Part 12

1.5K 59 0
                                    

Semenjak kes tercium tanpa sengaja itu,Tengku Aakif dan Mia tidak bertegur sapa hampir 2 hari. Masing-masing buat hal sendiri. 

"Oii .. so jadi tak plan kita g Pulau Mabul cuti sem ni" Tanya Tengku Adrian

"Well .. aku on je tapi kan korang pun tau kan yang kita punya captain ni dah kahwin. Tak tau pulak kalau dia on" sampuk Tengku Rayyan.

Mereka berempat memandang ke Tengku Aakif yang kerjanya termenung sahaja dari tadi. Sebenarnya mereka berempat sangat famous di Kolej.Dikenali sebagai Geng Of Prince's Charming kerana mereka semua berasal dari kerabat di raja.Semestinya permulaan nama mereka adalah Tengku dan Tengku Aakif lah leadernya.

"Uik .. kitorang tanya ni, kau jadi tak ikut kitorang g Pulau Mabul, ke kau nak honeymoon?" sakat Tengku Nazim

"Ha .. mulut kau ni kan dah berapa lama tak makan kasut size 9" Tajam pandangan Tengku Aakif terhadap Tengku Nazim.

"Guys dah la tu, Benda kecik pun korang nak besarkan" sampuk Tengku Karl.

"Relax lah bro, aku tanya je." ucap Tengku Nazim

"Sebenarnya aku serabut sekarang ni, Nanti kalau aku tak bawak Mia sekali, ape pulak Mummy aku cakap nanti. Korang pun tau kan macam mana perangai Mummy aku tu."

"So macam mana sekarang, korang selesa tak kalau Aakif bawak Mia?" Tanya Tengku Adrian.

"Kalau dengan aku ok je, Lagipun best apa ada Mia. Mia pun bukan calang-calang orangnya . Senang lah nanti aku korek ilmu dia" kata Tengku Nazim.

Mereka bertiga memandang pelik dengan Tengku Nazim.

"Apa kau cakap, Mia tu bukan calang-calang orangnya maksud kau?" Tanya Tengku Aakif

"Lah bini sendiri pun tak tau ke, Well FYI guys, Mia tu adalah salah sorang pelajar cemerlang dalam kulinari. And orang terkuat dalam bidang keusahawanan. Kalau tak silap aku lepas cuti sem ni ada karnival keusahawanan kan. Aku terdengar lah masa lalu dekat depan bilik lecture haritu, yang Isteri kau tu akan jadi ikon Usahawan Muda kat kolej ni. Aku yang budak bisnes ni boleh kalah dengan budak Kulinari"

'Ui .. hebat jugak bini aku ni. Diam-diam ubi berisi, eh tapi memang pun dia berisi dah nama pun montel.' Tersengih Tengku Aakif

"Boleh tahan juga bini kau ni Aakif. Tapi guys korang pun tahu kan yang perkahwinan Aakif ni tak di ketahui ramai .Maybe kalau kita ni bukan sepupu Aakif , sampai sekarang kot kita tak tahu yang Aakif ni suami orang .And ya korang kena ingat yang kita ni  Insta famous, setiap apa yang kita update kat Insta akan jadi tumpuan ramai. Mana lah tau masa korang syok take pic dekat sana, tercandid pulak isteri si Aakif ni. Tak pasal-pasal jadi isu pulak Mia dengan kita. " jelas Tengku Rayyan.

"Dah lah korang tak ya fikirkan. Tahu lah nanti macam mana aku nak urus Mia" kata Tengku Aakif

Yes. Mereka berempat adalah sepupu. Tapi bukan sepupu sekali. Mereka lepak sampai ke petang di Gym Milik Tengku Aakif. Gym tu sebenarnya adalah hadiah dari Tengku Zaliha sempena Birthday Aakif tahun lepas. Jam menginjak ke 6 petang mereka pun beransur pulang. 

_________________________________________________

Ok New character .. nanti sis update model nya ye

Jangan lupa vote ..

My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now