MAIM 28

9.8K 530 52
                                        

"ESOK kau cuti?" Soal Eizray. Anastasia angguk. Malam ini, mereka membuat keputusan untuk bermalam di lokasi utama DD99 ini.

Mata Anastasia melihat Ridyard dan adik beradik Eizray yang sedang bermain kolam.

Kemudian dia memandang Eizray. Jejaka itu baru naik dari kolam, rambut Eizray masih basah dan singlet nipisnya membuatkan bentuk badan terlihat dengan jelas.

Anastasia pantas memalingkan muka ke arah lain. Pipinya terasa panas.

"Sejuk kan malam ni?" Soal Anastasia. Kemudian dia menggigit bibir. Soalan apa tu Tasy?!

Eizray angguk sahaja. Kemudian jejaka itu mengambil blazer yang dibuang diatas kerusi lalu blazer itu ditutupkan ke badan Anastasia.

Wangi. Anastasia hampir senyum apabila haruman di blazer itu masuk ke hidungnya. Bau yang sangat maskulin.

"Jika kau rasa sejuk sangat, masuklah. Rumah ni ada banyak bilik." Eizray bersuara. Anastasia menggeleng.

"It's okay." Gadis itu menjawab. Ezlyana didalam kolam melihat dua manusia yang duduk rapat itu.

Bibirnya tersenyum senget.

Splash!

"Argh!" Anastasia menjerit apabila Ezlyana menepuk air sehingga terpercik kearahnya sebelum dia terasa badannya dipeluk kemas.

Anastasia terkaku.

"Sejuk lah dia ni nanti, gila!" Eizray menjerit sambil memeluk erat Anastasia.

"Amboi, caringnya!" Ridyard tersenyum juga. Eizray menahan geram dan melepaskan pelukan. Mata melihat Anastasia yang terkaku. Wajah gadis itu merah.

"Kau okey? Jom, masuk." Eizray mengangkat Anastasia dan mereka melangkah masuk.

"I'm okay." Anastasia bersuara apabila mereka berada didalam rumah. Didalam rumah itu baru Anastasia dapat melihat dengan lebih jelas badan Eizray bersarung singlet putih nipis yang basah.

Eizray turut melihat wajah merah gadis itu. Tangannya naik, menyentuh pipi Anastasia dan mata mereka bertentang.

Anastasia menahan nafas apabila wajah Eizray dekat dengannya. Semakin dekat, sehingga masing masing dapat mendengar deruan nafas sesama sendiri.

Eizray menghentikan jaraknya dengan Anastasia apabila bibir mereka hampir bersentuh. Badannya ditegakkan kembali dan dia menoleh ke tepi.

"Selamat malam." Ucap Eizray sebelum berjalan pergi. Anastasia masih kaku disitu.

***

"ELY, aku nak tanya." ujar Anastasia perlahan. Ezlyana yang lengkap berpakaian tidur itu naik ke katil dan menghadap Anastasia.

"Apa?"

"Juwita tu bekas kekasih Eizray ke?" Ezlyana terkejut seketika dan membuka mulut.

"Dari mana kau kenal dia?" Soal Ezlyana.

"Kami jumpa haritu. Dia bagitahu aku untuk jauhkan diri dari Eiz sebab dia kata Eizray dan dia masih saling mencintai." Anastasia bersuara. Teringat pertemuannya dengan gadis bernama Juwita haritu.

"Heh kau percayakan dia? Kau tanyalah Eizray tu, Eizray masih sayangkan dia atau tidak, aku rasa Eizray akan menafikan sepenuh hati." Ezlyana berpeluk tubuh.

"Betina tu bukan baik sangat pun. Dia.." ucapan Ezlyana terganggu apabila mereka terdengar keriuhan diluar.

Pantas Ezlyana dan Anastasia keluar dari bilik dan melihat manusia di bawah.

1 | Mr Assassin Is MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang