menahan malu. Terus sahaja Mia bangun meninggalkan tempat itu. Dan pergi ke tempat Syera.
YOU ARE READING
My SweetHeart Miss Montel
RomanceAakif buntuh dengan rancangan yang nenda lakukan. Takkan aku nak kawin dengan tengku Sofea. Memang tak lh aku kawin dengan dia. Dah lh gedikss Aakif menceritakan kepada bondanya dan bondanya mula menyusun rancangan untuk aakif Hmm ni lagi stu, tpi...