MAIM 2

25K 1.1K 106
                                        

Eizray membuang kad sim didalam tong sampah sebelum dia mencabut sarung tangan kulitnya dan disimpan didalam beg. Jejaka itu menghela nafas seketika.

Baru sahaja dia ingin pergi, telefon miliknya berbunyi minta diangkat. Skrin telefon dilihat.

Ridyard.

"Apahal?" Soal Eizray sebaik sahaja panggilan disambungkan.

"Kau bagitau aku, kau ke yang bunuh Khalid?"

"Hm. Buat semak je. Aku bagi free 3 hari tu dah lama dah tu, ada hati nak tambah masa lagi. Lagipun, dia tu memang patut mati pun. Dah tua."

"Dah dah la tu bodoh, balik cepat. Orang semua dah tunggu dah ni, kau nak pergi buat 'kerja' pun tak ajak. Bengap betul. Nasib baik anak buah dia tak ada tau? Silap silap lunyai kau kena belasah."

"Ala, kalau ada pun, apa aku kisah? Sekali petik beribu mati. Okey la aku gerak dulu. Jumpa tempat biasa kan?"

"Jangan lambat, lambat aku bunuh kau." Ujar Ridyard sebelum mematikan talian. Eizray hanya diam. Hanya Ridyard sahaja yang tidak memanggilnya dengan nama master. Sebab? Sebab semua keluarga dia tidak memanggilnya dengan gelaran master.

Ridyard adalah satu satunya manusia yang tiada pertalian darah dengannya namun masih dianggap sebagai keluarga. Juga kerana Ridyard la sahabatnya yang paling setia meskipun mereka agak brutal.

***

"KENAPA nak jumpa tiba tiba ni?" Ujar Eizray apabila dia duduk.

"Eiz." Terangkat terus kepalanya pabila terdengar suara itu memanggilnya.

"Tasy?"

Anastasia hanya tersenyum dengan tangan yang menjijit plastik makanan. Nasib baik masih ingat.

Eizray memang kenal dengannya kerana mereka pernah bertemu secara tidak sengaja suatu ketika dahulu.

"Yes. Can I talk with you? Just two of us." Eizray terus membuat isyarat tangan dan anak buahnya hanya mengikut. Setelah tinggal mereka berdua sahaja, Anastasia meletakkan bungkusan makanan di atas meja dan memulakan bicara.

"Saja je I datang nak melawat you. Sambil sambil tu I bawa makanan untuk you sekali." Petah mulut Anastasia berbicara.

Eizray melihat bungkusan makanan itu sebelum mengerutkan dahi.

"Kau yakin kau datang kesini hanya untuk bagi makanan ni?" Soal Eizray curiga. Anastasia menggeleng jujur.

"I datang sebab I ada banyak benda nak tanya you." Ujar Anastasia sambil memeluk tubuh.

"Okay." Eizray memandang gadis itu.

"You bunuh Dato Khalid?" Eizray mengangguk dengan tenang.

"Yes. Baru tadi dalam pukul 5.45 maybe.." Anastasia hanya diam. Dia bagi penjelasan terus!

"You bunuh dia sebab apa?" soalnya lagi.

"Sebab dia dah membazirkan 35 juta duit aku." Anastasia mengangguk.

"You seorang je ke yang bunuh dia?" Soal Anastasia dengan nada berminat. Eizray sekali lagi menggangguk.

"Yes. Dan aku juga yang hack sistem cctv dalam hospital tu."

"Macamana awak masuk dalan bilik kawalan cctv tu?"

"RM20,000."

"Rasuah?"

"Hmm.. Anything else Miss Tasy?" Anastasia menggeleng. Bukti sudah cukup untuk menyerahkan ketua pembunuh ini kepada polis. Anastasia berpaling untuk keluar tetapi..

1 | Mr Assassin Is MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang