Part 13

1.5K 59 0
                                    

Mia keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Melihat kelibat tengku Zaliha dengan bibik sambil merenung ke sesuatu di meja makan dapur. Mia berasa hairan dengan kelakuan mereka

'Kenapa tu ..' gumam Mia

"Mummy dengan bibik buat apa tengok meja tu" Mia menghampiri meja makan.

Kelihatan bahan masakan tersusun di meja, menambahkan kerutan di dahi Mia.

"Ni Mummy dengan bibik tengah fikir nak masak apa untuk makan malam ni?"

"Haha .. Mummy dengan bibik ni kan nak masak pun macam buat penyiasatan .. Takpe kali ni biar mia yang masak. Mummy dengan bibik rehat je ok"

"Boleh pulak kamu gelak kan Mummy ye. Ni Mia nak masak apa ni" Tanya Tengku Zaliha

"Iya non Mia, mau masak apa ya" Sampuk Bibik

Mia melihat bahan-bahan yang terdapat di atas meja. 'Hmm semua bahan dah ada, boleh lah ni'. Mia memandang Tengku Zaliha dan Bibik sambil Tersenyum. Mana kala Tengku Zaliha berkerut dahi nya sambil berpandangan dengan Bibik.

Setelah setengah Jam Mia berperang di dapur. Mia melihat hasil masakan nya satu persatu. 'Semua dah siap, tinggal Air je lagi. Nak buat air apa ek'. Mia menuju ke peti sejuk dan melihat apa yang terdapat dalam peti sejuk itu.

"Non mau ngapain, Biar bibik bantu ya"

"Ni saya nak buat air, selalunya Air apa yang selalu di hidang ye bik?"

"Oh, Non mau bikin air ya, Kalau gitu biar bibik aja yang bikin"

"Hmm Yela, bibik jangan lupa hidang kan makanan dekat depan. Saya dah siap masak, saya masuk dulu lah ye bik." Mia senyum kepada Bibik menampakkan lesung pipitnya

"Baik Non."

Mia menuju ke ruang tamu. Kelibat Tengku Zaliha yang sedang kusyuk membaca majalah.

"Mummy baca majalah apa tu?"

"Eh Mia, ni ha mummy baca Majalah Intrend. Mia dah siap masak?"

"Dah, semua dah siap, tinggal nak hidangkan je. Nanti bibik yang sediakan"

"Tak sabar rasanya nak makan masakan Mia. Hmm , mana Aakif ni, dah pukul berapa tak balik-balik lagi. Tak ingat ke kat rumah ni ada bini"

"Kejap lagi balik lah tu Mummy."

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan Rumah. Mia bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke arah tingkap. Kelihatan Tengku Aakif keluar dari isi kereta.

"Ha, panjang umurnya Mummy dah sampai pun."

Dengan bersemangat Mia menunggu di depan pintu ingin menyambut kepulangan Tengku Aakif.


***************************

Aakif mengambil beg sandangnya di bonet kereta. Selepas sahaja dia menutup bonet, dia terpandang kelibat Mia di pintu rumah sambil tersenyum kepada nya

'Buang tabiat ke si Montel ni senyum kat dpan pintu' Gumam Tengku Aakif.

Setelah sampai di depan pintu Tengku Aakif di sambut oleh Mia dengan huluran tangan Mia. Aakif tunduk melihat huluran itu lalu memandang Mia semula dengan kerutan di dahi. Belum sempat dia berkata, Dia melihat di belakang Mia adalah Tengku Zaliha. Baru dia faham dan menyambut salam Mia. Selepas sahaja Mia menyalam nya, secara automatik dia mencium dahi Mia. Tindakannya itu adalah secara spontan tanpa dia sedari.

Mia tercengang seketika sambil memegang dahinya yang di cium Tengku Aakif.

"Assalamualaikum Mummy, Sorry Aakif balik lambat. Lepak kat gym sampai tak sedar dah nak malam."

My SweetHeart Miss MontelWhere stories live. Discover now