Part 8

1.5K 73 1
                                    


"So, Awak lah Mia ek. Well well tak sangka test Tengku Aakif perempuan montel macam you ni." Kata Tengku Sofea dengan nada sinis.

"Maaf kan saya, awak ni sapa ek?" Tanya Mia. 'tiba-tiba je minah ni'

"Opss lupa pulak, I Tengku Sofea, sepatutnya I yang .." belum sempat sofea berkata .Muncul Tengku Aakif dari belakang Mia.

"Kat sini rupanya sayang Ami ni. Eh Sofea buat apa kat sini bukan sepatutnya awak dah balik ke tadi.?" Kata Tengku Aakif sambil memegang tangan Mia.

"Haah, nak balik lah ni, tapi sebelum tu nak juga jumpa dengan wife you ni, tak sempat nak kenal tadi. Btw sapa Ami..?"

"Oh.. hmm Ami tu panggilan manja untuk I. Singkatan untuk Suami, kan sayang" Terang Tengku Aakif. Bukan dia tak kenal dengan perangai Tengku Sofea ni yang obses dengan dia. Saja dia bermanja dengan Mia depan Tengku sofea.

Sejak bila pulak  ada gelaran ni  Mia senyum sahaja dengan kenyataan Tengku Aakif.

"Hmm.. saya mnta diri dulu lah ye, maaf tak dapat nak sembang panjang. Btw nice to meet you Tengku Sofea" Mia menghulurkan tanganya dengan Tengku Sofea.

Tengku Sofea menyambut salam Mia dengan muka terpaksa. Selepas sahaja Mia berlalu pergi, Tengku Aakif pun ingin mengikuti langkah Mia

"Well, kami masuk dulu lah ye sofea. Maklum lah pengantin baru kan faham-faham jelah." Sambil kenyitkan mata dengan Tengku Sofea dan berlalu pergi.

Panas hati Tengku Sofea dengan kelakuan pengantin baru itu. Eee kau tunggu Aakif kau akan dapat balasannya.Kau ingat senang-senang je nak sakit kan hati aku. Kau tunggu Tengku Aakif.

Suasana dalam bilik..

Wahh .. cantik jugak bilik dia ni, tapi ... Mia menoleh ke arah pintu setelah mendengar pintu bilik di buka muncul Tengku Aakif .Ya Allah hensemnya laki aku ni.

"Dah puas scan ke Puan Mia, tau lah saya ni hensem" Tegur Aakif.

Mia sedar dari lamunan yang di putus kan oleh suaminya sendiri . Aduh mata kau ni kan Mia buat malu je .

"Ma.. Maaf lah .. hmm Awak saya nak bincang sikit" Mia tunduk ke lantai apabila Aakif melihat dia.

"Apa dia ..?" berkerut dahi Tengku Aakif.

"Saya nak minta izin boleh tak kalau malam ni saya tidur dekat sofa" Lancar sahaja mulut Mia berkata namun Tidak dengan hati nya.

"Muat ke kau dekat sofa tu" sambil memandang sinis terhadap Mia

Wow panggilan dah tukar Kau aku. Btw ayat tu aku cili juga kang, aku tahu lah yang aku ni gemuk. 

"Hmm kalau tak pun saya tidur kat bawah jelah"

"Suka hati kau lah. Oh ya Puan Mia, jangan ingat selama ni aku baik dengan kau. Aku terima kau sebagai isteri aku. For your information aku buat semua ni sebab Nenda nak turunkan harta dia dekat aku, tapi dengan syarat aku kena kahwin."

"Jadi selama ni awak merayu dengan saya tu lakonan je lah?"

"Yes.. memang selama ini aku berlakon. So kau tak paya lh ye acah-acah sweet macam kita ni pasangan yang bahagia."

"Sampai hati awak kan kalau saya tahu lah .."

"Kalau kau tahu kenapa, kau tak setuju, ha. Macam ni je lah senang citer, kau buat hal aku buat hal aku. And ya one more thing jangan hal ni smpai ke pengetahuan Nenda and Mummy " 

Selesai sahaja Tengku Aakif berkata, dia terus ke bilik mandi. Mia tidak mampu berkata-kata sekadar titisan air mata sahaja yang menemani. Mia sedar yang dirinya tidak akan pernah di sukai oleh lelaki. Sekali lagi kehidupan yang baru Mia harus tempuh.

Mia kau kena kuat. Walau macam mana sekali pun dia dah jadi suami kau. Ingat mulai saat ni kau harus berubah. Bisik hati Mia.

_____________________________________________________________________________

Sebenarnya watak Tengku Aakif memang jahat dengan Mia .. tapi sis tak tahu nak buat macam mna .. so sorry kalau tak suka just skip.. 

Nak baca teruskan . Taknak skip .. ok Besok sis update lagi ..

walaupun tkde yang sudi .. Tapi sis nak ingatkan jugak lh .. 

jangan lupa Vote ..

Enjoy ..



My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now