Part 32

1.5K 55 0
                                    

"WHAT ...!!! why ..?" tanya Tengku Sofea.

"Im sorry Sofea. I can't do this anymore." Kata Maisara

Sekiranya Maisara menarik diri dari rancangannya, habis punah harapan nya untuk merosakkan rumahtangga Tengku Aakif.

"Apa sebabnya you taknak teruskan? Bukan ke you sayang dan cintakan Aakif ?"

Maisara menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia memandang ke arah Tengku Sofea lalu berkata.

"Memang saya sayangkan dan cintakan Aakif, tapi saya tak sanggup rosakkan rumahtangga dia dengan Mia."

"Mai .. you dah lupa ke yang Mia rampas Aakif dari you. Kenapa you pulak yang perlu undur diri .. I mean helloo."

Rasa tidak puas hati menyelubungi diri Tengku Sofea. Dia perlu merancang sesuatu agar Maisara terus berada dalam rancangannya.

"Tak sofea .. tidak. Takde sapa yang rampas Aakif dari saya. Saya yang tinggalkan dia. Peluang yang selama ini wujud untuk diri saya, di sia-sia kan begitu sahaja. Sepatutnya, saya pertahankan dia dulu, tapi saya lebih memilih harta dari cinta. Mungkin ini adalah karma untuk saya sebab tinggalkan dia dulu. Dan sekarang peluang tu hak milik Mia iaitu isteri Aakif."

Semasa Tengku Aakif meluahkan perasaannya di dalam kereta tempoh hari, Maisara seakan terbangun dari mimpi yang untuk memiliki Tengku Aakif tidak akan pernah terjadi. Dalam beberapa hari ini, dia berfikir sedalam-dalamnya adakah dia mampu membina kebahagian di atas kesedihan orang lain. Dan adakah dia dan Tengku Aakif akan bahagia sedangkan cinta Tengku Aakif sudah pun menjadi hak mutlak Mia.

Mampu kah dia berhadapan dengan kehidupan bersama Tengku Aakif tanpa cinta.?, sedangkan selama ini dia percaya kehidupan yang dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang mampu mencorak kebahagian yang tiada nilainya.

" I'm sorry sofea. Dah tertulis bukan jodoh saya dengan Tengku Aakif. Thanks atas usaha you untuk satukan kami, but from now on I'll just be Tengku Aakif friend."

Belum sempat Tengku Sofea membalas kata-kata Maisara, notification di handphone berbunyi. Dia tersenyum dengan mesej yang baru sahaja dia terima.

No .. belum lagi Maisara

"Ok kalau macam tu. It's ok I takkan paksa you untuk teruskan hubungan you dengan Tengku Aakif, tapi dengan syarat"

Berkerut dahi Maisara dengan kata-kata Tengku Sofea

"Apa syaratnya ..?"

****************************

Mia yang menuruni tangga itu telah di tegur oleh Tengku Haikarl.

"Hye Mia .. Good Morning, Aakif mana tak bangun lagi ke?" tanya Tengku Haikarl.

"Morning Tengku Haikarl, Aakif ada kat atas tengah mandi. Kejap lagi turun lah tu."

Tengku Haikarl mengangguk tanda faham dengan ayat Mia. Tapi ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Mia yang baru sahaja memulakan langkahnya kembali, terbantut apabila Tengku Haikarl menahannya.

"Eh kejap, betul ke yang kat atas tu Tengku Aakif.?" soal nya kepada Mia

" Yup .. Kenapa Tengku tanya.?"

" Takde lah macam pelik sikit. Aakif yang saya kenal selalunya bangun lambat. Ni baru pukul 8 kot"

"Yes memang kebiasaannya lepas solat subuh Aakif akan sambung tidur dia balik. Tapi hari ni dia kata mata tak boleh lelap lah pulak."

" Wait .. woo what, Aakif solat subuh.? I can't believe it."

"Apa yang tak percaya tu bro" Kata Tengku Aakif

Tengku Haikarl dan Mia memandang kebelakang setelah mendengar suara Tengku Aakif dari belakang. Mia meminta izin untuk ke dapur dan meninggal kan kedua sepupu itu berborak.

"Tak .. tadi Mia cakap kau tak leh tidur balik after solat Subuh. Like seriously dude."

"Yela apa yang peliknya. Tak pernah ke dengar orang takleh tidur after solat subuh?"

" No, aku tak nafikan pun benda tu. Cuma kau and solat. Bukan selama ni kau tak pernah solat ke.?"

"Wei .. kau ingat aku ni jahil sangat ke sampai macam tu sekali. Nampak sangat statement kau tu macam aku ni keturunan raja firaun." Kata Tengku Aakif sambil menjeling

"HAHAHAHAH .. chill lah bro jangan lah sentap sangat. Well aku salute lah dengan Mia. Now aku yakin sangat dengan kata Mak Long yang Mia tu mampu ubah kau."

Tengku Aakif tersenyum dengan kata-kata Tengku Haikarl. Boleh dikatakan Tengku Aakif ni susah untuk tunduk dengan nasihat perempuan apatah lagi mengenai solat. Tengku Maimunah dan Tengku Zaliha banyak kali menasihat kan dia agar berubah, tapi dia hanya mengambil enteng sahaja dengan perkara tersebut.

Setiap kali isu meminta agar dia berubah pasti sahaja berjuta alasan yang dia berikan. Namun apabila Mia hadir dalam hidupnya entah kenapa keinginan untuk berubah membuak-buak dalam dirinya, walaupun dengan hanya melihat perilaku Mia yang tidak pernah meninggalkan solat dan mendengar setiap bait-bait perkataan doa Mia yang tidak pernah sekali pun melupakan untuk menselitkan namanya sebagai suami.

Timbul perasaan bersalah dalam dirinya kerana selama dia membenci Mia dahulu, tidak pernah sekali pun dia mengimamkan isterinya itu ketika solat. Tapi Alhamdulillah dia percaya yang kehadiran Mia dalam hidupnya mempunyai hikmah dan jodohnya yang telah ditentukan oleh-Nya.

KETIKA DI MEJA MAKAN

Mia menyediakan mee goreng ayam ke pinggan Tengku Aakif. Situasi itu telah mengundang usikan dari Tengku Haikarl.

"Haila .. bertuahnya badan, nak cedok mee pun isteri yang sediakan. Kalau macam tu karl pun nak lah. Mia tolong cedok kan untuk saya sekali."

Mia mengangguk lalu mengambil pinggan Tengku Haikarl dari tangan lelaki itu. Namun pinggan itu diambil semula oleh Tengku Aakif dan di kembali kepada Tengku Haikarl.

" Kalau kau nak minta cedok jangan suruh isteri aku, kau Kahwin lah cepat supaya nanti isteri kau yang cedokkan. Betul tak Nenda?"

"Betul apa kata Aakif tu Karl. Better you kahwin cepat nanti you pun boleh rasa nikmat hidup berumahtangga tu kan Aakif."

Tengku Haikarl seakan mati akal untuk membalas kembali kata-kata nenda dan Aakif. Nampaknya dia dah termakan umpan yang dia buat sendiri. Niat dihati cuma nak sakat perasaan sepupunya itu, namun terbalik pula apabila isu perkahwinan untuk dirinya di bangkit.

"Bukan taknak Nenda cuma .. cuma .."

Tengku Haikarl mencari ayat yang sesuai untuk diperkatakan.

"Cuma apa lagi Karl. Kalau pasal calon tu nanti Mak ong carikan."

Muncul lagi idea Tengku Haikarl apabila isu calon pula di bangkitkan

"Ok .. Kalau Mak Ngah nak cari kan jodoh, Boleh. Tapi Karl nak calon tu macam Mia .. " Sambil kenyit kan mata dengan Tengku Zaliha.

Tengku Aakif yang sedang minum itu tersedak dengan ayat yang terpancul dari mulut Tengku Haikarl.

My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now