MAIM 31

10.5K 530 21
                                    

"KAHWIN?"

Anastasia angguk. Matanya memandang semua manusia didalam rumah itu.

"Eiz setuju?" Soal Evarya lagi. Anastasia angguk.

"Eiz suruh I rahsiakan dari you semua but I rasa tak sopan pula jika I ikut cakap dia, Eiz kan keluarga you jadi I rasa you all perlu tahu." Anastasia bersuara lagi.

"Dia memang dah buang kita dari hidupnya sebab Ezuerdo tu." Ezlyana mengetap gigi. Bengang memikirkan Ezuerdo yang berjaya menghasut Eizray agar meninggalkan mereka.

"Tapi macam mustahil Eizray percaya cakap Ezuerdo sepenuhnya. Aku dah lama duduk dengan dia, aku tahu dia bukan seseorang yang mudah meletakkan kepercayaan pada sesiapa." Ridyard membuka mulut.

"Are you sure? Dia dah buang kita lah Rid. Dia ikut cakap Ezuerdo sampaikan hal besar sebegini dia ingin rahsiakan dari kita! Dia nak kahwin dan kenapa kita sebagai keluarganya tidak boleh tahu?" Soal Ezlyana bengang.

Anastasia menggigit bibir.

"I'm sorry." Pinta Anastasia.

"Not your fault. In fact kami yang perlu berterima kasih pada you sebab bagitahu kami semua ini." Ujar Evarya.

"I tak tahu apa yang dah rasuk Eiz untuk menjadi sebegitu." Ezlyana meraup muka.

"It's okay, kita doakan yang terbaik je untuk dia. Kami pastinya tidak boleh hadir ke majlis perkahwinan kalian jadi tolong jaga Eiz, untuk kami." Evarya bersuara lagi. Anastasia angguk laju.

"Yes, I will. I akan sentiasa update keadaan Eiz kepada kalian." Ujar Anastasia laju. Mereka semua menghela nafas.

***

"I LOVE this colour." Anastasia menunjuk ke arah gaun bewarna baby pink.

"No! Aku taknak warna pink." Eizray menggeleng. Jika Anastasia memakai gaun pink, bermakna dia perlu memakai tuksedo pink.

Dan dia tak suka pink!

"Tapi cantik." Anastasia mengelipkan matanya beberapa kali. Eizray tetap menggeleng.

"Warna lain." Ujar Eizray. Anastasia mencebik.

"I nak yang ini juga." Anastasia berkerut tidak puas hati. Eizray mengeluh.

"Suka hati." Eizray menjawab. Anastasia senyum kemenangan dan mula menempah baju mengikut ukuran badan dan design yang tersendiri.

"That'll be 52,000 MYR. Deposit yang kami perlukan adalah 20,000. Jadi can we proceed?" Soal designer itu. Anastasia angguk dan mengeluarkan kad bank dari beg tangannya.

"Ini.." belum sempat Anastasia menghulurkan kad, tangannya dipegang kemas dari belakang. Gadis itu mendongak dan melihat Eizray sedang menghulur kad hitam kepada pekerja butik ekslusif itu.

"Tak perlu deposit, bayar full price. Pastikan hasilnya tidak mengecewakan bakal isteri aku." Eizray bersuara. Pekerja itu menelan liur seketika dan mengangguk laju.

"Yes, yes!"

***

"KENAPA you bayar baju I?" Soal Anastasia apabila mereka keluar dari butik.

"Kita akan berkahwin juga nanti. Itu tanggungjawab aku." Eizray bersuara. Anastasia tersenyum kecil. Lengan Eizray dipeluk kemas.

"Thanks."

Eizray hanya diam. Mereka menuju ke hotel berdekatan kerana lapar.

Selesai memesan makanan, mereka berdua hanya duduk dan mata Anastasia melihat Eizray yang sedang bermain telefon. Lelaki ini macam sesumpah, sekejap boleh jadi romantik dan sekejap boleh jadi beku.

"I nak ke tandas sekejap." Anastasia bangun dan melangkah pergi.

Selesai menggunakan tandas, Anastasia merapikan rambutnya dan melihat ke cermin.

Berkerut dahinya apabila melihat biasan seseorang didalam cermin itu. Kepala ditoleh ke belakang.

"Juwita?"

Juwita memandang gadis yang menyeru namanya.

"Tasy?"

"You buat apa disini?" Soal Anastasia.

"I.. kerja disini?"

Anastasia melihat seragam hotel yang dipakai oleh Juwita.

"Sorry, my bad." Anastasia tersenyum kecil.

"Patutlah I nampak Eiz di luar tadi. I ingatkan orang lain. You datang dengan dia? Bukan I dah beritahu you segalanya tentang Eiz? He's not a good guy." Juwita bersuara.

Teringat pertemuan kali pertama mereka dimana Juwita menyuruhnya untuk menjauhi Eizray kerana Juwita mendakwa Eizray mengandungkan Juwita dan lepas tangan begitu sahaja.

Anastasia tersenyum. Peduli apa, dia berkahwin dengan Eizray untuk diri dia sendiri.

"I know."

"And you masih berkawan dengan dia?" Soal Juwita.

"Eh, no. Kami tak berkawan. Kami bercinta. We'll get married tiga bulan lagi." Ujar Anastasia. Juwita terkedu.

"Apa?"

"Kami akan berkahwin. I baru je pergi design baju kahwin kami." Ujar Anastasia.

Juwita ingin bersuara lagi namun telefon Anastasia yang berdering mematikan bicara.

Anastasia mengeluarkan telefonnya dan bibir tersenyum lebar.

"Oh look, Eiz call." Anastasia tersenyum dan menjawab panggilan itu.

"Hello."

"Are you okay? Kenapa lama ke tandas?" Soal Eizray.

"I jumpa kawan sekejap. Nanti I datang." Ujar Anastasia.

"Okay. Cepat sikit nanti makanan sejuk tak sedap."

"Okay." Anastasia mematikan panggilan dan membetulkan rambutnya seketika.

"Nice to see you, Juwita. I nak jemput you ke majlis kami tapi I rasa Eiz tak bagi sebab kami buat majlis private. Jangan risau, I akan jaga Eiz baik baik." Anastasia bersuara dan melangkah keluar.

Juwita mengacip gigi.

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now