Eizray melepaskan keluhan. Dia melangkah setapak ke depan dan berdiri di depan sekali. Tunak matanya memandang kearah lelaki yang diikat di kerusi. Tangannya mencengkam dagu lelaki tua itu kuat sehingga darah mula mengalir dari gusi lelaki tua itu akibat cengkamannya.
"Bagitau aku kenapa kau tolak Eva? Kau sedar kan Eva tu kakak siapa?" Soal Eizray sambil merenung tajam mata lelaki yang dicengkam olehnya. Dia memang pantang kalau ada manusia yang cuba menyentuh adik beradiknya.
Pagi tadi dia mendapat berita bahawa Eva dimasukkan ke hospital akibat ditolak dari tangga sewaktu gadis itu berada di korea. Dan manusia inilah yang menolak Eva.
Tan Sri Amir. Dah tua pun ada hati nak bunuh kakak ketua kumpulan pembunuh?
"Sekarang ni.. Kakak aku masih lagi koma. Dan kau, akan terima akibatnya sehingga kakak aku pulih." Eizray mengambil pisau diatas meja lalu perlahan lahan di siat kulit pipi Tan Sri Amir. Terpampang daging merah dan darah menitik diatas lantai. Eizray tersenyum puas. Sangat puas apabila terdengar raungan kesakitan yang lelaki itu alami. Dia mengambil pula pencukur dan terus di gosok kasar pencukur itu di lengan Tan Sri Amir. Raungan bergema lagi.
"Kau diam!" Pekik Eizray. Benci apabila mendengar suara dari lelaki yang mencari hal dengannya. Diambil pisau yang berkilat pula dari atas meja dan diasah sedikit.
Eizray meletakkan pisau tajam itu dibibir Tan Sri Amir dan mengoyakkan bibir lelaki itu sedikit. Darah menitik di tangan Eizray. Dia tersenyum sinis.
"Kau bising lagi.. aku tetak gusi kau."
Bukan Tan Sri Amir sahaja yang kecut. Habis semua anak buah Eizray juga kecut sehingga masing masing menelan air liur.
Fuh..
Maka, Tan Sri Amir pun diam namun, air mata mulai menitis tanda dia merayu kepada Eizray. Huh, siapa tak kenal Eizray? Jangan merayu kalau taknak cari bala! Sebab Eizray takkan termakan dengan pujuk rayu.
Eizray mengambil pula garfu lalu perlahan lahan dicucuk kedalam gusi lelaki itu dan..
Arghhh!!
Eizray tersengih apabila melihatkan gigi kapak lelaki itu yang berjaya dicabutnya dengan menggunakan garfu. Hebat lelaki ni, tua tua pun gigi sihat lagi. Semakin banyak darah keluar dari mulut Tan Sri Amir. Eizray tersenyum lagi sebelum dia berdiri tegak.
"That's all for today. Kita ada kelas lagi tau? Ni baru sesi perkenalan okey boy? Kita akan belajar selama kakak aku koma dan lepastu kau boleh pergi ke neraka. Okey little boy?" Soal Eizray bersama senyuman dan dia melihat Tan Sri Amir yang sudah mengalirkan air mata kerana rasa sakit akibat seksaannya.
"Alololo, janganla nangis.. nanti tak macho dah student I ni.. bye. Yang lain, jaga dia. Kalau dia terlepas.. korang akan ganti orang tua ni dalam sesi pembelajaran seterusnya." Eizray melangkah keluar sejurus selepas berkata kata.
Anak anak buahnya yang masih berada di dalam bilik 'belajar' itu memandang Tan Sri Amir dan meneguk liur. Jangan la orang tua ni terlepas! Kalau tidak, matilah mereka.
***
ANASTASIA berjalan di jalan lorong yang sunyi sepi.
Itulah kau, Tasy! Nak ambik shortcut konon. Seram juga lorong ni.. dia baru selesai membeli barang dapur yang memang akan di top up hujung bulan. Memandangkan rumahnya hanya berdekatan jadi Anastasia memutuskan untuk tidak menaiki kereta untuk menuju ke kedai bagi membeli barangan dapur itu. Boleh exercise juga diwaktu malam malam begini.
"Woi!"
Bulu roma Anastasia tiba tiba menegak. Nak pandang belakang ke tak? Tapi orang cakap kalau ada suara tegur pada waktu malam dan sunyi jangan pandang belakang. Tapi..
"Woi! Tunggulah!"
Apabila suara itu berbunyi lagi, Anastasia terus berlari dengan laju. Kenapalah waktu ini dia terasa rumahnya jauh pula?
"Pocong! Jangan telan aku!!" Jerit Anastasia sambil berlari. Sungguh dia takut dengan spesies bernama pocong ni.
Tapi..
Betul ke tu pocong?
Ah, lantakla asalkan dapat selamatkan diri! Dia berlari lagi sebelum dia tiba di jalan besar dan..
PON!!
"Tepi!"
BUK !!
Anastasia terkaku apabila tubuhnya ditolak kasar sehingga dia terjatuh. Dia sedang berbaring di atas rumput.
Eh, rumput apanya keras macamni?
''Kau boleh bangun tak?" Ujar satu suara dari..
'Rumput' tu.
Anastasia ternganga sebelum dia bangun dan duduk bersila di atas rumput yang sebenar benarnya.
"Encik! Sorry, Are you okay?" Kalut Anastasia bertanya. Manalah tahu ada tulang patah ke sebab terhempap. Badan dia ni bukannya kecil sangat pun.
"Okay? Kau tanya aku? Heh, kau tahu tak kalau aku tak tolak kau tadi kau dah selamat ke alam lain dah tau? Mata tu letak kat mana?" Sembur Eizray geram. Aku panggil dia tadi dia boleh pulak lari? Siap cop aku pocong lagi!
"E..Eizray?" Soal Anastasia tergagap gagap.
"Tak. Pocong."
Terus Anastasia menampar tangan Eizray dan setelah dia melihat tangannya yang telah menampar tangan Eizray tadi,
"Eiz!! Kenapa tangan you berdarah? You cedera ke tadi?" Soal Anastasia takut. Eizray tersenyum kecil sebelum dia mengawal reaksi mukanya. Ini darah masa 'pembelajaran' dengan Tan Sri Amir tadi.
Lupa nak cuci.
"Ha ah. Sakit la.." Anastasia mengetap bibir. Apa aku nak buat ni? Oh lupa. Dia mencabut scarf yang menjadi cekak rambutnya tadi lalu dibalut ditangan Eizray.
"Sorry. I ingatkan hantu mana kejar I tadi. You pun satu! Lain kali cakaplah awal awal yang itu you, tak adalah I lari sebab ingatkan you tu pocong!" Anastasia masih leka membalut 'luka' ditangan Eizray dan bibirnya masih membebel geram.
"Eh aku pula. Siapa yang pekak badak sampai aku panggil tak reti reti nak toleh ke belakang? Bukannya aku mengaum, aku jerit. Takkan pocong menjerit pula." Bidas Eizray geram. Sudah dipanggil cara lembut tadi tapi boleh pula gadis itu melarikan diri darinya?
Dia cuma panggil untuk memastikan bahawa itu Anastasia, namun apabila melihatkan sebuah kereta meluncur laju ke arah gadis itu tadi terus dia berlari dengan lebih laju dan menolak gadis itu sehingga Anastasia terhempap di atas badannya.
"Dah, malaslah I cakap dengan you!" Anastasia menepuk tangan Eizray yang baru sahaja siap dibalut.
"Auch auch!!" Eizray menjerit seolah olah Anastasia baru sahaja menikamnya.
"Eh, sakit ke? I minta maaf, sorry sorry." Kalut pula Anastasia apabila sedar dia telah menepuk luka ditangan Eizray tadi. Bibirnya kembali meniup balutan tersebut meskipun tiupan itu tidak akan memberi apa apa impak pada luka Eizray yang tidak wujud itu.
Eizray akhirnya tersenyum namun tidak disedari oleh Anastasia.
![](https://img.wattpad.com/cover/142215016-288-k431327.jpg)