MAIM 11

13.6K 706 13
                                    

Anastasia menjulingkan mata ke atas. Sudah hampir dua jam dia menadah telinga mendengar Don bercerita tentang kehebatan dia membebaskan anak anak buah yang ditahan.

"Berhenti la puji diri sendiri. Dah nak muntah aku dengar. Okey?"

Don berhenti berkata lalu tergelak.

"Betullah, kau ingat senang nak lepas dengan mafia tu? Dark Death 99 kot. bukannya gangster tahi cicak." Don terus gelak lagi. Makin meluat Anastasia rasa.

"Now, apa plan kau? Takkan la kau nak biarkan je, tengokla, semalam anak buah kau tu, dah nak mampus dah Si Eiz tu kerjakan. Takkan nak lepas macamtu je?"

"Semestinya tidak. Memang taklah aku nak lepas dia macam tu je. tapi aku perlukan pertolongan kau la sikit. Boleh?"

"Apa?"

"Kau buat dia jatuh cinta dengan kau."

Anastasia diam. Matanya meluas.

***

EIZRAY mengambil pisau. Perlahan lahan dihiris jarinya sendiri.

"Kau dah kenapa potong jari sendiri? Dah nak mati ke?" Ujar Evarya terkejut. Eizray memandang kakaknya seketika sebelum dia meletakkan pisau itu ke dalam poket.

"Aku nak test pisau ni tajam ke tak la sengal."

Evarya mengangguk perlahan. Dia mengambil pisau juga lalu,

"Auch!!"

"Kau gila ke apa?!" Tengking Eizray seraya berlari ke arah kakaknya dan memegang jari telunjuk kakaknya yang basah dengan darah. Dia mengelap darah itu lalu mengambil ubat sapu didalam kotak first aid yang memang tersedia di bilik itu lalu perlahan lahan dan penuh teliti dia menyapu luka itu dengan ubat luka. Diambilnya pula plaster lalu dibalut tangan Evarya.

"Kau ni kalau pun nak membongak tak payahla sampai nak cederakan diri sendiri." Ujar Eizray tegas. Evarya hanya diam. Eizray terus mengambil dompet dan telefonnya sebelum ingin melangkah keluar.

"Kau nak ke mana?"

"Aku nak selesaikan siasatan. Tentang durjana mana yang berani melepaskan tahanan kita. Aku dah suruh Rid siasat semalam." Evarya mengangguk sekali lagi. Tanpa menunggu kata kata dari kakaknya, Eizray terus keluar.

"Kau dah jauh terpesong Eiz.. Dah jauh.."

***

"TAK dapat sebab CCTV kena hack. Aku rasa orang yang lepaskan budak R.A Mafia ni mesti orang yang berkebolehan juga."

Eizray meraup wajah. Orang ni bukan calang calang rupanya.

"Yang aku nak tahu sekarang ni siapa Don ni?"

"Aku bukan peti pertanyaan okey? Tapi aku pasti Don ni mesti orang yang berkemahiran tinggi." Ridyard memandang Eizray tanpa berkelip. Dalam diam otaknya turut berfikir helah Don ni.

"Dapatkan maklumat tentang dia." Ridyard mengerutkan dahi.

"Siapa?"

"Don la bodoh."

"Oh.. okey tapi susah sikitla sebab si Don ni pandai hacking juga."

"Kau berhenti bagi alasan boleh tak sial?! Kalau aku suruh cari tu cari je la!" Eizray mula naik angin.

Ridyard hanya akur. Meskipun dia dan Eizray boleh dikatakan rapat, dia tetap hormatkan Eizray. Eizray ni bukannya boleh dipercayai sangat. Dulu pernah la Eizray mengamuk sekali dengan anak buahnya.

Opss, arwah anak buahnya. Koma jugakla budak tu 2 minggu sebelum disahkan meninggal.

"R.A Mafia.." mata Ridyard terus meneliti skrin komputernya mencari maklumat.

"Wah, anak anak buah dia ramai jugak bro, tapi tak seramai kita la, orang kuat R.A Mafia ni pulak ada 10 orang. Nama diorang.."

"Ha, baguslah, bagitau sekali nama anak kepada orang kanan dia tu. Umur berapa, tarikh lahir apa, hobi apa.. ye? Aku mintak maklumat pasal Don dia je la setan."

"Don dia.. hurmm.. jap.. hah jumpa! Nama dia R.. arghh!!" Ridyard pantas berlari dan terlanggar komputernya apabila ada seekor kucing tiba tiba melompat di atas ribanya. Habis komputernya pecah berderai.

"Macamana binatang ni boleh ada kat sini?!" Jerit Ridyard. Kakinya kini sudah berada di atas meja kerana takutkan makhluk berbulu itu.

Eizray mendengus kasar.

"Eva!!"

"Iya? Kejapla aku tengah cari Kitty ni.. Kitty? Meo... oh, kat sini Kitty ye?" Evarya terus masuk ke dalam bilik itu dan mengambil Kitty. Dia memandang komputer Ridyard yang sudah selamat menjunam ke lantai itu.

"Hisy, kenapa pecah tu?" Membulat mata Evarya sambil bertanya. Dia kemudiannya memandang Ridyard yang masih di atas meja. Keningnya terjongket sebelah.

"Ni semua sebab kau la setan." Jawab Eizray cuba bersabar.

"Kenapa aku pula? Rid, yang kau duduk kat atas meja tu kenapa?" Soal Evarya sambil memerhati Ridyard dan tangannya membelai bulu Kitty.

"Kau la sebabnya, setan!!" Pekik Eizray dan Ridyard serentak.

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now