Part 33

1.4K 50 0
                                    

Syera dan Mia sibuk melakukan assigment yang perlu di hantar dua hari lagi sebelum pembentangan dilakukan. Tugasan kali ini hanya memerlukan dua individu di dalam satu kumpulan. Seperti biasa mereka akan menjadi satu kumpulan sekiranya tiada pemilihan dari pensyarah. Walaupun tugas kali ini melibatkan makanan yang asalnya dari Sabah, Iaitu tempat kelahiran dua gadis ini, mereka perlu teliti dalam setiap aspek pada masa yang sama mereka mempromosikan Sabah dalam pembentangan kali ini.

Fokus Mia terganggu seketika apabila notification handphonenya berbunyi. Chat yang di kirim oleh Tengku Haikarl itu di buka dan di baca.

Alamak ...

Alamak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Syera ahad ni kau buat apa?". Tanya Mia

Syera memalingkan mukanya kepada Mia, tapi hanya sebentar sahaja lalu dia kembali menghadap laptop.

"Macam biasa .. lepak kat rumah je."

Mia membentukkan mulut nya seperti 'o'. Fikirannya ligat menyusun ayat sebelum diperkatakan kepada syera.

"Kau boleh temankan aku tak?"

"Kau nak ke mana.?."

"Macam ni, ahad ni aku kena attend satu event ni tapi aku takde kawan"

"Suami kau mana, dia tak join sekali ke?"

" Dia join tapi .. hmmm macam mana nak cakap ek"

"Mia .. did you hide something from me.?"

Mia tersengih dan terdiam seketika. Syera memanggil lagi sekali nama Mia, setelah ayat nya tadi tidak di balas oleh Mia. Mia menunjukkan chat yang dihantar oleh Tengku Haikarl kepadanya dan diperlihatkan dengan Syera. Syera pula membaca dengan teliti chat yang di sua oleh Mia.

"Wooo ... no no nono .. wei aku tak nak. Aku mana biasa pergi event macam tu." dengan dahi yang berkerut Syera berkata.

"Ala Syera kau teman lah aku, kalau kau ada sekurang-kurangnya aku taklah rasa janggal dekat event tu. Tengku Aakif tu .. hmmm mula-mula yela teman tapi bila dah jumpa dengan geng Tengku yang lain, aku pun dia anggap patung je."

Syerah mengeluh, hatinya berat untuk pergi namun apabila Mia mula menunjukkan muka 50 sen dia mula rasa bersalah untuk menolaknya.

"hish kau ni kan suka buat aku rasa bersalah. Ok lah aku temankan kau tapi dengan syarat costume semua kau yang sponser."

Mia bersorak gembira apabila Syera mahu menemankan dia ke majlis Tengku Haikarl.

My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now