ANASTASIA mengerling Eizray yang termenung. Perlahan lahan dia menghampiri jejaka itu.
Selepas kejadian semalam, mereka memutuskan untuk tinggal bersama Eizray kerana Eizray mungkin masih tidak dapat berfikir dengan rasional. Tidak mustahil Eizray akan membuat kerja gila lagi. Luka di leher jejaka itu pun dah cukup menakutkan mereka semua.
"Eiz."
Eizray memandang Anastasia sambil menjongket kening.
"You tahukan Eva tak salah dalam hal ni?"
"Please.. Drop it. Kalau kau datang kacau aku ni semata mata kerana nak cakap pasal ni baik kau berambus." Eizray bersuara mendatar.
"Dengar dulu apa I nak cakap boleh tak?" Anastasia masih cuba untuk memujuk.
"Okey fine. Cakaplah." Eizray memeluk tubuh dan merenung tajam mata gadis itu.
Anastasia menarik nafas sebelum berbicara.
"Eva dah hidup dengan you dah lama. You sayang dia, dia lagi sayang you. Selama ini dia tak pernah belot you. You kena pertimbangkan apa yang dia kata. Dengar penjelasan dari semua orang. I yakin Eva tak bersalah."
Pantas Eizray berpaling. Bukan salah dia! Bukan salah dia! Asyik tu je yang aku dengar! Rimas! Eizray membentak dalam hati.
"Then kau nak aku buat apa?" Keras suara Eizray bertanya.
"Dengar penjelasan dia." ujar Anastasia.
"Then? Kau tengok aku buat apa tadi? Main kejar kejar dengan Eva? Sebab aku dengar penjelasan dia lah dia masih bernyawa tu." Ujar Eizray dingin.
"You kena dengar semuanya. Mungkin Eva ada sebabnya untuk bertindak sebegitu."
Eizray meraup wajah.
"Kenapa kau bela Eva sangat?" Soal Eizray. Anastasia diam. Dia sudah beberapa kali bertemu Don, tetapi dia tidak bertemu Evarya. Dia bertemu dengan manusia lain.
Dia ingatkan manusia itu adalah Don. Tapi rupanya Evarya adalah Don yang sebenar. Manusia itu hanya wakil Evarya sahaja.
"Sebab I yakin firasat I tak salah." Anastasia turut memandang mata Eizray. Eizray diam. Lama.
"Keluar. Aku nak bersendirian." Akhirnya itu yang keluar dari mulut Eizray.
Anastasia tiada pilihan melainkan akur. Tahu dengan emosi Eizray yang berubah ubah.
Bunyi derapan kaki yang semakin menjauh membuatkan Eizray akhirnya menghela nafas panjang. Kepalanya dipegang seketika.
Eva berkata bahawa dia dipukau untuk menjadi Don. Bukan atas kerelaannya.
Jika Eva dipukau, pastinya pemukau itu bukan dia. Meskipun kanta lekap yang dimiliki boleh diguna untuk memukau manusia, dia tidak menggunakannya kepada adik beradiknya sesuka hati.
Dan selain dia, ada satu lagi manusia yang turut mempunyai kanta lekap ini.
Ezuerdo.
Tumpuan Eizray terganggu apabila telefonnya bergetar dari dalam poket. Tangan pantas mencapai telefon dan dahi berkerut melihat nama di telefon.
"Assalamualaikum bro. I'm back."
Eizray berkerut dahi. Sekali lagi skrin telefonnya dilihat dan dia membuka mulut.
"Ridyard?"
"Bin Abdullah." Sambung Ridyard. Eizray terkejut seketika.
"Jadi kau ke Kedah tu.."
"Yes. Aku muslim."
"Perlu ke sampai Kedah? Kat KL ni pun berlambak la tempat yang kau boleh pergi untuk peluk Islam."
Ridyard ketawa.
"Aku saja nak travel. Nanti pun aku dah nak balik KL. Macamana keadaan disana? Ely okey dah?"
"Sibuk tanya pasal adik aku kenapa? Nak jadi suami dia?" Soal Eizray menyampah.
"Aku on je kalau dia nak."
"Jangan harap. Cium tapak kasut aku dulu." Eizray berkata dingin.
"Sorry to say la bro, aku takkan cium tapak kasut kau sebab aku nak kahwin dengan Ezlyana. Bukan kau dan kau langsung tak diperlukan selain menjadi tukang cuci pinggan." Ridyard berkata selamba. Eizray mengetap gigi. Ridyard kemudian gelak.
"Aku pergi dulu. Jangan lupa beritahu Ely, pakai cantik cantik. Aku nak bawa dia keluar dating. Okey abang ipar?" Soal Ridyard. Tanpa menunggu balasan Eizray, talian dimatikan.
"Sial." Eizray mengacip gigi.