Anastasia mengeluh. Hilang bahan bukti lagi! Tapi.. Macamana dia boleh ambil? Macamana dia tahu pen dan Airpod tu adalah alat rekod?
Sekejap.
Masa Eizray panggil dia waktu tu, dia rasa macam mata Eizray ada benda yang tidak kena, dan dia yakin dia tidak berhalusinasi. Eizray seperti ada sesuatu yang misteri. Jejaka itu seolah memiliki kuasa pukau! Sebab dia rasa macam dia bukan ada di alam realiti.
"Woi, kau termenung apa tu?" sampuk Ezlyana yang entah dari mana munculnya tu.
"Nothing."
"Kau tahu tak, aku jumpa seorang mamat ni! Hensemnya!! Nak tercabut jantung aku tau?" Cerita Ezlyana teruja. Anastasia menjulingkan mata ke atas. Minah ni nama je polis, tapi kalau bab bab lelaki hancurm ni, dia la nombor satu.
"Nama apa?" Ceh! Kutuk kawan okey je tadi rupa rupanya Anastasia pun tumpang dua kaki.
"Nama dia.. Ridyard Avvendris. Non muslim la tapi.. hensem!" Ezlyana membuat muka angau.
Ridyard Avvendris? Macam pernah dengar je.
"Dia beku jugak orangnya. Aku minta maaf sebab langgar dia tadi, terus dia pergi macamtu je. Sombong." See.. kalau sesiapa yang tidak tahu Ezlyana ni, perangai dia memang pelik. Dia memang akan puji seseorang itu sebelum kutuk dia. Lepas puji, bolehla nak kutuk, kan? Itulah Ezlyana, kakak polis.
"Eh, lupa pulak nak cakap. Kau dapat tak bukti pasal orang yang bunuh Dato Khalid tu? Kan kau cakap semalam nak tolong aku." soalan Ezlyana berjaya membuatkan Anastasia terdiam.
"Aku rasa aku dah tahu siapa yang bunuh Dato Khalid tu tapi.. bahan bukti hilang." Anastasia mula membuka mulut. Ezlyana mengerutkan dahi.
"Siapa? Cakaplah nanti kita boleh cari bahan bukti tu sekali lagi." Anastasia mengeluh.
"Dark death 99. Kau tahu tak kumpulan pembunuh tu?"
Ezlyana terdiam. Tidak bersuara namun mukanya pucat. Hanya seketika sebelum wajahnya bertukar marah.
"No! Kau jangan nak fitnah DD99 buat semua ni!" Tengking Ezlyana tiba tiba. Anastasia terkaku. Selama Ezlyana tinggal dengannya, takpernah dia melihat Ezlyana naik angin sampai macamni.
"Ely, kau kenapa sampai nak marah ni?" Soal Anastasia hairan. Ezlyana bangun.
"Jangan kau berani buat laporan polis yang Dark Death 99 buat semua ni. Aku boleh penjarakan kau atas sebab buat laporan palsu." Ezlyana berkata sejurus itu, dia keluar. Anastasia masih pegun ditempatnya. Kenapa pula dengan Ezlyana ni?
***
EZLYANA menyandar dipintu. Fikirannya kosong. Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Hello." Kedengaran suara di hujung talian menyambut.
"Betul ke abang aku yang bunuh Dato Khalid?"
"Yes babe. Why?"
"Kau sambungkan panggilan ni pada phone dia. Now!" Ezlyana mula bengang.
"Hei little sister. Why? Dah nak mampus ke apa call aku tiba tiba ni?"
"Eh kau kalau kena tangkap dengan polis aku dah malas nak handle kau lagi."
"Kau kan polis.." Dengan selamba Eizray membalas. Ezlyana mendengus. Ada yang nak makan peluru malam ni kang.
"Aku jadi polis ni pun sebab kau, setan. Aku taknak kau masuk penjara."
"Then, tutup jelah kes Khalid tu. Inspektor Tengku Ezlyana Danielle."
"Kali ni aku tolong handle kes ni. Tapi lepas ni kalau kau buat hal lagi aku memang akan biarkan kau mereput di tali gantung. Hidup menyusahkan orang." Talian dimatikan. Ezlyana mengeluh.
Disebabkan Eizray dan Eva terlibat dalam kumpulan jenayah itu, maka Ezlyana sebagai adik bongsu perlu berkorban dengan menjadi polis dan sentiasa pantau pergerakan polis. Tapi hidupnya sebagai polis tak pernah aman bila abangnya yang seekor ni buat hal kat Malaysia!
Dah berbuih mulut dia cakap kat Eizray supaya pergi buat hal di negara lain tapi degil jugak! Dia pun bukannya minat nak jadi polis. Haih.. demi kakak dan abangla katakan.. tapi dia tak halang pun abang dan kakaknya membunuh.
Kerana dia juga sama seperti Eizray dan Eva. Suka melihat orang mati. Semuanya kerana kisah silam. Memori lalu yang menimpa mereka sekeluarga.
Eizray tu memang suka membunuh orang, bezanya dia tidak membunuh dengan tangan sendiri kerana jika dia membunuh guna tangan sendiri, dia akan seksa mangsa tu terlebih dahulu. Penyeksaan yang kejam.
Lain pula dengan kakaknya, Eva. Eva seorang yang suka membunuh sendirian. Ikut kepala lutut je. Puas jugakla Eva tu kena bebel dengan dia dan Eiz. Sebab kakaknya itu pun pernah membunuh seorang polis di Malaysia. Yang susahnya siapa? Dia jugak! Susah payah Ezlyana handle kes dia waktu tu. Nasib baik berjaya. Hasil daripada kepakarannya mengedit cctv.
"Aku minta maaf."
Terus Ezlyana menoleh apabila terdengar suara Anastasia dari belakang. Kelihatan gadis itu sedang menunduk dan memandang ke lantai.
Ezlyana mula memaparkan senyum nipis.
"Kau tak salah apa apa pun. Aku pun salah. Ikut sangat perangai panas baran aku ni. Aku pun minta maaf, ya." Ezlyana menggapai tangan Anastasia.
Mana boleh gaduh lama lama dengan bff dia ni. Hehe.
Anastasia turut tersenyum dan mengangguk. Dia agak curiga sedikit apabila Ezlyana cepat naik angin jika hal berkaitan Dark Death 99 dibahaskan. Tapi dia pun malas nak tanya kenapa, takut gaduh balik.
Biarlah Ezlyana tidak mahu mempercayai dirinya, tapi Anastasia tetap dengan pendiriannya untuk memerangkap Dark Death 99 sehingga kumpulan pembunuh kejam itu tersungkur atas kesalahan kesalahan yang mereka lakukan.
Tambah tambah lagi, ketua kumpulan itu.
Tengku Eizray Danielle.
"Jauh termenung. Jomlah masuk." Ezlyana membunuh lamunan Anastasia seraya menarik tangan gadis itu masuk.
"Eh kejap kejap! Tadi kau bercakap telefon dengan siapa? Nampak mesra semacam je. Kau ada teman lelaki dan tak bagitahu aku?" Anastasia mengecilkan matanya memandang Ezlyana dengan pandangan geram.
Dahi Ezlyana berkerut. Teman lelaki? Abang puaka dia tu teman lelaki? Euw. Jangan kata dia, perempuan perempuan yang tak ada pertalian darah pun tak ingin mendekati abangnya. Sebab takut.
"Mana ada. Kawan aku lah." Ezlyana berbohong. Biarlah kenyataan bahawa Eizray adalah abang kandungnya itu dirahsiakan dulu. Nanti kalau Anastasia tahu makin huru hara hidupnya.
Mana tak pelik, abang pembunuh adik polis?
Anastasia memandang curiga wajah Ezlyana sebelum mengangkat bahu.
"Okay fine. Whatever. Jom masuk. Teman aku masak. Jangan nak mengelat." Anastasia mengheret Ezlyana untuk membantunya memasak di dapur. Ingat senang senang ke si polis ni boleh rehat?
Ezlyana tergelak dan turut melangkah masuk. Dengki betul. Bagilah orang chance nak senang senang.
Dalam hati bersyukur kerana Anastasia sudah tidak bertanya lebih tentang Eizray kepadanya.