EIZRAY menyeluk tangan ke dalam poket. Riak wajahnya bersahaja.
"Aku datang seorang ni, mana adik aku?" Soal Eizray dingin. Salah seorang ahli R.A Mafia tersenyum herot.
"Boleh percaya ke?"
"Sekarang kau ada nampak aku bawak pengiring ke apa?" Eizray mulai bengang. Matanya tajam merenung lelaki itu. Rahang juga terketap rapat.
"Okay fine.. ikut aku." Lelaki mula berjalan namun terhenti apabila Eizray memaut bahunya sekaligus menjadikan matanya bertentang dengan mata Eizray. Lama dia memandang mata Eizray yang seakan akan lain sikit sebelum dia terasa dunianya gelap gelita. Eizray menghela nafas.
"Mana perangkap yang korang pasang?" Soal Eizray mendatar.
"Di tingkat dua, bila kau naik ke sana akan ada minyak pelicin ditangga dan ada dua orang sedang tunggu kau di tingkat situ. Masing masing ada pistol dan pisau." Ujar Wajdy. Eizray terdiam.
"Ezlyana ada di sini atau tidak?"
"Tiada. Ezlyana dah dibawa ke tempat lain."
"Dimana tempat itu?"
"Tak tahu."
Rahang Eizray terketap kuat sebelum dia menyepak dan menumbuk wajah lelaki itu sekuat hati. Lelaki itu tidak melawan memandangkan dia masih dalam kawalan Eizray. Eizray kemudiannya mengambil pisau rambo lalu perlahan lahan mengiris jari kelingking lelaki itu. Maka terputuslah jari itu dari tangan. Setelah siap, pisau itu dimasukkan ke dalam poket.
"That's all for now. Nasib baik kau beri info berguna pada aku." Eizray mengambil rantai besi yang entah mana datangnya lalu mengikat leher lelaki itu dan jari kelingkingnya diselitkan di rantai besi itu. Dia memetik jari lalu melangkah keluar.
"Arghhhhh!!!" Kedengaran bunyi jeritan lelaki tersebut bergema dalam tempat itu. Eizray tersengih.
***
EVARYA masih lagi pegun. Ezyqa turut memandang kembarnya yang terkejut dengan segala yang didedahkan oleh dia tentang R.A Mafia.
"Habis, apa yang aku nak buat ni? Macamana nanti kalau Eiz.."
"Sebab tu lah Iqa datang ni. Kita kena cepat temukan adik! Kalau tak, mungkin Yaya yang akan dibunuh oleh Ray."
Evarya mula gusar. Meskipun dia tahu Eizray amat sayangkannya namun, tidak mustahil adiknya itu akan membunuhnya jika amarah menguasai diri jejaka itu.
"Tapi macamana nak cari Ely? Location Ely pun kita tak tau! Iqa.. tolong aku.." Evarya mula mengalirkan air mata. Ezyqa mengusap belakang Evarya perlahan.
"Sekarang ini ada satu je cara semua ni boleh dihentikan."
"Macamana?"
"Hapuskan dia, datuk kita."
"Hapuskan aku?" Soal satu suara lalu mereka menoleh serentak.
***
ANASTASIA memandang lelaki dihadapannya dengan mata yang tak berkelip.
"Woi, jawablah.. kat mana ada jual makanan kucing ni? Aku nak beli buat bekal untuk Kitty sekali." Soal Eizray lagi. Anastasia tersentak.
"Makanan kucing? Ada di kedai hujung sana. Nama penjual dia Che Mat. You tanya je orang lalu lalang kat situ pasti diorang kenal."
"Aku tak kenal. Teman aku."
Suka jiwa dia je ajak ke situ ke sini.
"No. I ada banyak kerja lain nak dibuat dari cari makanan kucing." Baru sahaja Anastasia ingin menutup pintu, tangan Eizray menahan. Eizray merenung Anastasia dengan muka yang sukar ditafsirkan.
"Kau nak ikut atau kau nak aku buat kau ikut?" Eizray bersuara keras. Anastasia meneguk liur.
***
ANASTASIA mengeluh kasar. Mata melihat jejaka tinggi lampai yang sedang berdiri disebelahnya.
"Hisy, taknak la yang itu. Tak elok untuk sistem penghadaman kucing."
Kalau tidak mengenangkan kasutnya yang mahal, dah lama kasutnya ini selamat mendarat di atas kepala Eizray.
"Hello! Ingat kucing ni manusia ke? Lagipun dah 5 buah kedai dah kita pergi. You ni nak beli makanan kucing ke atau saja nak buang masa I?" Anastasia mencekak pinggang
"Buang masa kau."
Anastasia mendengus. Lelaki inikah yang Don arahkan untuk dia goda? Mampu kah dia bersabar dengan perangai Eizray nanti? Sekarang pun Eizray boleh membuat dia naik angin dengan senang.
"Jom. Kita pergi kedai di simpang jalan tu pula." Eizray terus melangkah santai dan meninggalkan Anastasia yang hampir menjerit.
Perlu ke pergi ke merata tempat hanya untuk beli makanan kucing?!
"Where are you, Ezlyana?" Eizray berjalan sambil matanya meliar ke sekeliling.