MAIM 24

11.3K 557 38
                                        

TOK..

Tok..

"Bising bodoh." Ujar Eizray mendatar sekaligus menghentikan Ridyard yang sedang mengetuk pintu

Ridyard tersengih seraya menjengukkan sedikit kepala kedalam pejabat.

"Kau ini, garang betul. Tak rindu aku ke?" Soal Ridyard sambil mendekati meja Eizray dan memeluk tubuh jejaka itu erat.

"Lepaskan aku lah sial!" Jerit Eizray geli apabila dipeluk.

"Okey then." Tiba tiba telefon miliknya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Ridyard melihat skrin telefon.

Eiz cakap you dah balik KL and you dah peluk Islam. Tahniah. Kalau you ada apa apa nak tanya, I boleh tolong InsyaAllah. Nanti boleh kita jumpa. - Ezlyana.

"Siapa tu?" Soal Eizray apabila melihat Ridyard yang tersengih seperti kerang berkulat. Ridyard memandang kosong ke arah Eizray sebelum membuka mulut.

"Adalah. Sibuk je."

Eizray membaling pen ditangan kepada Ridyard.

"Auch sakit setan!"

Ridyard bersuara sebelum dia kembali tersenyum lebar apabila mendapat mesej daripada Ezlyana yang ingin berjumpa dengannya.

"Bro jom ikut aku jap. Ely nak jumpa." Eizray yang sedang membuat kerja di meja menghela nafas malas.

"Malas lah aku. Kau pergi sorang je la."

Ridyard terdiam seketika sebelum menjawab.

"Okey, abang ipar." pantas kaki melangkah ke kereta BMW miliknya. Eizray terdiam. Abang ipar?

Terus jejaka itu bangun mengejar langkah Ridyard. Jangan harap dia akan membiarkan Ridyard dan Ezlyana berdating!

"Woi, setan! Tunggu aku, aku ikut juga." Eizray berlari ke luar pejabat.

Ridyard menurunkan cermin kereta.

"Adios." Ridyard tersenyum sinis. Terus kereta jejaka itu memecut keluar dari kawasan syarikat milik Eizray.

Eizray pula pantas berlari ke Audi miliknya dan memecut pergi.

"Sumpah aku langgar kereta kau, Rid. Sumpah!" Jerit Eizray sambil terus memecut keretanya.

***

ANASTASIA mengerling jam. Lambatnya minah ni, tadi siapa yang ajak jumpa siapa?

"Sorry. Lambat." Ujar satu suara dengan nada selamba. Kerusi dihadapan Anastasia ditarik.

"Pardon?" Soal Anastasia sambil menjongket kening.

Gadis itu hanya tersenyum manis.

"Sorry. You mesti dah tunggu lama kan?" Soal gadis itu.

"Siapa you dan apa tujuan you nak jumpa I and macamana you boleh dapat nombor telefon I?" Soal Anastasia bertalu talu.

"I, Juwita." ujar gadis itu. Masih lagi dengan senyumannya.

Atau lebih spesifik, senyum sinis.

***

EZLYANA menundukkan muka.

"Kenapa pandang macamtu?" Soal Ezlyana sambil menahan pipinya dari terus memerah. Dia tahan macamana tu pun tak taulah.

"Saja. Cantik you bertudung. Nampak manis je.." ayat mengayat orang tu buatkan pipi Ezlyana bertambah merah. Ridyard tergelak.

"You tersilap sapu banyak blusher ke?"

Ezlyana menutup mukanya.

"Janganlah usik I!" Ezlyana bersuara geram. Ridyard semakin kuat ketawa. Suasana hingar didalam restoran itu menenggelamkan suaranya.

BAM!

Sepi.

Semua mata di restoran itu memandang ke arah lelaki yang tiba tiba menepuk kuat meja.

"Lambat lagi ke? Dari tadi aku tahan sabar lihat kau berdua." Kata Eizray mendatar.

"Potong mood lah kau ni." Ridyard memuncung apabila Eizray dari tadi memerhati mereka berdua melalui meja sebelah.

Inilah akibatnya terjatuh cinta dengan perempuan yang mempunyai abang yang protective.

"Fine. Jom balik, Ely."  Ujar Ridyard lembut lalu dia dan Ezlyana beriringan keluar dari restoran itu.

Eizray menurut dari belakang. Setibanya di tempat parkir, Ezlyana mengerutkan dahi.

"Rid, kenapa kereta you calar tu?" Soal Ezlyana apabila terlihat kereta milik Ridyard yang tercalar dan agak remuk sedikit di belakang.

"Babun rempuh tadi dekat traffic light." Ujar Ridyard sambil memandang Eizray yang berjalan selamba ke Audi sambil bersiul riang. Ezlyana masih terpinga pinga.

Babun? Pandai juga babun rempuh kereta ya?

***

EZUERDO tersenyum memandang jejaka yang melabuhkan duduk diatas sofa.

"Ada apa Eiz nak jumpa datuk?" Soal Ezuerdo lembut.

"Betul ke apa yang Eva cakap? Datuk gunakan kanta lekap tu dan buat Eva ikut arahan datuk untuk menjadi ketua R.A Mafia?" Soal Eizray mendatar.

Ezuerdo menghela nafas.

"Eiz nak tuduh datuk?" Soal Ezuerdo.

"Eiz tak tuduh, Eiz tanya." Suara Eizray bertukar keras. Ezuerdo menggeleng laju.

"Semestinya tidak! Datuk takkan buat cucu cucu datuk sebegitu. R.A Mafia adalah musuh kita, untuk apa datuk nak suruh Eva jadi ketua mereka pula? Datuk taknak cucu datuk dalam bahaya." Ezuerdo mempertahankan diri. Terlihat mata jernih lelaki tua itu mula berair.

Eizray menghela nafas. Dia tidak tahu untuk percaya siapa sekarang. Evarya adalah kakaknya. Ezuerdo pula adalah datuknya. Kedua mereka adalah keluarganya.

"Datuk, jangan menangis." Eizray merapatkan diri dan memeluk bahu Ezuerdo yang mula menangis.

"Datuk ini sudah tua, datuk nak luangkan masa dengan cucu cucu datuk sahaja tapi bila cucu datuk buat datuk begini, datuk rasa sedih." Ezuerdo mengelap air matanya.

"Eiz takkan benci datuk." Eizray memeluk erat tubuh datuknya. Ezuerdo turut membalas pelukan itu sebelum bibirnya melakar senyum sinis.

Sekarang, dia hanya perlu buat Eizray berada di pihaknya dan dia boleh musnahkan segalanya.

1 | Mr Assassin Is MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang